1.0 pengenalan
Isu rokok dan merokok sebenarnya merupakan masalah
global yang dihadapi oleh masyarakat dunia sejak beberapa tahun yang lalu
sehinggalah ke hari ini. Masalah tabiat merokok ini merupakan satu perkara yang
amat sukar untuk di atasi, walaupun pelbagai
peraturan dan undang-undang telah diperkenalkan bagi menyekat tabiat ini. Ramai
orang menyedari akan bahayanya merokok. Di kotak-kotak rokok pun telah dibuat
amaran dan ingatan betapa bahayanya merokok itu tetapi bilangan perokok terus
saja bertambah yang melibatkan berbagai-bagai lapisan masyarakat terutama
golongan remaja termasuklah pelajar.
Rokok diperbuat daripada sejenis daun tembakau yang
mengandungi bahan nikotin, tar (candu) dan karbon monoksida. Ketiga-tiga bahan
ini amat merbahaya kepada kesihatan tubuh badan. Kita dapat melihat orang
merokok di merata tempat sama ada di kampung, bandar dan sebagainya. Masyarakat
atau perokok menjadikan kelakuan merokok sebagai satu cara hidup mereka.
Pada saya sendiri merokok merupakan satu jenis pilihan aktiviti yang
popular dilakukan untuk memanfaatkan waktu-waktu lapang. Alasan-alasan untuk
merokok yang dikemukakan perempuan misalnya, sangat mungkin berbeza daripada
golongan lelaki. Lelaki membayangkan bahawa dengan merokok maka mereka boleh
dianggap sudah dewasa, tidak lagi budak-budak tidak matang, dan boleh memasuki
kelompok teman sebaya sekaligus kelompok yang mempunyai ciri gaya tertentu. Tetapi
pada saya lain bagi orang perempuan kerana merokok dianggap bukan sesuatu yang
lumrah dan lazim dilakukan oleh perempuan, hal ini kerana perempuan yang
merokok dianggap sebagai ciri khas yang akan membezakan mereka dengan perempuan
yang lain yang tidak merokok. Pada
beberapa kelompok masyarakat, perempuan perokok kerap dihubungkan dengan
stereotaip buruk dan dianggap bukan perempuan baik-baik . Keberanian untuk
merokok ini akhirnya menjadi sesuatu yang membanggakan dan memuaskan lelaki
bahkan juga perempuan. Dengan permasalahan tersebut, penelitian ini dimaksudkan
untuk mengetahui Bagaimana Persepsi Mahasiswa UM terhadap wanita yang merokok.
Kegiatan merokok ini sering berlaku kepada
masyarakat yang tidak mengendahkan tentang bahayanya merokok, bukan saja
golongan lelaki malahan juga golongan wanita juga ada yang sudah pandai
berjinak-jinak dengan tabiat merokok ini. Untuk projek etnografi saya, saya
memilih tajuk persepsi pelajar universiti Malaya(UM) terhadap wanita yang merokok.
2.0 Objektif kajian
Di antara objektif
kajian saya ialah :
a)
Untuk menjelaskan persepsi pelajar
universiti Malaya (UM) terhadap wanita yang merokok.
b)
Untuk menilai tahap emosi wanita yang
merokok dalam kehidupan mereka dengan mengetahui apakah alasan dan sebab mereka
merokok.
.
3.0 Metodologi kajian
Untuk mengumpulkan data dan mendapatkan maklumat
yang tepat, beberapa metodologi kajian perlu digunakan.
Dalam menjalankan kajian ini sumber data dan
maklumat diperolehi hasil daripada temubual yang dijalankan dengan
pelajar-pelajar Universiti Malaya(UM). Selain itu, sumber lain dalam
memperolehi maklumat ialah dengan membuat pemerhatian ke atas wanita yang
merokok. Akhir sekali ,saya memperolehi maklumat dengan merujuk sumber sekunder
iaitu jurnal, buku-buku,surat khabar, dan laman web.
3.2 Deskripsi data
Kajian ini dijalankan di dalam kampus Universiti
Malaya(UM) . responden yang terlibat ialah 7 orang pelajar universiti Malaya. 5
orang pelajar yang memberi pandangan mereka terhadap wanita merokok dan 2 orang
lagi pelajar wanita yang merokok . 5 orang pelajar yang memberi pandangan
dipilih secara rawak oleh saya untuk saya temubual mereka sebagai responden.
Manakala 2 orang pelajar wanita yang merokok saya dapati dari sumber yang
dipercayai memberitahu kepada saya. Kajian ini banyak dilakukan di fakulti
undang-undang memandangkan 2 orang pelajar yang merokok itu daripada fakulti
tersebut.
