Friday, 9 January 2015

gender, masyarakat, dan budaya

HASIL PEMBELJARAN KURSUS
Pada akhir kursus ini pelajar dapat:
1. Mentakrif konsep asas gender yang berkaitan dengan masyarakat dan budaya.
2. Menjelaskan pelbagai pendekatan teoritikal berkenaan dengan pembentukan gender dalam
masyarakat dan sub-budaya.
3. Menghuraikan pemahaman pendekatan masyarakat tradisional dan semasa mengenai gender.
4. Mengkritik serta memahami isu-isu terkini mengenai gender dari pelbagai masyarakat di Malaysia.
5. Menghuraikan peranan serta status lelaki dan wanita dari aspek budaya, identiti, kepercayaan dan
sosio-ekonomi dalam pelbagai masyarakat.
SINOPSIS KANDUNGAN KURSUS
Kursus ini bermula dengan memperkenalkan pelbagai pendekatan konseptual dan teoritikal tentang
gender dan pembentukan gender dalam masyarakat. Kursus ini kemudian mengupas hubungan gender
dan budaya dalam pelbagai masyarakat dengan pengkhususan kepada masyarakat Melayu, Cina, India,
Orang Asli dan Pribumi. Pelajar akan didedahkan kepada hubungan gender dengan membincangkan
peranan serta status lelaki dan wanita di setiap masyarakat tersebut
RUJUKAN UTAMA
1. Gwyn Kirk & Margo Okazawa-Rey.2001. Women’s Lives: Multicultural Perspective. California: Mayfield
Publishing Company.
2. Susan M. Shaw & Janet Lee. 2001.Women’s Voices, Feminist Visions: Classic and Contemporary
Readings. California: Mayfield Publishing Company.
3. Caroline B. Brettell & Carolyn F. Sargent. 1997 (2nd ed.) Gender in Cross-Cultural Perspective. Prentice
Hall: New Jersey.
4. Sabrina P. Ramet. 1996 Gender Reversals & Gender Cultures. NY: Routledge
5. Rosaldo, Michelle Z., & Louise Lamphere. 1974. Women, Culture and Society. Stanford: Stanford
University Press
jUsT sHaRiNg

Tuesday, 6 January 2015

faktor-faktor kejatuhan kerajaan majapahit

FAKTOR-FAKTOR KEMEROSOTAN DAN KERUNTUHAN MAJAPAHIT.
FAKTOR DALAMAN
KELEMAHAN RAJA SESUDAH HAYAM WURUK.
Setelah kemangkatan Hayam Wuruk pada tahun 1389 masihi maka pemerintahan kerajaan diwarisi oleh pemerintah yang tidak berkelibar lagi.   Penganti tahta kerajaan sesudah Hayam Wuruk adalah Wirakramawardani yang memerintah dari tahun 1389 masihi sehinggalah tahun 1429 masihi merupakan menantu kepada Hayam Wuruk.[8]Semasa pemerintahan Wirakramawardani politik kerajaan mula merosot akibat ketidak puashati dari segelintir keturunan Rajasanegara yang membawa kelemahan pentadbiran kerajaan.Perang saudara mula meletus akibat Virabumi tidak mengiktiraf kuasa Majapahit.[9]Perang tercetus ini mengakibatkan kepincangan politik Majapahit yang menyebabkan kawalan terhadap negeri naugan kurang diambil perhatian oleh raja Majapahit yang akhirnya membuka jalan kepada penubuhan kerajaan baru yang tidak lagi bernaung kepada pemerintahan Majapahit.Hal ini dibuktikan dengan pembebasan Palembang dari kekuasaan majapahit.[10]Serta kemunculan Melaka pada kurun ke 15 masihi.  Hal ini menunjukan kelemahan raja Majapahit menyebabkan banyak negeri tidak lagi mengiktiraf kerajaan majapahit dan cuba untuk menubuhkan kerajaan sendiri.
      Akibat daripada  perang saudara diantara Virabumi dan Wirakramawardani menyebabkan Virabumi dibunuh terbunuh pada tahun 1406 masihi dan kota Varabumi ditawan.  Namun perang tersebut menyebebkan kematian pegawai china.  Hal ini menyebabkan hubungan dengan kerajaan china mula regang, walaupun hati maharaja cina dapat diredakan dengan wang ganti rugi yang dibayar oleh Wikramawardani  untuk menebus kematian pegawai cina dalam perang tersebut.[11]Namun Cina menjaga perhubunganya dengan negeri di timur.Pada tahun 1429 masihi raja Wikramawardani meninggal dunia dan tampuk pemerintahan diwarisi oleh anak baliau iaitu Ratu Suhita (1429-1447 M).
Semasa pemerintah Ratu Suhita berlaku satu pemberontakan yang dipimpin oleh Bhre Daha.Ini menunjukan kelemahan pemerintah yang mengakibatkan wujud pemberontakan untuk mengulingkan kerajaan.[12]Selepas kematian Ratu Suhita tahta pada tahun 1447 masihi tahta kerajaan diterajui oleh Raja Kertavijaya yang merupakan saudara laki-laki Ratu Suhita. Ekonomi kerajaan Majapahit semangkinlembab akibat kelemahan pemerintah Majapahit sendiri ini kerana banyak daerah yang dulunya menjadi nadi ekonomi majapahit mula tidak berhubung dengan kota pentadbiran Majapahit seperti kalimantan timur dan pelembang.
    Selepas pemrintahan Raja Kertavijaya kerajaan Majapahit diperintah oleh Seri Radjasawardana pada tahun 1451 masihi sehingga 1453masihi, namun selepas kematian baliau tiada waris yang memerintah kerajaan Majapahit menyebabkan Majapahit tidak beraja.  Dicatitkan bahawa ketika tahun 1453 sehingga 1456 masihi Majapahit tidak mempunyai Raja.Sehinggalah kemunculan Hiang Purwawisjesa.[13]Namun semasa pemerintahan Baliau Majapahit memindahkan pusat pemerintahan ke Tumapil.   Baliau memerintah selama sepuluh tahun(1465-1466).
      Setelah itu kerajaan Majapahit diperintah oleh beberapa orang raja sehinggalah tiga orang raja terakhir yang memimpin tahta kerajaan Majapahit iaitu Bera Widjaja yang berkuasa di Majapahit  yang dikenali sebagai Prabu Adipati Udara dan Prabu Maharadja Adipati Unus. Pemerintahan pusat semankin lemah apabila ketenteraan Majapahit mula lumpuh kerana tidak mampu menepis serangan dari luar lagi, ini menunjukan betapa lemahnya raja ketika ini memerintah Majapahit.  Perkara ini dibuktikan semasa serangan yang dilakukan oleh demak dalam ere pemerintahan Bera Wijaya tidak mampu untuk menepis serangan tersebut yang menyebabkan kota Majapahit di diruntuhkan.[14]
Sehubungan dengan itu juga, kelemahan raja-raja Majapahit yang terakhir yakni Bira Wijaya adalah tidak mampu lagi mengawal perairan di selat Melaka.pemerintah Majapahit ketika ini jelas kelihatan runtuh apabila terpaksa membuat perjanjian dengan Melaka.  perjanjian yang di lakukan pada tahun 1518 masihi adalah peristiwa penting kerana terpaksa melakukan satu perjanjian dengan Melaka.  hal ini menunjukan kemerosotan  Majapahit apabila melakukan perjanjian dengan pemerintah yang dulunya bernaung dibewa kekuasaan Majapahit.[15]Sebelum Negara Majapahit lenyap di Nusantara akibat serangan dari demak.Perkara ini jelas menunjukan bahawa setelah zaman keemasan era pemerintahan Hayam Wuruk maka waris pemerintah kerajaan yang lemah lagi tidak bijaksana dalam menangani permasalahan politik Majapahit menyebabkan kerajaan ini sentiasa hilang kewibawaan sehinggalah pemerintah terakhir sebelum dimusnahkann oleh kerajaan Demak.Akhirnya kerajaan Majapahit jatuh dan tidak dapat dibantuh lagi.



