Thursday, 25 December 2014

singers of the landscape: song, history, and property rights in malaysian rain forest summary

In the 1930s, British field ethnographer and museum curator H. D. Noone published a map of the Perak/Kelantan watershed, homeland to a number of Orang Asli peoples, including Temiars. With this map their last refuge entered the colonial record. But long before this, the region had been mapped in song by Temiar hunter-gatherers and horticulturalists. The Temiar inscribe crucial forms of knowledge in song: medical, personal, social, historical, geographic.
But their carefully cultivated knowledge has been dismissed. This article recuperates the song map as an ethnohistorical document comprising a new way of making claims to land.




jUsT sHaRiNg

abstract writing up qualitative research ..better

The author presents his views for breaking from the traditional order (“Chapter Two” in many studies) and segregation of topics—literature review, theory, and method—in favor of integrating these components into a report only as needed. He urges researchers to consider alternative ways of satisfying the intent of a literature review. He questions whether traditional requirements result in theories being forced or presented prematurely, and raises the possibility of presenting multiple or cumulative theories toward the study’s end. He notes that qualitative research is based on participant observation and the resulting insights and wonders whether an emphasis on methodology detracts from our studies. Engaging writing can result when writers are free to break with tradition and present their findings in discovery-oriented ways.
jUsT sHaRiNg

gangsta and politics in malaysia -ethnography =mcm slah jer

Penulis Sophie Lemiere menuduh Pekida sebuah kumpulan ‘militan sukarela’ di mana tindakan dan arah tuju mereka demi kepentingan parti pemerintah iaitu Barisan Nasional/UMNO. Militan sukarela ini ialah percaturan rahsia politik di mana watak politik - sama ada parti politik, kerajaan atau ahli politik - menugaskan individu atau kumpulan mengambil sesuatu tindakan demi kepentingan mereka sendiri.Tindakan Pekida berbentuk sokongan, atau demonstrasi atau mungkin juga menggunakan kekerasan.
UMNO mempunyai hubungan lebih kuat dengan kumpulan berasaskan kaum ini berbanding parti lain. Hal ini disebabkan parti pemerintah sudah mencipta keperluannya dan mengekalkan suasana yang sesuai menyokong pertumbuhannya. Pekida bagaikan "nadi" dan "angka" yang diperlukan watak politik rasmi untuk berdepan pihak lawan, sama ada semasa pilihan raya, aktiviti berkempen, demonstrasi atau kontroversi.
Pekida mula berkembang ketika zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri (2003-2009) dan tidak ada semasa era Tun Dr Mahathir Mohamad. Kumpulan ini menggunakan retorik berasaskan agama dan identiti yang sebelum ini tidak diketahui atau tidak pernah wujud. Era pemerintahan Abdullah adalah zaman keemasan Pekida, dia seperti ayah angkat Pekida. Semasa awal pentadbirannya, Abdullah memerlukan sokongan yang kuat dan untuk memastikan pengaruh partinya, Abdullah menggunakan rangkaian pertubuhan tersebut di mana beliau diangkat sebagai penaung.
Semasa Krisis politik Perak 2009 ,tiga ahli Pakatan Rakyat (PR) keluar dan menyertai BN, terjadi beberapa insiden keganasan dan demonstrasi menentang pemimpin PR yang menyokong pembubaran dewan selepas itu. Ketika itulah ahli Pekida muncul, mengibarkan secara terbuka bendera tiga warna pertubuhan mereka (kuning, merah, hijau) dan memakai lilitan kuning di kepala bertulis 'Daulat Tuanku'. Walaupun mereka lakukan keganasan, tiada ahli militan Pekida yang ditangkap. Mereka sedia membantu Umno jika mereka memerlukan lebih pertolongan. Percaturan ini yang menyebabkan Pekida mudah bergiat aktif secara sah dan berdaftar sebagai NGO yang sah disisi undang-undang.
Kebanyakan ahli Pekida percaya aktiviti politik dan 'kabel' mereka membolehkan mereka lepas daripada tindakan undang-undang. Oleh itu, mereka juga tidak takut dengan pihak berkuasa polis. Pekida berkembang menerusi kumpulan persilatan dan banyak kumpulan silat adalah rangkaian Pekida. Perkara ini sebagai "langkah semulajadi" kepada militan politik. Ahli Pekida juga mengaku bertanggungjawab dalam beberapa aktiviti keganasan melibatkan pertelingkahan agama dan kaum.
Lemiere juga mendedahkan Pekida sering dikenali sebagai Tiga Line, merujuk kepada simbol tiga warna bendera rasmi kumpulan tersebut - kuning, merah, hijau. Pada Ogos 2013, kumpulan Tiga Line termasuk antara senarai pertubuhan haram yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri dalam usaha membanteras kegiatan kongsi gelap.Namun Presiden Pekida, Jamaludin Yusof pada Oktober 2013 menafikan sebarang kaitan pertubuhan tersebut dengan Tiga Line.
Buku ini kompilasi karangan pelbagai penulis dan Sophie Lemiere berperanan sebagai penyuntingnya, mengandungi satu bab yang ditulisnya sendiri iaitu bertajuk "Gangsta and Politics in Malaysia". Lemiere memiliki PhD dan Sarjana dalam Perbandingan Politik daripada Institut Pengajian Politik Paris (atau dikenali juga sebagai Sciences-Po) di Perancis. Buku ini terbitan Strategic Information and Research Development Centre Malaysia berjudul "Misplaced Democracy: Malaysian Politics and People" . [7]

