Sunday, 21 December 2014

assignment ethnography semester 1

1.0  pengenalan

Isu rokok dan merokok sebenarnya merupakan masalah global yang dihadapi oleh masyarakat dunia sejak beberapa tahun yang lalu sehinggalah ke hari ini. Masalah tabiat merokok ini merupakan satu perkara yang amat sukar untuk di atasi, walaupun  pelbagai peraturan dan undang-undang telah diperkenalkan bagi menyekat tabiat ini. Ramai orang menyedari akan bahayanya merokok. Di kotak-kotak rokok pun telah dibuat amaran dan ingatan betapa bahayanya merokok itu tetapi bilangan perokok terus saja bertambah yang melibatkan berbagai-bagai lapisan masyarakat terutama golongan remaja termasuklah pelajar.
Rokok diperbuat daripada sejenis daun tembakau yang mengandungi bahan nikotin, tar (candu) dan karbon monoksida. Ketiga-tiga bahan ini amat merbahaya kepada kesihatan tubuh badan. Kita dapat melihat orang merokok di merata tempat sama ada di kampung, bandar dan sebagainya. Masyarakat atau perokok menjadikan kelakuan merokok sebagai satu cara hidup mereka.
Pada saya sendiri merokok  merupakan satu jenis pilihan aktiviti yang popular dilakukan untuk memanfaatkan waktu-waktu lapang. Alasan-alasan untuk merokok yang dikemukakan perempuan misalnya, sangat mungkin berbeza daripada golongan lelaki. Lelaki membayangkan bahawa dengan merokok maka mereka boleh dianggap sudah dewasa, tidak lagi budak-budak tidak matang, dan boleh memasuki kelompok teman sebaya sekaligus kelompok yang mempunyai ciri gaya tertentu. Tetapi pada saya lain bagi orang perempuan kerana merokok dianggap bukan sesuatu yang lumrah dan lazim dilakukan oleh perempuan, hal ini kerana perempuan yang merokok dianggap sebagai ciri khas yang akan membezakan mereka dengan perempuan yang lain yang tidak merokok.  Pada beberapa kelompok masyarakat, perempuan perokok kerap dihubungkan dengan stereotaip buruk dan dianggap bukan perempuan baik-baik . Keberanian untuk merokok ini akhirnya menjadi sesuatu yang membanggakan dan memuaskan lelaki bahkan juga perempuan. Dengan permasalahan tersebut, penelitian ini dimaksudkan untuk mengetahui Bagaimana Persepsi Mahasiswa UM terhadap  wanita yang merokok.
Kegiatan merokok ini sering berlaku kepada masyarakat yang tidak mengendahkan tentang bahayanya merokok, bukan saja golongan lelaki malahan juga golongan wanita juga ada yang sudah pandai berjinak-jinak dengan tabiat merokok ini. Untuk projek etnografi saya, saya memilih tajuk persepsi pelajar universiti Malaya(UM)  terhadap wanita yang merokok.





2.0 Objektif kajian
Di antara objektif kajian saya ialah :
a)      Untuk menjelaskan persepsi pelajar universiti Malaya (UM) terhadap wanita yang merokok.
b)      Untuk menilai tahap emosi wanita yang merokok dalam kehidupan mereka dengan mengetahui apakah alasan dan sebab mereka merokok.

.

















3.0 Metodologi kajian

Untuk mengumpulkan data dan mendapatkan maklumat yang tepat, beberapa metodologi kajian perlu digunakan.
Dalam menjalankan kajian ini sumber data dan maklumat diperolehi hasil daripada temubual yang dijalankan dengan pelajar-pelajar Universiti Malaya(UM). Selain itu, sumber lain dalam memperolehi maklumat ialah dengan membuat pemerhatian ke atas wanita yang merokok. Akhir sekali ,saya memperolehi maklumat dengan merujuk sumber sekunder iaitu jurnal, buku-buku,surat khabar, dan laman web.

3.2 Deskripsi data
Kajian ini dijalankan di dalam kampus Universiti Malaya(UM) . responden yang terlibat ialah 7 orang pelajar universiti Malaya. 5 orang pelajar yang memberi pandangan mereka terhadap wanita merokok dan 2 orang lagi pelajar wanita yang merokok . 5 orang pelajar yang memberi pandangan dipilih secara rawak oleh saya untuk saya temubual mereka sebagai responden. Manakala 2 orang pelajar wanita yang merokok saya dapati dari sumber yang dipercayai memberitahu kepada saya. Kajian ini banyak dilakukan di fakulti undang-undang memandangkan 2 orang pelajar yang merokok itu daripada fakulti tersebut.