KEMATIAN GAJAH MADAH DAN HAYAM WURUK.
Kematian gajah madah pada tahun 1364 masihi adalah titik tolak kepada kemerosotan politik di pusat pemerintahan Majapahit.Sebelum beliau meninggal dunia keadaan Majapahit yang begitu gemilang sekali kerana Majapahit ketika ini diambang kegemilangan.Namun setelah beliau meninggal dunia, maka jawatan beliau tidak ada yang mampu memikul dan terpaksa dibahagikan kepada beberapa jabatan ini mengambarkan tiada yang mampu menjawati kedudukan Gajah Madah.Kematian beliau menyedihkan Prabu Hayam Wuruk sebelum wafat kerana tiada yang mampu mengantikan kebijaksanaanya.  Hal ini menyebabkan jawatan Gajah Madah dipimpin oleh empat orang pegawai kerajaan, iaitu Warda Menteri( menteri sapuh), Bernama Pu Tading, Tumenggug(mantjanegera) Pu Nala, Menteri Anom Patih dan Perdana Menteri.[16]
Perkara ini mengambarkan bahawa setelah kemangkatan Gajah Madah politik kerajaan Majaphit mengalami perubahan yang begitu besar.Majapahit terpaksa berusaha mencari yang terbaik untuk mengantikan jawatan yang ditinggalkan oleh Gajah Madah dan kesan dari kejadian tersebut maka bermulalah kemerosotan Majapahit walaupun tidak lagi nyata sehinggalah kemangkatan Prabu Hayam Wuruk.
     Dalam keadaan Majapahit yang mengampiri kemerosotan akhirnya bermula setelah kematian Hayam Wuruk pada 1389  masihi setelah dua puluh lima tahun kematian Gaja Madah.[17]Kematiannya akhirnya membawa kepada kemerosotan Majapahit setelah tahta kerajaan beliau wariskan kepada menantunya yakni Wikramawardana.[18]Hal ini mengakibatkan bibit-bibit pergolakan politik bermula walaupun pada permulaanya tidak berlaku.Sehinggalah timbul persoalan siapa yang berhak menguasai tahta kerajaan dari anak silirnya Wirabumi.

PERGOLAKAN POLITIK DAN PERANG SAUDARA
Faktor seterusnya yang membawa kepada kemerosotan kerajaan majapahit adalah disebabkan oleh perang saudara yang berlaku sesudah kematian Hayam Wuruk. Perang saudara yang dikenali sebagai perang Paregreg itu akibat daripada  persoalanwaris pemerintahan yang lebih layak memimpin kerajaan Majapahit.Perang saudara ini berlaku akibat daripada keinginan untuk menduduki tahta kerajaan.  Semasa Hayam Wuruk masih hidup, beliau telah mewasiatkan bahawa sesudah beliau wafat tahta kerajaan akan diterajui oleh menantu beliau yakni Wirakramawardana suami kepada puteri Kasumawardani.[19]Namun Hayam Wuruk juga meningalkan waris dari selirnya yang bernama Raja Wirabumi yang ditempatkan disebelah timur Jawa.  Maka wujud dua keluarga dari keturunan yang sama.  Hal ini menyebabkan berlaku pergolakan politik diantara kuasa pusat yang diperintah oleh Wirakramawardana dan kuasa peringkat daerah yang diperintah oleh Wirabumi dan akhirnya tercetus perang saudara.[20]
Wirabumi tidak mengiktiraf kerajaan pusat kerana Wirakramawardana hanyalah menantu Hayam Wuruk, sedangkan beliau adalah anak dari selir dari Prabu Hayam Huruk. Ini menyebabkan  Wirabumi tidak tunduk kepada kerajaan yang berpusat di Majapahit.  Maka setelah pergolakan diantara dua buah keluarga berterusan maka terletuslah perang saudara pada tahun 1404 M sehingga 1406 masihi yang dikenali sebagai perang Paregreg.[21]           Dalam perang ini Wirakramawardana banyak mendapat sokongan dalam mempertahankan kerajaanya sehinggalah kematian Wirabumi ketangan Raden Gadjah yang berpangkat Ratu Achirbaja.[22] Walaupun Wirakramawarda memperolehi kemenangan namun ia memberi impak besar kerana mulanya hilang pengaruhi pusat kepada daerah-daerah naugan Majapahit dan lahir dendam dari keluarga pihak Wirabumi.[23]
Kesan daripada perang saudara mengakibatkan lahir perasaan dendam dari sebelah pihak yakni ahli keluarga Wirabhumi.  Keadaan ini dibuktikan semasa Ratu Suhita menaiki tahta kerajaan Majapahit pada tahun 1429 masihi menyebabkan pemerintahan berat sebelah kerana golongan yang dulu melawan Wirabumi kini ditindas manakala orang yang membunuh Wirabumi yakni Raden Gajah juga dibunuh.[24]Hal ini menunjukan berlaku dendam dikalangan keluarga pemerintah kerajaan yang mengakibatkan pemerintahan pusat tidak lagi aman.Ini menunjukan ketidak tenteraman yang berlaku di peringkat pusat.








