ini antara nota2 pasal agama yg aku rasa indah n ingin aku kongsikan bersama2
1)
Jika nasihat dari manusia sekeliling tak boleh anda terima; nasihat dari ayah ibu tak boleh diterima, nasihat guru sukar nak ikut, nasihat sahabat-sahabat pun payah nak faham, nasihat orang lain serba tak kena...bagi kita, pendapat dan teguran orang lain keras sangat, lembut sangat. Tidak masuk ke dalam jiwa sanubari..
..maka, bukalah kitab hadis yang sudah diterjemah ke bahasa yang anda fahami.
Hadis-hadis Rasulullah SAW ibarat Rasulullah SAW sendiri yang menasihati diri anda. Ibarat Rasulullah SAW yang berkata-kata direct kepada anda. Tiada kata-kata dan nasihat manusia lain yang lebih berhikmah dibandingkan dengan nasihat Rasulullah SAW. Tidak terlalu keras, tidak terlalu lembut. Kata-kata Baginda terus ke dasar hati. Itulah kelebihan hadis Nabi SAW apabila dicermati satu persatu dengan teliti, insyaAllah akan ada sesuatu yang berlaku pada diri anda.
Hadis Nabi SAW; dibaca sekali mungkin kurang difahami. Baca lagi sekali, mulai faham. Baca kali ketiga dengan penjelasan guru, bertambah faham. Baca kali keempat dan seterusnya, menusuk ke dalam hati, merubah hati, mengisi kekosongan jiwa nurani, akhir sekali sampailah ke peringkat dirimu sedikit demi sedikit mulai mencintai Rasul yang bernama Muhammad bin Abdullah itu. Itulah kemuncak dan peringkat tertinggi. Oh! ~* Ape
iman...
2)~* Ape maksud DAKWAH?
Ajak orang BUAT BAIK..
Bila ajak orang buat baik..
Tak ada syarat kena pakai kopiah, serban..
Tak ada syarat kena pakai jubah, serbah putih..
Tak ada syarat kena duduk atas meja baca kitab, buat jemaah dan sebagainya.
Ajak orang buat baik TERLALU LUAS,
Sekarang ini lebih luas dengan INTERNET..
Buka BLOG,
Buka WEBSITE,
Buka TWITTER,
Buka FACEBOOK,
Bila dia BERDAKWAH, orang tertarik jadi suka pada ISLAM..jadi PERBUATANNYA itu BERPAHALA di sisi Allah..♥♥
:)
3)~* Terkadang seorang yang SOLEH dan TAAT ditolak lamarannya, kerana dia MISKIN..padahal Allah telah menjanjikan bahawa jika seseorang memilih pendamping hidup KERANA AGAMNYA, maka Allah akan memberikan ANUGERAH TERINDAH kepadanya..
"Dan KA
HWINKANLAH orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka MISKIN, Allah akan MEMBERIKAN KEKAYAAN kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui."
(Surah An-Nur : 32)
p/s : Bagi insan yang PERNAH DITOLAK LAMARAN kerana hal yang sama, maka BERSABARLAH..kerana setiap yang berlaku pasti ada HIKMAHNYA, terimalah hakikat bahawa jodoh kamu dan dia tidak tertulis di luh mahfuz sejak azali lagi..
InsyaAllah, akan ada JODOH yang baik dan sepadan denganmu, yang Allah hadirkan untuk kamu kelak..amin..♥♥
#Sabar
jUsT sHaRiNg