3.3 Sumber-sumber data
Data dan maklumat dalam kajian ini diperoleh hasil daripada temubual tidak berstruktur yang dijalankan pada bulan novermber. Pelajar-pelajar yang ditemubual merupakan pelajar dari pelbagai fakulti tetapi tidak semua. Untuk mendapatkan maklumat yang lain seperti teknik menulis yang baik, saya mendapatkan dokumen-dokumen seperti jurnal, tesis-tesis,kajian-kajian penyelidikan, laporan, dan sebagainya. Saya juga mengunjungi perpustakaan utama UM untuk mendapatkan data dan maklumat mengenai bidang yang dikaji.







3.4 Pengumpulan data
Data-data atau maklumat telah dipungut dalam temubual dicatatkan dalam buku catatan. Ini adalah untuk memastikan segala maklumat yang diperolehi dapat dianalisis dengan betul dan berkesan. Ini juga bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya pengurangan maklumat yang diberikan oleh responden. Segala pendapat dan pandangan dicatatkan dengan sepenuhnya. Sekiranya terdapat maklumat yang tidak jelas, saya ingin menghubungi responden melalui telefon. Semua responden memberikan kerjasama yang baik.

3.5 Analisis data
Data-data dan maklumat yang diperolehi daripada temubual yang dijalankan akan dianalisis. Data dan kajian ini adalah kualitatif. Maklumat yang diperolehi dipolakan mengikut keutamaan dan kehendak.
Data-data akan dirankkan mengikut keutamaan yang telah diberikan oleh responden. Saya akan mengkaji jawapan-jawapan yang sama atau berlaku berulang kali daripada hasil temubual tersebut.















4.0  Hasil kajian
a)Pandangan pelajar UM terhadap wanita merokok
Pemerhatian untuk  projek ini saya lakukan selama satu hari seminggu selama empat minggu pada bulan november . Jadi responden pertama saya ialah menemu bual Najwa iaitu kakak angkat saya dan ingin Mengetahui apakah persepsinya terhadap wanita yang merokok.
Pendapat Najwa ialah perempuan tidak jauh beza  merokok dgn lelaki. Hal ini kerana mereka ada satu tujuan ia itu untuk memenuhi citarasa mereka yg sudah ketagihan dengan rokok. Cuma bezanya kalau perempuan ini bilangannya agak kurang dibandingkan dengan lelaki dan masyarakat memang memandang serong terhadap perempuan yang merokok serta beranggapan perempuan yg merokok adalah perempuan yang tidak baik. Jadi pendapat Najwa tentang perempuan merokok ialah dia tidak terlalu kisah dan hairan kerana apa yang penting seseorang itu dianggap berpendidikan dan mereka tahu  apa yang  baik buruknya merokok.
Seterusnya, temubual saya lakukan terhadap seorang pelajar dari fakulti alam bina iaitu Amir Rusyaidi. Pendapatnya terhadap wanita yang merokok ialah meletakkan  signal yang negatif terhadap wanita yang merokok dalam fikirannya.  Tambahnya apabila dia  melihat wanita perokok (terutama orang Melayu), hati dia seolah-olah sukar dielakkan dari memikirkan hal yang negatif . Dia sendiri tidak tahu apakah bezanya lelaki perokok dan wanita perokok? Dia boleh bergaul dan berbual dengan rakan-rakan lelaki perokok tanpa meninggalkan persepsi negatif.  Tetapi tidak terhadap perokok wanita.  Hanya itu sahaja pendapatnya terhadap wanita perokok,katanya kepada saya.
Kemudian,temubual saya lakukan pula terhadap seorang pelajar dari fakulti perakaunan yang bernama Muhd Farhan. Hal ini memandangkan saya mengambil subjek titas di fakulti tersebut jadi saya sambil-sambil lah membuat temubual memandangkan saya ingin mencari responden dari pelbagai fakulti. Pendapat Farhan terhadap wanita merokok  ialah tidak setuju seratus peratus merokok apa lagi kepada wanita. “Dah tentu saya tidak setuju lansung. Wanita dah disifatkan dengan sifat yang lembut, bersopan santun. Tapi bila merokok, pakai la baju sopan mana macam mana pun, berbual dengan lemah lembut pun tetap nampak tak sopan. Realitinya perkara ni dah jadi biasa dekat negara barat. Berbeza dengan Malaysia, agak canggung kalau wanita merokok, Tapi kalau dibiarkan lama-lama menjadi kebiasaan. Jadi harap kaum wanita tolonglah jangan merokok”.  