PEMBORONTAKAN
Selepas sahaja pemerintahan Wirakramawardana tahta kerajaan diterajui oleh Ratu Suhita.Maka semasa pemerintahan baliau telah berlaku satu pemborontakan untuk mengulingkan kerajaan.Pemberontakan[25] tersebut yang diketuai oleh Bhre Daha.[26]Walaupun sebelum ini pemberontakan telah berlaku semasa pemerintahan Hayam Wuruk namun senang sahaja di kalahkan oleh Mangkabuminya Gajah Madah.  Dalam pemerintahan Ratu Suhita pemberontakan ini membawa kesan yang besar kepada kota pemerintahan.  Apabila pemberontakan berlaku di pusat pemerintahan menyebabkan kawalan keatas daerah takluk berkurang kerana tertempu kepada masalah untuk menyelesaikan masalah pemberontakan tersebut.Hal ini menyebabkan kemerosotan kerajaan Majapahit apabila kurang penguasan keatas negeri takluk.
PERTUKARAN PUSAT PEMERINTAHAN.
            Pemerintah kerajaan Majapahit yang kerap menukar pusat pemerintahan menjadi faktor kepada kemerosotan Majapahit.Pada  tahun 1451 M, Rajasawardhana telah memindahkan pusat pemerintahan di Fahuripan.Sesudah pemerintahan beliau, yakni era pemerintahan Raja Phre Wengker beliau telah memindahkan ibu negeri Majapahit ke Tumapel pula.Selepas itu Bhre Padan Salas bertindak memindahkan ibu negeri Majapahit ke Daha pada tahun 1468 M.[27]  kerapnya pertukaran pusat pemerintahan ini mengakibatkan kawalan keatas daerah naungan juga tidak menentu akibatnya ia membawa kepada kelemahan kerajaan majapahit seterusnya membawa kemerosotan kerana tiada pusat tetap sebagai kota pemerintahan kerajaan.

PENGARUH CHINA TERHADAP NEGERI NAUGAN MAJAPAHIT
      Kerajaan China ketika ini adalah dibawa tampuk pemerintah dinasti Ming, walaupun Cina tidak melibatkan diri dalam soal politik kerajaan di asia tengara namun pengaruhnya banyak mempengaruhi negeri-negeri naugan kerajaan majapahit.  Pada tahun 1369 sehingga tahun  1383  Majapahit menghantar utusan kepada Maharaja Cina namun pada masa yang sama Palembang juga menghantar perutusan kepada Maharaja Cina.[28]  Akibat daripada itu Cina mengiktiraf kedua-dua kerajaan tersebut, lalu utusan membawa surat pengiktirafan kepada Palembang telah dihantar.   Namun Majapahit tidak menerima hakikat tersebut kerana Palembang ketika itu dibawa naungan Majapahit,  lalu menyerang Palembang dan menghancurkan kota  kerajaan tersebut serta membunuh utusan Cina setibanya sahaja ke Pelembang.[29]
Selepas pemerintahan Hayam Wuruk, tahta kerajaan diwarisi oleh menantu baliau iaitu Wirakramawardana telah berlaku komplik pemerintahan pusat iaitu diantara majapahit (wirakramawardana) dengan daerah yang dipimpin oleh anak Hayam Wuruk yakni wirabumi.Menjadi permasalah kepada kerajaan Majapahit apabila kedua-duanya diiktiraf oleh Maharaja Cina.[30]  Akibatnya Wirabumi tidak pernah mengiktiraf raja Wirakramawardana dengan mengambil tindakan tidak datang menghadap kota kararaton.  Maka hal ini menyebabkan tercetusnya perang saudara yang mengakibatkan kematian Wirabumi.Kali kedua Cina menyebabkan berlaku komplik kerajaan Majapahit.
 Sehubungan dengan itu pengaruh cina juga menyebabkan nageri naungan Majapahit tidak lagi mengiktiraf kerajaan Majapahit, hal ini terjadi pada abad ke 15 masihi apabila kerajaan di Kalimantan yang maju dalam bidang perdagangan ( wujudnya pelabuhan)  telah mula mengadakan hubungan dengan Cina dalam masa yang sama mereka menghantar ufti kepada kerajaan Majapahit.[31]  Perkara ini menunjukan negeri naugan mejapahit telah mula cuba mendapatkan pengiktirafan untuk membebaskan diri dari kawalan kerajaan Majapahit.
    Disamping itu hubungan dengan Majapahit juga mula regang apabila kemuncula Melaka pada abad ke 15 masihi.  Dimana cina telah aktif menjalinkan hubungan dengan Melaka sehinggakan utusan tidak lagi dihantar ke Majapahit.