3.3 Sumber-sumber data
Data dan maklumat dalam kajian ini diperoleh hasil
daripada temubual tidak berstruktur yang dijalankan pada bulan novermber.
Pelajar-pelajar yang ditemubual merupakan pelajar dari pelbagai fakulti tetapi
tidak semua. Untuk mendapatkan maklumat yang lain seperti teknik menulis yang
baik, saya mendapatkan dokumen-dokumen seperti jurnal,
tesis-tesis,kajian-kajian penyelidikan, laporan, dan sebagainya. Saya juga
mengunjungi perpustakaan utama UM untuk mendapatkan data dan maklumat mengenai
bidang yang dikaji.
3.4 Pengumpulan data
Data-data atau maklumat telah dipungut dalam
temubual dicatatkan dalam buku catatan. Ini adalah untuk memastikan segala
maklumat yang diperolehi dapat dianalisis dengan betul dan berkesan. Ini juga
bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya pengurangan maklumat yang
diberikan oleh responden. Segala pendapat dan pandangan dicatatkan dengan
sepenuhnya. Sekiranya terdapat maklumat yang tidak jelas, saya ingin
menghubungi responden melalui telefon. Semua responden memberikan kerjasama
yang baik.
3.5 Analisis data
Data-data dan maklumat yang diperolehi daripada
temubual yang dijalankan akan dianalisis. Data dan kajian ini adalah
kualitatif. Maklumat yang diperolehi dipolakan mengikut keutamaan dan kehendak.
Data-data akan dirankkan mengikut keutamaan yang
telah diberikan oleh responden. Saya akan mengkaji jawapan-jawapan yang sama
atau berlaku berulang kali daripada hasil temubual tersebut.
4.0 Hasil
kajian
a)Pandangan
pelajar UM terhadap wanita merokok
Pemerhatian untuk
projek ini saya lakukan selama satu hari seminggu selama empat minggu pada
bulan november . Jadi responden pertama saya ialah menemu bual Najwa iaitu
kakak angkat saya dan ingin Mengetahui apakah persepsinya terhadap wanita yang
merokok.
Pendapat Najwa ialah perempuan tidak jauh beza merokok dgn lelaki. Hal ini kerana mereka ada
satu tujuan ia itu untuk memenuhi citarasa mereka yg sudah ketagihan dengan
rokok. Cuma bezanya kalau perempuan ini bilangannya agak kurang dibandingkan
dengan lelaki dan masyarakat memang memandang serong terhadap perempuan yang
merokok serta beranggapan perempuan yg merokok adalah perempuan yang tidak
baik. Jadi pendapat Najwa tentang perempuan merokok ialah dia tidak terlalu
kisah dan hairan kerana apa yang penting seseorang itu dianggap berpendidikan
dan mereka tahu apa yang baik buruknya merokok.
Seterusnya, temubual saya lakukan terhadap seorang
pelajar dari fakulti alam bina iaitu Amir Rusyaidi. Pendapatnya terhadap wanita
yang merokok ialah meletakkan signal
yang negatif terhadap wanita yang merokok dalam fikirannya. Tambahnya apabila dia melihat wanita perokok (terutama orang
Melayu), hati dia seolah-olah sukar dielakkan dari memikirkan hal yang negatif .
Dia sendiri tidak tahu apakah bezanya lelaki perokok dan wanita perokok? Dia boleh
bergaul dan berbual dengan rakan-rakan lelaki perokok tanpa meninggalkan
persepsi negatif. Tetapi tidak terhadap
perokok wanita. Hanya itu sahaja
pendapatnya terhadap wanita perokok,katanya kepada saya.
Kemudian,temubual saya lakukan pula terhadap seorang
pelajar dari fakulti perakaunan yang bernama Muhd Farhan. Hal ini memandangkan
saya mengambil subjek titas di fakulti tersebut jadi saya sambil-sambil lah
membuat temubual memandangkan saya ingin mencari responden dari pelbagai
fakulti. Pendapat Farhan terhadap wanita merokok ialah tidak setuju seratus peratus merokok
apa lagi kepada wanita. “Dah tentu saya tidak setuju lansung. Wanita dah
disifatkan dengan sifat yang lembut, bersopan santun. Tapi bila merokok, pakai
la baju sopan mana macam mana pun, berbual dengan lemah lembut pun tetap nampak
tak sopan. Realitinya perkara ni dah jadi biasa dekat negara barat. Berbeza
dengan Malaysia, agak canggung kalau wanita merokok, Tapi kalau dibiarkan
lama-lama menjadi kebiasaan. Jadi harap kaum wanita tolonglah jangan merokok”.