Seterusnya, saya menenebual seorang pelajar dari fakulti Akademi Pengajian Islam(API). Pada pandangan saya pendapatnya agak negatif dan sangat anti terhadap wanita yang merokok. berikut adalah pendapat Alia. “  saya tidak boleh menerima wanita merokok dikalangan masyarakat kita sekarang ini. Wanita melambangkan sifat serta sikap lemah lembut serta penyayang. Wanita yang merokok boleh diibaratkan sebagai seseorang yang mempunyai masalah mental yang bercelaru dan sentiasa dalam keresahan, sentiasa dilihat mempunyai moral yang rendah. akan merosakkan imej kaum wanita dan memberikan kesan negatif kepada masyarakat dan kaum ibu secara keseluruhannya secara amnya di masyarakat tempatan”.
Responden saya yang seterusnya ialah Siti Fairuz  daripada fakulti Pendidikan. Saya rasa pendapatnya agak positif  dan menerima golongan perokok wanita ini dalam masyarakat. “aku tak ada masalah menerima wanita yang merokok sebagai rakan. Namun, jika aku sebagai rakan kepada wanita merokok, aku akan menasihati mereka supaya berhenti kerana merokok memang nyata membahayakan kesihatan. Kebanyakan orang akan memandang serong terhadap wanita merokok tetapi lelaki merokok di anggap biasa sedangkan kedua-duanya membahayakan kesihatan tanpa mengira jantina. Mungkin sesetengah masyarakat tidak dapat menerima wanita merokok. Tetapi kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana kita perlu tahu, rokok memudaratkan kesihatan. Dan ianya benar, tiada salahnya kenyataan mereka itu. Dan akhirnya terletak di kotak fikiran kita sendiri, bagaimana mentafsirkannya”.


b) Alasan dan sebab wanita merokok
Objektif saya yang seterusnya dalam kajian ini ialah  untuk  mengetahui apakah alasan dan sebab untuk mereka merokok. Sebenarnya pada awalnya saya tidak spesifikkan responden untuk wanita merokok kepada pelajar ,tetapi memandangkan ada yang saya temui merokok dikalangan pelajar, jadi saya hanya menjadikan mereka sebagai responden untuk kajian saya.
Untuk responden pertama bagi wanita merokok ialah seorang pelajar tahun 2, seorang pelajar dari fakulti undang-undang ,jurusan Bachelor of Jurispundence dan berasal dari Kuala Lumpur.
Katanya dia mula merokok pon bermula di universiti ini jugak.  Dia merokok kerana ingin mengurangkan berat badan. Hal ini kerana dulu badannya agak gemuk. Jadi apabila merokok dia dapat mengawal selera makan ,dengan itu dia dapat kawal pengambilan makanan. Tambahnya lagi  rokok ini sebagai penemannya di saat hidupnya penuh dengan masalah dan tekanan. Baginya, rokok itu ibarat satu cara melepaskan tekanan memandangkan kursus yang dia ambil merupakan kursus yang kritikal.


Dia juga berkongsi pendapat dengan saya dengan mengatakan masyarakat tidak perlu bersikap prejudis atau diskriminasi terhadap golongan perokok wanita dan mempersoalkan kenapa masyarakt perlu menyekat kebebasan seseorang dengan membezakan lelaki wanita dalam sesetengah hal?
Jadi apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah dia merokok kerana ingin kurus dan tekanan. Melepaskan tekanan satu alasan biasa yang selalu diberi oleh perokok sama ada lelaki atau wanita di luar sana yang sering kita dengar.
Responden saya yang terakhir untuk wanita yang merokok juga dari fakulti undang-undang, tahun ketiga dan berjurusan ‘Bachelor of Jurispundence’ juga. Dia berasal dari negeri Johor Darul Takzim dan berumur 22 tahun. 
“ Saya mula belajar merokok ketika berumur 17 tahun. Pada mulanya saya mengambil rokok sebab inginkan keseronokan dan sekadar ingin mencuba. Kemudian terpengaruh dengan ajakan kawan-kawanlah yang membuatkan saya menjadi seorang perokok tegar. Kata mereka, rokok boleh hilangkan segala tekanan dan membuatkan seseorang nampak lebih berlagak sebab masa tu dah jadi senior paling tua kat sekolah. Sejak daripada tu, saya mula jadi ketagih. Kalau dulu, dalam sehari, saya boleh habiskan sekotak rokok (14 batang) tapi kini hanya sebatang atau dua batang sehari. Namun, disebabkan faktor kesihatan dan mendapat sokongan kuat daripada keluarga, serta orang yang tersayang, saya mula sedar dan berazam untuk berhenti merokok. Namun, saya masih belum ada kekuatan sepenuhnya untuk berhenti tapi saya nekad akan cuba meninggalkan secara beransur-ansur,” ujarnya menceritakan pengalamannya kepada saya.
Dia turut mencurahkan pendapatnya. katanya rokok memang memudaratkan kesihatan. Itu fakta sahih malah setiap perokok pasti tahu hakikatnya tetapi dia berpendapat, selagi tahu menjaga adab dan tidak ‘sembur’ asap sesuka hati di depan muka orang lain, itu sudah memadai. Penerimaan setiap orang bergantung kepada dirinya sendiri. Ada yang suka, ada yang menyampah. Setiap orang hanya perlu hormat keputusan, pendirian dan gaya hidup orang lain. Kalau tidak suka, boleh pandang tempat lain.