Dia menulis yang Umno mempunyai hubungan lebih kuat dengan kumpulan berasaskan kaum ini berbanding parti lain. Hal ini disebabkan parti pemerintah sudah mencipta keperluannya dan mengekalkan suasana yang sesuai menyokong pertumbuhannya.
Dalam konteks Malaysia, katanya, militan sukarela ini adalah seperti "nadi" dan "angka" yang diperlukan watak politik rasmi untuk berdepan pihak lawan, sama ada semasa pilihan raya, aktiviti berkempen, demonstrasi atau kontroversi.

jUsT sHaRiNg

Sunday, 21 December 2014

assignment ethnography semester 1

1.0  pengenalan

Isu rokok dan merokok sebenarnya merupakan masalah global yang dihadapi oleh masyarakat dunia sejak beberapa tahun yang lalu sehinggalah ke hari ini. Masalah tabiat merokok ini merupakan satu perkara yang amat sukar untuk di atasi, walaupun  pelbagai peraturan dan undang-undang telah diperkenalkan bagi menyekat tabiat ini. Ramai orang menyedari akan bahayanya merokok. Di kotak-kotak rokok pun telah dibuat amaran dan ingatan betapa bahayanya merokok itu tetapi bilangan perokok terus saja bertambah yang melibatkan berbagai-bagai lapisan masyarakat terutama golongan remaja termasuklah pelajar.
Rokok diperbuat daripada sejenis daun tembakau yang mengandungi bahan nikotin, tar (candu) dan karbon monoksida. Ketiga-tiga bahan ini amat merbahaya kepada kesihatan tubuh badan. Kita dapat melihat orang merokok di merata tempat sama ada di kampung, bandar dan sebagainya. Masyarakat atau perokok menjadikan kelakuan merokok sebagai satu cara hidup mereka.
Pada saya sendiri merokok  merupakan satu jenis pilihan aktiviti yang popular dilakukan untuk memanfaatkan waktu-waktu lapang. Alasan-alasan untuk merokok yang dikemukakan perempuan misalnya, sangat mungkin berbeza daripada golongan lelaki. Lelaki membayangkan bahawa dengan merokok maka mereka boleh dianggap sudah dewasa, tidak lagi budak-budak tidak matang, dan boleh memasuki kelompok teman sebaya sekaligus kelompok yang mempunyai ciri gaya tertentu. Tetapi pada saya lain bagi orang perempuan kerana merokok dianggap bukan sesuatu yang lumrah dan lazim dilakukan oleh perempuan, hal ini kerana perempuan yang merokok dianggap sebagai ciri khas yang akan membezakan mereka dengan perempuan yang lain yang tidak merokok.  Pada beberapa kelompok masyarakat, perempuan perokok kerap dihubungkan dengan stereotaip buruk dan dianggap bukan perempuan baik-baik . Keberanian untuk merokok ini akhirnya menjadi sesuatu yang membanggakan dan memuaskan lelaki bahkan juga perempuan. Dengan permasalahan tersebut, penelitian ini dimaksudkan untuk mengetahui Bagaimana Persepsi Mahasiswa UM terhadap  wanita yang merokok.
Kegiatan merokok ini sering berlaku kepada masyarakat yang tidak mengendahkan tentang bahayanya merokok, bukan saja golongan lelaki malahan juga golongan wanita juga ada yang sudah pandai berjinak-jinak dengan tabiat merokok ini. Untuk projek etnografi saya, saya memilih tajuk persepsi pelajar universiti Malaya(UM)  terhadap wanita yang merokok.