PERKEMBANGAN ISLAM
   Keruntuhan kerajaan hindu Majapahit juga akibat daripada munculnya agama islam di Majapahit dan sekitar Nusantara.  Kedatangan agama islam keAsia Tenggara menjadi pendorong kepada kemunculan kerajaan islam di Sumatera.  Dalam keadaan majapahit yang semangkin tenat kerana tidak mampu lagi berbuat apa-apa untuk mempertahankan kedudukanya sebagai kerajaan Hindu pada abad ke 13 masihi.  Islam yang mula tersebar ke Jawa dibawa oleh para pedagang dan para pendakwa dari Asia Barat dan Gujaret sebelah barat India.[32]
    Perkembangan islam di Jawa telah bermula dengan rakyatnya sendiri kerana rakyat banyak terdedah kepada golongan pedagang yang memerlukan khitmat mereka.   Dikatakan rakyat jelata yang berkerja dipelabuhan dan kapal para pedagang telah menerima islam lebih awal  kerana mereka berkerja sebagai kelasi dan juragan kapal.[33]Agama hindu yang menjadi agama rasmi bagi kerajaan Majapahit semangkin hilang pengaruh kerana perkembangan agama islam.  Semangkin banyak kawasan yang berkembang seperti Gersik, Sidadu, Tuban, Djepara, Demak, dan Bentan yang menanuti agama islam.[34]Perkembang daerah-daerah ini akhirnya tidak lagi mengiktiraf kerajaan Majapahit.
    Perkembangan agama islam yang semangkin mecabar kedaulatan Majapahit adalah terbukti apabila tuntutan Majapait ke atas sebuah pelabuhan yakni pelabhan Perlak yang terletak di hujung pulau di Utara Timur Laut  berhampiran dengan Hujung Intan yang didiami secara mejoriti telah memeluk islam dan tidak mengiktiraf lagi pelabuhan tersebut di bawah naungan Majapahit.[35]   Tuntutan yang dilakukan mejapahit adalah untuk mendapatkan pelabuhan tersebut yang telah diduduki oleh penganut-penganut agama islam tidak berjaya namun sebalikya yang berlaku iaitu telah menentang kerajaan Majapahit. Perkara ini menujukan betapa lemahnya kerajaan Majapahit apabila tidak mampu untuk menyekat kemasukan islam ke daerah naunganya suatu ketika dahulu.  Ini dibuktikan dengan kemunculan Demak sebagai kuasa islam yang pertama di pulau jawa yang telah berasa cukup kuat untuk melakukan serangan keatas Majapahit. Pada tahun 1478 masihi pasukan tentera islam Demak telah melakukan serangan ke atas kota pemerintahan Majapahit yang menyebabkan kekalahan Majapahit.[36]Peristiwa tersebut memburukan lagi kerajaan Majapahit apabila kawasan taklukanya di tetapkan dan diperkecilkan hanya disekitar jawa timur sahaja pada abad ke 15 masihi.
      Perkembangan agama islam di Jawa akhirnya mencabar kewibawaan agama Hindu yang dianuti oleh pemerintah Majapahit.  Agama hindu mula hilang pengaruh dikalangan rakyat jelata kerana amalan kasta.  Dalam agama hindu sistem kasta adalah amalan yang diwarisi oleh seseorang oleh itu pemerintah dikalangan golongan bangsawan mempunyai kasta yang tinggi berbanding dengan golongan lain termasuk rakyatnya sendiri.   Amalan ini mengakibatkan berlaku ketidak puashatian dikalangan golongan bawahan terhadap sistem ini. Dengan perkembangan islam yang disebarkan oleh para pedagang, maka ia mudah diterima oleh penduduk tempatan kerana ajaran yang terdapat dalam islam itu sangat mudah. Kerajaan Majapahit semangkin suram apabila terdapat golongan pemerintah majapahit telah memeluk islam, ini menandakan bahawa pengaruh agama hindu sudah hilang di kalangan pemerintah sendiri.

