Thursday, 25 December 2014

gangsta and politics in malaysia -ethnography =mcm slah jer

Penulis Sophie Lemiere menuduh Pekida sebuah kumpulan ‘militan sukarela’ di mana tindakan dan arah tuju mereka demi kepentingan parti pemerintah iaitu Barisan Nasional/UMNO. Militan sukarela ini ialah percaturan rahsia politik di mana watak politik - sama ada parti politik, kerajaan atau ahli politik - menugaskan individu atau kumpulan mengambil sesuatu tindakan demi kepentingan mereka sendiri.Tindakan Pekida berbentuk sokongan, atau demonstrasi atau mungkin juga menggunakan kekerasan.
UMNO mempunyai hubungan lebih kuat dengan kumpulan berasaskan kaum ini berbanding parti lain. Hal ini disebabkan parti pemerintah sudah mencipta keperluannya dan mengekalkan suasana yang sesuai menyokong pertumbuhannya. Pekida bagaikan "nadi" dan "angka" yang diperlukan watak politik rasmi untuk berdepan pihak lawan, sama ada semasa pilihan raya, aktiviti berkempen, demonstrasi atau kontroversi.
Pekida mula berkembang ketika zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri (2003-2009) dan tidak ada semasa era Tun Dr Mahathir Mohamad. Kumpulan ini menggunakan retorik berasaskan agama dan identiti yang sebelum ini tidak diketahui atau tidak pernah wujud. Era pemerintahan Abdullah adalah zaman keemasan Pekida, dia seperti ayah angkat Pekida. Semasa awal pentadbirannya, Abdullah memerlukan sokongan yang kuat dan untuk memastikan pengaruh partinya, Abdullah menggunakan rangkaian pertubuhan tersebut di mana beliau diangkat sebagai penaung.
Semasa Krisis politik Perak 2009 ,tiga ahli Pakatan Rakyat (PR) keluar dan menyertai BN, terjadi beberapa insiden keganasan dan demonstrasi menentang pemimpin PR yang menyokong pembubaran dewan selepas itu. Ketika itulah ahli Pekida muncul, mengibarkan secara terbuka bendera tiga warna pertubuhan mereka (kuning, merah, hijau) dan memakai lilitan kuning di kepala bertulis 'Daulat Tuanku'. Walaupun mereka lakukan keganasan, tiada ahli militan Pekida yang ditangkap. Mereka sedia membantu Umno jika mereka memerlukan lebih pertolongan. Percaturan ini yang menyebabkan Pekida mudah bergiat aktif secara sah dan berdaftar sebagai NGO yang sah disisi undang-undang.
Kebanyakan ahli Pekida percaya aktiviti politik dan 'kabel' mereka membolehkan mereka lepas daripada tindakan undang-undang. Oleh itu, mereka juga tidak takut dengan pihak berkuasa polis. Pekida berkembang menerusi kumpulan persilatan dan banyak kumpulan silat adalah rangkaian Pekida. Perkara ini sebagai "langkah semulajadi" kepada militan politik. Ahli Pekida juga mengaku bertanggungjawab dalam beberapa aktiviti keganasan melibatkan pertelingkahan agama dan kaum.
Lemiere juga mendedahkan Pekida sering dikenali sebagai Tiga Line, merujuk kepada simbol tiga warna bendera rasmi kumpulan tersebut - kuning, merah, hijau. Pada Ogos 2013, kumpulan Tiga Line termasuk antara senarai pertubuhan haram yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri dalam usaha membanteras kegiatan kongsi gelap.Namun Presiden Pekida, Jamaludin Yusof pada Oktober 2013 menafikan sebarang kaitan pertubuhan tersebut dengan Tiga Line.
Buku ini kompilasi karangan pelbagai penulis dan Sophie Lemiere berperanan sebagai penyuntingnya, mengandungi satu bab yang ditulisnya sendiri iaitu bertajuk "Gangsta and Politics in Malaysia". Lemiere memiliki PhD dan Sarjana dalam Perbandingan Politik daripada Institut Pengajian Politik Paris (atau dikenali juga sebagai Sciences-Po) di Perancis. Buku ini terbitan Strategic Information and Research Development Centre Malaysia berjudul "Misplaced Democracy: Malaysian Politics and People" . [7]

Dia menulis yang Umno mempunyai hubungan lebih kuat dengan kumpulan berasaskan kaum ini berbanding parti lain. Hal ini disebabkan parti pemerintah sudah mencipta keperluannya dan mengekalkan suasana yang sesuai menyokong pertumbuhannya.
Dalam konteks Malaysia, katanya, militan sukarela ini adalah seperti "nadi" dan "angka" yang diperlukan watak politik rasmi untuk berdepan pihak lawan, sama ada semasa pilihan raya, aktiviti berkempen, demonstrasi atau kontroversi.

jUsT sHaRiNg

No comments:

Post a Comment

Elsa - Disney's Frozen