Seterusnya, saya menenebual seorang pelajar dari
fakulti Akademi Pengajian Islam(API). Pada pandangan saya pendapatnya agak
negatif dan sangat anti terhadap wanita yang merokok. berikut adalah pendapat
Alia. “ saya tidak boleh menerima wanita
merokok dikalangan masyarakat kita sekarang ini. Wanita melambangkan sifat
serta sikap lemah lembut serta penyayang. Wanita yang merokok boleh diibaratkan
sebagai seseorang yang mempunyai masalah mental yang bercelaru dan sentiasa
dalam keresahan, sentiasa dilihat mempunyai moral yang rendah. akan merosakkan
imej kaum wanita dan memberikan kesan negatif kepada masyarakat dan kaum ibu
secara keseluruhannya secara amnya di masyarakat tempatan”.
Responden saya yang seterusnya ialah Siti
Fairuz daripada fakulti Pendidikan. Saya
rasa pendapatnya agak positif dan
menerima golongan perokok wanita ini dalam masyarakat. “aku tak ada masalah
menerima wanita yang merokok sebagai rakan. Namun, jika aku sebagai rakan
kepada wanita merokok, aku akan menasihati mereka supaya berhenti kerana
merokok memang nyata membahayakan kesihatan. Kebanyakan orang akan memandang
serong terhadap wanita merokok tetapi lelaki merokok di anggap biasa sedangkan
kedua-duanya membahayakan kesihatan tanpa mengira jantina. Mungkin sesetengah
masyarakat tidak dapat menerima wanita merokok. Tetapi kita tidak boleh
menyalahkan mereka kerana kita perlu tahu, rokok memudaratkan kesihatan. Dan
ianya benar, tiada salahnya kenyataan mereka itu. Dan akhirnya terletak di
kotak fikiran kita sendiri, bagaimana mentafsirkannya”.
b)
Alasan dan sebab wanita
merokok
Objektif saya yang seterusnya dalam kajian ini
ialah untuk mengetahui apakah alasan dan sebab untuk
mereka merokok. Sebenarnya pada awalnya saya tidak spesifikkan responden untuk
wanita merokok kepada pelajar ,tetapi memandangkan ada yang saya temui merokok
dikalangan pelajar, jadi saya hanya menjadikan mereka sebagai responden untuk
kajian saya.
Untuk responden pertama bagi wanita merokok ialah
seorang pelajar tahun 2, seorang pelajar dari fakulti undang-undang ,jurusan
Bachelor of Jurispundence dan berasal dari Kuala Lumpur.
Katanya dia mula merokok pon
bermula di universiti ini jugak. Dia merokok
kerana ingin mengurangkan berat badan. Hal ini kerana dulu badannya agak gemuk.
Jadi apabila merokok dia dapat mengawal selera makan ,dengan itu dia dapat
kawal pengambilan makanan. Tambahnya lagi
rokok ini sebagai penemannya di saat hidupnya penuh dengan masalah dan
tekanan. Baginya, rokok itu ibarat satu cara melepaskan tekanan memandangkan
kursus yang dia ambil merupakan kursus yang kritikal.
Dia juga berkongsi pendapat dengan saya dengan
mengatakan masyarakat tidak perlu bersikap prejudis atau diskriminasi terhadap
golongan perokok wanita dan mempersoalkan kenapa masyarakt perlu menyekat
kebebasan seseorang dengan membezakan lelaki wanita dalam sesetengah hal?
Jadi apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah dia
merokok kerana ingin kurus dan tekanan. Melepaskan tekanan satu alasan biasa
yang selalu diberi oleh perokok sama ada lelaki atau wanita di luar sana yang
sering kita dengar.
Responden saya yang terakhir untuk wanita yang
merokok juga dari fakulti undang-undang, tahun ketiga dan berjurusan ‘Bachelor
of Jurispundence’ juga. Dia berasal dari negeri Johor Darul Takzim dan berumur
22 tahun.
“ Saya mula belajar merokok ketika berumur 17 tahun.