KEMUNCULAN DEMAK DI JAWA.
     Kerajaan Majapahit hanya tinggal atas nama sahaja  di Pulau Jawa  pada tahun saka 1400 yang bersamaan dengan  1478 masihi apabila serangan dari Demak tidak dapat ditepis lagi oleh tentera Majapahit yang telah rapuh.[37]   Namun penyelidikan oleh para sejarawan menyatakan bahawa sebelum Demak menyerang Majapahit, ada kerajaan Hindu yang lain menyerang iaitu waris dari kerajan Kendiri(Daha).   Girindrawardana bertangungjawab keatas Majapahit apabila beliau menyerang pada tahun 1478 masihi  yang mengakibatkan kematian Prabu Brawijaya di keraton.[38]  Namun serangan tersebut tidak memusnahkan kota Majapahit, tetapi tenteranya telah lemah,  setelah itu barulah Demak menyerang Majapahhit dan memusnahkan kota Majapahit.
  Kerajaan Demak yang dietuai oleh Raden Fatah telah menewaskan pertahanan Majapahit, banyak faktor yang membawa kepada kemenangan Demak kepada Majapait selain serangan yang dilancarkan oleh kerajaan Hindu lain.  Faktor-faktor yang membawa kepada kemenangan Demak adalah disebabkan oleh fungsi Demak dapat mengusai perdagangan di dua pelabuhan utama iaitu pelabuhan Japara dan Gerisik.[39]Dengan menguasai pelabuhan ini menyebabkan Demak menguasai kawasan dataran penanaman padi yang terbentang luas di kawasan tersebut.Kekuasan kerajaan Demak diteruskan oleh waris Raden Fateh yakni Pati Yunus baliau tidak memerintah lama lalu digantikan oleh saudaranya iaitu Teranggana.Semasa pemarintahan Teranggana Demak diambang kegemilangan dan telah mengunakan gelaran sultan.[40]
Kemunculan Demak sebagai empayar islam di tanah Jawa   menyebabkan Majapahit semangkin terhimpit dalam situasinya yang semangkin kelam.  Majapahit kini tidak mampu lagi mempertahankan kewibawaanya dari mana serangan luar.  Semasa pemerintahan raja terakhir Majapahit, yakni Raja Udara pada tahun 1518 masihi majapahit diserang oleh Dipati Yunus yang berkuasa di Demak yang meruntuhkan pusat Negara Majapahit.[41]Perkara ini menunjukan Majapahit tidak lagi berdaya untuk mempertahankan kerajaanya walaupun dari serangan kerajaan kecil yang tidak mempunyai tentera yang ramai, ini mengambarkan kemeosotan Majapahit yang tidak mampu dibantu lagi.
  Keruntuhan kerajaan Hindu di Jawa juga akibat dasar yang dilaksanakan oleh Demak yakni meluaskan pengaruh agama islam keseluruh pulau Jawa.  Penganti Dipati Yunus yakni Teranggara telah meluaskan lagi empayar Demak ke seluruh pulau jawa.Perluasan empayar Demak juga banyak dibantu oleh para Ulama yang menjadi negarawan dan hulubalang kerajaan Demak.  Hulubalang yang terkenal adalah Sunan Gunung Jati, beliau datang dari Pasai dan mengawini saudara Teranggara setelah menunaikan Haji di kota Mekkah.[42]Baliau menjadi wakil pemarintah untuk meluaskan di persisir barat pulau Jawa.Semasa pelabuhan Ceribun dan Bantan di bawah pengaruh kerajaan- Budha yang bernama Pajajaran.Baliau telah menguasai pelabuhan tersebut dari kerajaan Hindu.  Hal ini menunjukan peranan pemerintah Demak yang di bantu oleh hulubalang yang berkalebar manjadikan Kerajaan Hindu ( Majapahit) tidak mampu bertahan lama apabila peranan yang dimainkan oleh pemerintah islam Demak.  Hal ini menunjukan kemunculan kerajaan islam demak di Pulau Jawa sendiri menjadi faktor keruntuhan kerajaan Majapahit.
KEMUNCULAN MELAKA
Kemunculan Melaka pada tahun 1400 masihi juga antara faktor kepada kemerosotan dan keruntuhan kerajaan Majapahit di Jawa.   Melaka yang diasaskan oleh waris dari raja Palembang iaitu Paramiswara merupakan anak Sang Aji telah membebaskan diri dai lungkungan kerajaan Majapahit setelah baliau berkeyakinan akan dapat mewujudkan semula kerajaan Srivijaya apabila Majapahit mula jelas kelihatan kemerosotanya, beliau merupakan  wakil kerajaan Majapahit untuk memerintah Palembang disamping itu beliau adalah menantu kepada Hayam Wuruk.[43]Paramiswara yang telah melepaskan diri dari kekuasaan majapahit dengan melakukan penyucian diri yang dikenali sebagai abheseka.Melalui penyucian tersebut Paramiswara telah mengelarkan dirinya sebagai Sri Tri Buana yang membawa makna Maharaja Tiga Buana.[44]  Dengan itu bantera Majapahit menyerang beliau ketika di Palembang, lalu melarikan diri ke Temasik( pulau Singgapura) untuk mendapatkan perlindungan dari pemerintah temasik yang merupakan wakil kerajaan Ayudhya di Thailand.[45]Namun beliau akhirnya berpindah ke Muar apabila di serang oleh tentera Ayudhya kerana beliau telah membunuh pemerintah Temasik ketika itu.Sehinggalah sampai ke muara di Bertam lalu mendirikan kerajaan disana.[46]
Setelah beberapa lama akhirnya Melaka telah muncul sebagai satu kerajaan yang unggul di selat Melaka.terkenal sebagai pusat perdagang kerana fungsinya sebagai pelabuhan enterport. Lebih menggukuhkan lagi kerajaan Melaka apabila hubungan dengan Cina termeterai, hal ini menyebabkan tiada kerajaan lain yang berani menyerang Melaka ketika itu termasuklah Majapahit.Kunjungan wakil Maharaja Yung-Lo ke Melaka pada tahun 1404 masihi mengukuhkan kedudukan Melaka apabila kuasa besar yang terdapat di Asia terutamanya siam ketika itu yang meluaskan tuntutanya ke tanah melayu diberi amaran agar tidak menganggu kerajaan Melaka.[47]Perkara ini menandakan bahawa ketika ini kerajaan Majapahit telah hilang pengaruh di selat Melaka dalam kegiatan perdagangan.Melaka yang terkenal dengan pelabuhan enterpotnya menyebabkan ekonomi Majapahit sudah merundum kerana pelabuhan yang dibawah kekuasan Majapahit tidak lagi menjadi perhatian oleh para pedagang kerana pelabuhan di bawa naungan Majapahit tidak lagi sesibuk dahulu ini kerana banyak pedagang telah tertumpuh ke Melaka.
     Kerajaan Melaka bertambah kukuh lagi apabila pemerintah Melaka ketika itu memeluk agama islam dengan mengunakan gelaran Sulatan Iskandar Shah. Perkara ini menyebabkan Melaka muncul sebagai pusat penyebaran agama islam dan pusat intelektual di selat Melaka. akhirnya Majapahit sendiri mengakui kerajaan Melaka, hal ini menandakan Majapahit tidak lagi berdaya mempertahankan kedudukanya sebagai satu empayar kuat di selat Melaka.
   Majapahit yang telah berdamai dengan Melaka melalui perjanjian pada tahun  1518 masihi menadakan kerajaan Majapahit telah mengiktiraf kerajaan Melaka sebagai satu kuasa baru yang terletak di selat Melaka.  perkara ini mengambarkan kelemahan pemerintahan Majapahit sehingga terpaksa melakukan perjanjian dengan kerajaan baru yang dulunya dibawa naungan Majapahit pada suatu ketika dahulu.