5.0 Penutup
Kesimpulannya terdapat pelbagai pendapat dan persepsi masyarakat terhadap wanita yang merokok. Ada yang menerima dan ada yang menolak dengan sekeras-kerasnya. Sebenarnya jika direnungkan kembali, golongan perokok dalam kalangan wanita sudah wujud sejak sekian lama. Malah fenomena ini boleh dilihat sendiri sekiranya kita memasuki kawasan pedalaman ataupun ceruk kampung di luar bandar. Pengalaman saya sendiri saya pernah melihat di satu sudut anjung rumah, kelihatan seorang wanita berusia lebih setengah abad tenang menghembuskan asap rokok. Jadi dalam kajian ini, saya telah kupas sedikit bagaimana pandangan pelajar Universiti Malaya terhadap wanita yang merokok.
Secara umum yang saya ketahui ada sebilangan berpendapat, golongan perokok dalam kalangan wanita adalah kelompok manusia aneh yang jauh menyimpang daripada norma kehidupan sebenar dan mungkin juga sesetengah berpandangan tidak perlu untuk  menyekat kebebasan mereka kerana itu adalah hak mereka sendiri.
Secara amnya, Merokok merupakan tabiat yang digemari ramai tidak kira umur, pangkat dan jantina. Walau apa pun alasan seseorang itu merokok, yang jelasnya, ia merupakan satu tabiat yang mendatangkan pelbagai kemudaratan terhadap kesihatan mereka. Oleh itu cara terbaik yang boleh dilakukan ialah melalui pencegahan awal iaitu menanam kesedaran dan mengelak sama sekali daripada merokok.
Tidak dinafikan, pengaruh televisyen dan filem yang menggambarkan wanita merokok seolah-olah jahat dan liar sedikit sebanyak mempengaruhi fikiran masyarakat namun kini kebanyakannya sudah boleh menerima walaupun tidak secara drastik. Tidak dinafikan, jika kita terserempak dengan perempuan yang sedang menghisap rokok, secara automatik riak wajah akan berubah melihat mereka dengan pandangan kurang menyenangkan. Tapi, itu dulu. Sekarang, masyarakat dilihat lebih terbuka dan kajian ini dibangkitkan bukannya untuk mencipta persepsi negatif terhadap golongan terbabit tetapi ia lebih kepada kajian untuk menilai sendiri  pandangan para pelajar universiti Malaya terhadap mereka.









Bibliografi


Rockville,Md(2001), Women and smoking : a report of the Surgeon General, Melbourne.

Haslinda Abdullah(2009), Tingkah laku merokok dalam kalangan belia wanita / Haslinda Abdullah, Ma'rof Redzuan, Nobaya Ahmad dan Rohazita Ramza, Selangor.

Rosliza A.Manaf(2008), Smoking among young urban Malaysian women and its risk factors, Asia-Pacific Journal of Public Health, 20(3),204-213.

Osman Zuhairi(2013), ‘Wanita Merokok di Malaysia’ Berita Harian, Aug18.

Ikram84. ‘Merokok, Wanita, Gaya Hidup’2008[online]Available&http://www.koleksiartikel.com/cerita-cerita/merokok-gaya-wanita-hidup-punca.html>(Jun 23, 2008)






jUsT sHaRiNg

No comments:

Post a Comment

Elsa - Disney's Frozen