Pada mulanya saya mengambil rokok sebab inginkan keseronokan dan sekadar ingin
mencuba. Kemudian terpengaruh dengan ajakan kawan-kawanlah yang membuatkan saya
menjadi seorang perokok tegar. Kata mereka, rokok boleh hilangkan segala
tekanan dan membuatkan seseorang nampak lebih berlagak sebab masa tu dah jadi
senior paling tua kat sekolah. Sejak daripada tu, saya mula jadi ketagih. Kalau
dulu, dalam sehari, saya boleh habiskan sekotak rokok (14 batang) tapi kini
hanya sebatang atau dua batang sehari. Namun, disebabkan faktor kesihatan dan
mendapat sokongan kuat daripada keluarga, serta orang yang tersayang, saya mula
sedar dan berazam untuk berhenti merokok. Namun, saya masih belum ada kekuatan
sepenuhnya untuk berhenti tapi saya nekad akan cuba meninggalkan secara
beransur-ansur,” ujarnya menceritakan pengalamannya kepada saya.
Dia turut mencurahkan pendapatnya. katanya rokok memang
memudaratkan kesihatan. Itu fakta sahih malah setiap perokok pasti tahu
hakikatnya tetapi dia berpendapat, selagi tahu menjaga adab dan tidak ‘sembur’
asap sesuka hati di depan muka orang lain, itu sudah memadai. Penerimaan setiap
orang bergantung kepada dirinya sendiri. Ada yang suka, ada yang menyampah.
Setiap orang hanya perlu hormat keputusan, pendirian dan gaya hidup orang lain.
Kalau tidak suka, boleh pandang tempat lain.
5.0 Penutup
Kesimpulannya terdapat pelbagai pendapat dan
persepsi masyarakat terhadap wanita yang merokok. Ada yang menerima dan ada
yang menolak dengan sekeras-kerasnya. Sebenarnya jika direnungkan kembali,
golongan perokok dalam kalangan wanita sudah wujud sejak sekian lama. Malah
fenomena ini boleh dilihat sendiri sekiranya kita memasuki kawasan pedalaman
ataupun ceruk kampung di luar bandar. Pengalaman saya sendiri saya pernah
melihat di satu sudut anjung rumah, kelihatan seorang wanita berusia lebih
setengah abad tenang menghembuskan asap rokok. Jadi dalam kajian ini, saya
telah kupas sedikit bagaimana pandangan pelajar Universiti Malaya terhadap
wanita yang merokok.
Secara umum yang saya ketahui ada sebilangan
berpendapat, golongan perokok dalam kalangan wanita adalah kelompok manusia
aneh yang jauh menyimpang daripada norma kehidupan sebenar dan mungkin juga
sesetengah berpandangan tidak perlu untuk
menyekat kebebasan mereka kerana itu adalah hak mereka sendiri.
Secara amnya, Merokok merupakan tabiat yang digemari
ramai tidak kira umur, pangkat dan jantina. Walau apa pun alasan seseorang itu
merokok, yang jelasnya, ia merupakan satu tabiat yang mendatangkan pelbagai
kemudaratan terhadap kesihatan mereka. Oleh itu cara terbaik yang boleh
dilakukan ialah melalui pencegahan awal iaitu menanam kesedaran dan mengelak
sama sekali daripada merokok.
Tidak dinafikan, pengaruh televisyen dan filem yang
menggambarkan wanita merokok seolah-olah jahat dan liar sedikit sebanyak
mempengaruhi fikiran masyarakat namun kini kebanyakannya sudah boleh menerima
walaupun tidak secara drastik. Tidak dinafikan, jika kita terserempak dengan
perempuan yang sedang menghisap rokok, secara automatik riak wajah akan berubah
melihat mereka dengan pandangan kurang menyenangkan. Tapi, itu dulu. Sekarang,
masyarakat dilihat lebih terbuka dan kajian ini dibangkitkan bukannya untuk
mencipta persepsi negatif terhadap golongan terbabit tetapi ia lebih kepada
kajian untuk menilai sendiri pandangan
para pelajar universiti Malaya terhadap mereka.
Bibliografi
Rockville,Md(2001),
Women and smoking : a report of the Surgeon General, Melbourne.
Haslinda
Abdullah(2009), Tingkah laku merokok dalam kalangan belia wanita / Haslinda
Abdullah, Ma'rof Redzuan, Nobaya Ahmad dan Rohazita Ramza, Selangor.
Rosliza
A.Manaf(2008), Smoking among young urban Malaysian women and its risk factors,
Asia-Pacific Journal of Public Health, 20(3),204-213.
Osman
Zuhairi(2013), ‘Wanita Merokok di Malaysia’ Berita Harian, Aug18.
Ikram84.
‘Merokok, Wanita, Gaya
Hidup’2008[online]Available&http://www.koleksiartikel.com/cerita-cerita/merokok-gaya-wanita-hidup-punca.html>(Jun
23, 2008)
jUsT sHaRiNg