BENCANA ALAM
Sehubungan dengan itu faktor yang membawa kepada kemerosotan dan keruntuhan Majapahit adalah disebabkan oleh faktor alam semulajadi.  Proses alam semulajadi menyebabkan bencana besar kepada kerajaan Majapahit.  Digambarkan dalam bahawa telah berlaku gempa bumi yang berlaku pada tahun saka paksa dalam gaganahut bulan 1362 bersamaan dengan 1440 masihi.[48]  Namun selepas beberapa tahun kejadian yang sama berlaku, iaitu selepas kematian Bhra Panjang.  Digambarkan terjadinya gunung yang runtuh berlaku dalam tahun saka welut 1373 bersamaan 1451 Tuhun masihi.[49]Kejadian alam semulajadi ini mengancam kerajaan Majapahit kerana membawa banyak bencana.Kejadian letusan gunung berapi seperti yang dicatatkan telah berlaku pada tahun saka kayambara-sagareku 1403.[50]Ini jelas mengambarkan keadaan alam semula jadi yang mengancam Majapahit.
    Dicatit juga keadaan yang berlaku di penghujung pemerintahan Suhita,  telah berlaku beberapa kali letusan gunung berapi.[51]Perkara ini jika diselidik melalui ilmu geologi pusat pemerintahan kerajaan majapahit termasuk dalam lingkaran api pasifik.  Bencana alam berlaku kerana proses yang berlaku terhadap geologi kerak bumi secara semulajadi. Kejadian gempa bumi dan gunung berapai secara autometiknya akan membawa mala petaka yang besar kerana dampak letusan gunung berapi itu sendiri.   Ini jelas menunjukan bahawa bencana alam turut mempengaruhi kemerosotan dan keruntuhan kerajaan Majapahit sesudah pemerintahan Hayam Wuruk.
Bencana alam ini menjadi ancaman besar kepada ekonomi dan kepercayaan masyarakat terhadap pemerintahan Majapahit ketika ini.Dari segi ekonomi bencana alam seperti gunung berapi dan gempa bumi yang digambar telah berlaku menyebabkan semua kegiatan penduduk terancam.  Selain nyawa meraka terancam  kegiatan harian mereka juga terganggu,  letusan gunung berapi yang mengeluarkan banyak debu dan abus panas memusnahkan semua tenaman penduduk tempatan,  hal ini menyebabkan ekonomi kerajaan majapahit merosot disamping tiada pedagang datang mengunjungi  pelabuhan majapahit. 
  Dari segi kepercayaan rakyat pula, apabila berlaku bencana terhadap kawasan pemerintahan seorang raja maka raja berkenanan telah hilang kewibawaan untuk memerintah dan akan digantikan oleh raja lain.tidak lagi.  Maka melalui keparcayaan tersebut rakyat tempatan mula tidak mengiktiraf pemerintah kerajaan Majapahit sehinggakan berkurangnya penduduk kerajaan Majapahit ini dibuktikan dengan lemahnya sistem pertahanan kerajaan Majapahit akibat kekurangan angota tentera sehingga tidak mampu menepis serangan dari kerajaan kecil yang baru muncul di sekitar Jawa sendiri.


KESIMPULAN
   Kesimpulannya,  kelemahan pemerintahan raja-raja sesudah Hayam Wuruk pada 1369 masihi merupakan faktor utama membawa kepada kemerosotan dan keruntuhan kerajaan majapahit.  Kelemahan pemerintahan untuk mengembangkan dan mempertahankan empayar Majapahit menyebabkan keluasan empayar empayar majapahit semangkin mengecil.  Perkara ini menadakan majapahit yang tinggal nama sahaja sesudah itu.  Majapahit hanya tinggal nama dalam keagungan empayarnya kerana seratus tahun selepas Hayam Wuruk kerajaan Majapahit tidak pernh lagi mengembangkan kerajaannya namun sebaliknya berlaku, iaitu kerajaan terus jatuh dan jatuh sehinggalah kehancurnya ketangan demak.  Melalui kelemahan pemerintah Majapahit menyebabkan wilayah-wilayah naungan majapahit membebaskan diri dan lebih menyedihkan lagi apabila wilayah naugan Majapahit sendiri yang memusnahnya bukan dari kerajaan luar seperti Thailan.Perkara ini menunjukan betapa rapuhnya pemerintahan Majapahit setelah mencapai zaman keemasanya.  Disokong oleh faktor-faktor lain yang membawa kepada kemusnahan Majapahit seperti  pergolakan politik dan perang saudara.  Malalui peperang sesama pemerintah menyebabkan wujudnya kerajaan baru, kerana disebalik kesibukan dalam perang saudara, ia memberi ruang kepada negeri naungan untuk mengukuhkan kedudukanya ini dibuktikan dengan pembebasan Palembang dari kekuasaan majapahit.  Pemerintah Palembang ketika itu Paramiswara telah berkeyakinan untuk menbebaskan diri keranan majapahit tidak lagi berkuasa keatas negeri beliau.sehinggalah cita-cita baliau tercapai setelah perpindahannya ke Melaka pada abad ke 15 masihi.  Islam yang dibawa masuk oleh pedagang dari luar menjadikan agama hindu mula pudar dari kalangan penduduk tempatan.  Perkembangan islam yang tak mampu disekat oleh pemerintah Majapahit menyababkan agama hindu hilang di bumi Jawa buat selama-lamanya.  Selain itu faktor yang membawa keruntuhan majapahit disebabkan oleh faktor alam sekitarnya sendiri.
    Disamping perubahan dasar luar china juga yang mula regang hubungan dengan majapahit menjadi penyebabkan kemorosotan majapahit.  Kerajaan china telah mengiktiraf Melaka sebagai satu kuasa di slat Melaka dan memberi perlindungan politik diasia tenggara.  Maka dengan itu perhatian dari kerajaan cina terhadap majapahit  tidak menjadi perhatian maharaja cina apabila Melaka menadi pusat enterpot di asia tenggara.
   Perkara ini jelas menunjukan faktor dalaman yang di sokong oleh faktor luaran menyebabkan kemerosotan dan keruntuhan kerajaan majapahit yang berakhir pada tahun 1526 masihi dan merupakan kerajaan hindu yang terakhir.


jUsT sHaRiNg

Sunday, 4 January 2015

cara-cara menjalankan penyelidikan etnografi

Langkah-langkah Etnografi
Sebagai sebuah model, tentu saja etnografi mempunyai ciri-ciri dan langkah-langkah tersendiri.Langkah yang dimaksudkan adalah seperti yang dikemukakan oleh Spradley (1997) dalam buku Kaedah Etnografi, sebagai berikut:

1. menetapkan informan.- mempunyai lima syarat iaitu
·         Enkulturasi penuh (mengetahui budaya miliknya dengan baik)
·         Penglibatan langsung
·         Suasana budaya yang tidak dikenali (akan menerima seadanya tanpa tokok tambah)
·         Mempunyai masa yang cukup
·         Non-analitis
Penyelidik sekuarang-kurangnya mempunyai dua hingga tiga syarat dan penyelidik seharusnya tahu siapa yang layak menjadi informannya.
2.      Melakukan wawancara kepada informan. Dijalankan dengan penuh persahabatan.informan perlu diberitahu tentang tujuan etnografi (meliputi rakaman,model wawancara, masa dan dalam bahasa yang difahaminya), penjelasan soalan (meliputi soalan deskriptif, struktur, dan kontras). Wawancara hendaknya jangan sampai menimbulkan kecurigaan kepada informan.
3.      Membuat catatan etnografi - Catatan dapat berupa laporan ringkas, laporan yang diperluas, jurnal lapangan, dan perlu diberikan analisis atau interpretasi. Catatan ini juga sangat fleksibel, tidak harus menggunakan kertas ini itu atau buku ini itu, melainkan cukup sederhana saja.
4.      Mengajukan soalan deskriptif – untuk menggambarkan keadaan tempatan.
5.      Melakukan analisis wawancara etnografis - Analisis dikaitkan dengan simbol dan makna yang disampaikan informan. Tugas penyelidik adalah memberi laluan simbol-simbol budaya serta mengenal pasti peraturan dan pengekodan
6.      Membuat analisis domain -  penyelidik menggunakan istilah mencakupi apa yang dikatakan oleh informan
7.      Mengajukan soalan struktur - soalan untuk melengkapkan soalan deskriptif.Contoh apakah cara orang pekak berkomunikasi?
8.      Membuat analisi taksonomik - usaha pemfokusan soalan yang telah diajukan.Ada lima langkah iaitu:-
§ pilih sebuah domain analisis taksonomi(contoh siapa-siapakah penghuni penjara)
§ pengenalan kerangka substitusi yang tepat untuk analisis
§ cari subset di antara beberapa istilah
§ cari domain yang lebih besar
§ buat taksonomi sementara
9.      mengajukan soalan kontras – contoh sountuk mencari perbezaan wanita, gadis, perempuan, orang dewasa, perempuan simpanan
10.  Membuat analisis komponen - dilakukan ketika dan setelah di lapangan. Hal ini untuk mengelakkan manakala ada hal-hal yang masih perlu ditambah, akan dilakukan wawancara ulang kepada informan
11.  Mencari tema-tema budaya
12.  Menulis etnografi

Bagi penyelidik memang sukar untuk menentukan informan .Untuk itu informan mestilah orang yang tahu,dewasa, sihat jasmani dan rohani, tidak mempunyai kepentingan peribadi dan berpengetahuan luas.


jUsT sHaRiNg

Saturday, 3 January 2015

ethnocentrism

Ethnocentrism is the tendency to believe that one's ethnic or cultural group is centrally important, and that all other groups are measured in relation to one's own. The ethnocentric individual will judge other groups relative to his or her own particular ethnic group or culture, especially with concern tolanguage, behavior, customs, and religion. These ethnic distinctions and sub-divisions serve to define each ethnicity's unique cultural identity.[1]
The term ethnocentrism was coined by William G. Sumner, upon observing the tendency for people to differentiate between the ingroup and others. He described it as often leading to pride, vanity, beliefs of one's own group's superiority, and contempt of outsiders.[2]
Anthropologists such as Franz Boas and Bronislaw Malinowski argued that any human science had to transcend the ethnocentrism of the scientist. Both urged anthropologists to conduct ethnographicfieldwork in order to overcome their ethnocentrism. Boas developed the principle of cultural relativismand Malinowski developed the theory offunctionalism as guides for producing non-ethnocentric studies of different cultures. The booksThe Sexual Life of Savages in North-Western Melanesia, by MalinowskiPatterns of Culture byRuth Benedict and Coming of Age in Samoa byMargaret Mead (two of Boas's students) are classic examples of anti-ethnocentric anthropology.

Contents

Theoretical underpinnings

Ethnocentrism occurs when one culture or nation places itself at the top of an imagined hierarchy of cultures and nations and subsequently assigns other cultures and nations equivalent or lower value on that scale. The idea that Nation 'A' is intrinsically 'better' than any other is inculcated in the population until it becomes naturalized', that is, a commonly held belief that Nation 'A' has alwaysbeen the best. It has never been any other way, and that all other nations can be judged according to the model Nation 'A' represents. Nation 'A' is the center and all other ethnicities must strive to emulate it in order to move up in the imaginary hierarchy.
An example ethnocentrism is provided by Elizabeth Spelman in her work 'Inessential Woman: Problems of Exclusion in Feminist Thought' in which she deems feminist legal theory as 'feminist ethnocentrism'. This is the belief in superiority of the feminist movement in that they speak for all women, which in reality, proves to be very different.
However, it is not unusual for people to consider that whatever they believe is the most appropriate system of belief or that however they behave is the most appropriate and 'natural' behavior. To be fair, a system of belief in which someone doesn't consider his or her own as the right one is inherently inconsistent, for it is admitting its own falseness. With this in mind, it is important to examine the bases for our beliefs regarding other cultures and nations: Emmanuel Levinas's philosophical 'Other'.

jUsT sHaRiNg

reflexivity

Reflexivity

Definition
Reflexivity is an attitude of attending systematically to the context of knowledge construction, especially to the effect of the researcher, at every step of the research process. 
"A researcher's background and position will affect what they choose to investigate, the angle of investigation, the methods judged most adequate for this purpose, the findings considered most appropriate, and the framing and communication of conclusions" (Malterud, 2001, p. 483-484).
The perspective or position of the researcher shapes all research - quantitative, qualitative, even laboratory science.

Beliefs about research bias
There is an assumption among researchers that bias or skewedness in a research study is undesirable.  As Malterud (2001) writes: "Preconceptions are not the same as bias, unless the researcher fails to mention them" (p. 484).
Different researchers will approach a study situation from different positions or perspectives.  This might lead to the development of different, although equally valid, understandings of a particular situation under study. 
While some may see these different ways of knowing as a reliability problem, others feel that these different ways of seeing provide a richer, more developed understanding of complex phenomena.
Understanding something about the position, perspective, beliefs and values of the researcher is an issue in all research, but particularly in qualitative research where the researcher is often constructed as the 'human research instrument.'

Steps to foster reflexivity and reflexive research design
Designing research that includes multiple investigators --  This can foster dialogue, lead to the development of complementary as well as divergent understandings of a study situation and provide a context in which researchers' - often hidden - beliefs, values, perspectives and assumptions can be revealed and contested. 
It is worth noting that the idea of involving multiple investigators in a study and fostering a reflexive dialogue is most often not to reach consensus and foster reliability. 
Develop a reflexive journal (c.f. Lincoln and Guba). -- This is a type of diary where a researcher makes regular entries during the research process.  In these entries, the researcher records methodological decisions and the reasons for them, the logistics of the study, and reflection upon what is happening in terms of one's own values and interests.  Diary keeping of this type is often very private and cathartic.


Report research perspectives, positions, values and beliefs in manuscripts and other publications.  - - Many believe that it is valuable and essential to briefly report in manuscripts, as best as possible, how one's preconceptions, beliefs, values, assumptions and position may have come into play during the research process. 

jUsT sHaRiNg

konstektualisasi

 Kontekstualisasi adalah proses berkesinambungan yang melaluinya kebenaran dan keadilan Allah diterapkan dan muncul dalam situasi-situasi histories yang kongkrit. Kontekstualisasi lebih Holistik artinya mencakup semua aspek konteks manusia dan hubungan antara budaya dan kelompok-kelompok manusia; lebih Global: artinya dapat diterapkan kepada semua kebudayaan; lebih dinamis atinya menerima realitas perubahan social-budaya. (Lih. Pertemuan TEF-1973, oleh DGD).

Kontekstualisasi ditujukan untuk membawa Injil sebagai khabar baik yang sesungguhnya bagi manusia dalam  situasi-situasi kongkrit yang berubah secara cepat. Ada tiga aspek yang harus mendapat perhatian yaitu Krisis iman yang meluas dan pencarian makna kehidupan; masalah-masalah yang mendesak dari perkembangan manusia dan keadilan social; perbedaan diantara peradaban teknologi yang universal dan situasi-situasi budaya dan agama setempat.

Kontekstualisasi dalam Alkitab tertulis dalam Kisah Rasul Pasal 2:4. ITB Acts 2:4 Maka penuhlah mereka dengan Roh Kudus, lalu mereka mulai berkata-kata dalam bahasa-bahasa lain, seperti yang diberikan oleh Roh itu kepada mereka untuk mengatakannya.

Kontekstualisasi digunakan dalam hubungan dengan budaya-budaya yang dengan cepat mengalami perubahan social. Istilah ini menyiratkan usaha untuk memperhitungkan proses sekularisasi, teknologi, dan perjuangan-perjuangan demi keadilan manusia yang dialami oleh bangsa-bangsa di dunia ketiga.

Menurut J. Russel Chandarn, kontekstualisasi bukan suatu latihan intelektual, tugas teologi gereja adalah melibatkan diri, bergumul, dan mengikatkan diri dalam analis social politik dan lain-lain.

Kelopok pemikir Injili melihat tugas kontekstualisasi terbatas pada iman dan komunikasi relevan tanpa mengubah berita ke dalam bahasa dan bentuk kebudayaan. Sebab tugas kontekstualisasi ialah menterjemahkan Injil dalam hubungan dengan situasi histories yang kongkrit.

Sebab itu methode gramatika-histories kuno dan dihormati yaitu mengenai exegesis teks untuk diterima sebagai pokok dalam kontektualisasi; memberi penjelasan dan pengertian apa yang dimaksud para penulis, namun memiliki konteks. Kontekstualisasi yang asli berlangsung ketika terjadi pertemuan antara teks dan konteks. Misalnya konteks dapat memusatkan isu pada kekerasan, sedangkan teks menaikkan isu mengenai dosa dan kuasa setan. Karena teks memiliki wewenang atas konteks dan mengubah, maka pergerakan dialog akan selalu dari teks ke konteks.

Pertemuan berlangsung di dalam ketergantungan kepada Roh Kudus. Roh Kudus merupakan kunci yang menjelaskan hubungan teks dan konteks. Perbentangan ini didasarkan atas keyakinan bahwa Roh Kudus memberi kejelasan dan jaminan dari teks dalam hubungannya dengan tiap-tiap situasi manusia.

Kaum Injili mengakui bahwa kontekstualisasi yang sah hanya menerima dengan terus terang kesetiaan sikap sebagai murid Kristus yaitu loyal dan setia kepada Yesus Kristus sebagai juruselamat dan Tuhan atas segala yang hidup, segala pribadi, dan semua masyarakat dan kesetiaan kepada Injil-Nya. Kontekstualisasi yang benar menuntut kesanggupan bagi gereja sebagai umat Allah, yang memuja Tuhan, juga dipanggil untuk menaati tugas pelayanan, terutama bagi kaum miskin dan untuk memproklamasikan kepada semua orang keselamatan dalam Kristus.

Penafsiran terhadap teks merupakan tugas gereja. Semua orang Kristen dan Roh Kudus memperjelas teks. Gereja adalah lapisan dimana kontekstualisasi berlangsung. Gereja adalah tubuh Kristus dengan keaneka-ragam karunia dari Roh Kudus memastikan proses yang dinamis ini berlangsung.

Kontekstualisasi yang benar menentang segala bahaya sinkritisme. Tetapi bukan kelesuan atau ketakutan, melainkan kesediaan untuk menanggung resiko dan kesanggupan untuk mencapai tujuan misiological memungkinkan komunikator mengalahkan ketakutan ini. Roh Kudus sebagai komunikator Ilahi adalah pelopor dari pemenuhan tugas ini.

Dalam hubungan dialog antara teks Alkitab dan seluruh bentuk konteks manusia, gereja  terikat terhadap pembinasaan mereka. Meskipun  semua kebudayaan dicemari dosa masih mencerminkan kebenaran dan kemolekan dari wahyu umum Tuhan. Tetapi  yang harmonis dengan hukum Tuhan tetap  harus dibersihkan, diubah, dan ditaruh dibawah kuasa Kristus.

Kontekstualisasi memuncak pada Khabar Baik yang menerobos tiap-tiap situasi  yaitu penebusan dari dosa, kesalahan dan pembebasan dari kuasa setan, pembebasan dari keputusasaan, ketidakadilan dan perwujudannya merupakan suatu tugas sentral gereja di dalam misinya dalam dunia  (bnd. NDT, 1991: 165-167).

jUsT sHaRiNg

Elsa - Disney's Frozen