2.0 Objektif kajian
Di antara objektif kajian saya ialah :
a)      Untuk menjelaskan persepsi pelajar universiti Malaya (UM) terhadap wanita yang merokok.
b)      Untuk menilai tahap emosi wanita yang merokok dalam kehidupan mereka dengan mengetahui apakah alasan dan sebab mereka merokok.

.

















3.0 Metodologi kajian

Untuk mengumpulkan data dan mendapatkan maklumat yang tepat, beberapa metodologi kajian perlu digunakan.
Dalam menjalankan kajian ini sumber data dan maklumat diperolehi hasil daripada temubual yang dijalankan dengan pelajar-pelajar Universiti Malaya(UM). Selain itu, sumber lain dalam memperolehi maklumat ialah dengan membuat pemerhatian ke atas wanita yang merokok. Akhir sekali ,saya memperolehi maklumat dengan merujuk sumber sekunder iaitu jurnal, buku-buku,surat khabar, dan laman web.

3.2 Deskripsi data
Kajian ini dijalankan di dalam kampus Universiti Malaya(UM) . responden yang terlibat ialah 7 orang pelajar universiti Malaya. 5 orang pelajar yang memberi pandangan mereka terhadap wanita merokok dan 2 orang lagi pelajar wanita yang merokok . 5 orang pelajar yang memberi pandangan dipilih secara rawak oleh saya untuk saya temubual mereka sebagai responden. Manakala 2 orang pelajar wanita yang merokok saya dapati dari sumber yang dipercayai memberitahu kepada saya. Kajian ini banyak dilakukan di fakulti undang-undang memandangkan 2 orang pelajar yang merokok itu daripada fakulti tersebut.

3.3 Sumber-sumber data
Data dan maklumat dalam kajian ini diperoleh hasil daripada temubual tidak berstruktur yang dijalankan pada bulan novermber. Pelajar-pelajar yang ditemubual merupakan pelajar dari pelbagai fakulti tetapi tidak semua. Untuk mendapatkan maklumat yang lain seperti teknik menulis yang baik, saya mendapatkan dokumen-dokumen seperti jurnal, tesis-tesis,kajian-kajian penyelidikan, laporan, dan sebagainya. Saya juga mengunjungi perpustakaan utama UM untuk mendapatkan data dan maklumat mengenai bidang yang dikaji.







3.4 Pengumpulan data
Data-data atau maklumat telah dipungut dalam temubual dicatatkan dalam buku catatan. Ini adalah untuk memastikan segala maklumat yang diperolehi dapat dianalisis dengan betul dan berkesan. Ini juga bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya pengurangan maklumat yang diberikan oleh responden. Segala pendapat dan pandangan dicatatkan dengan sepenuhnya. Sekiranya terdapat maklumat yang tidak jelas, saya ingin menghubungi responden melalui telefon. Semua responden memberikan kerjasama yang baik.

3.5 Analisis data
Data-data dan maklumat yang diperolehi daripada temubual yang dijalankan akan dianalisis. Data dan kajian ini adalah kualitatif. Maklumat yang diperolehi dipolakan mengikut keutamaan dan kehendak.
Data-data akan dirankkan mengikut keutamaan yang telah diberikan oleh responden. Saya akan mengkaji jawapan-jawapan yang sama atau berlaku berulang kali daripada hasil temubual tersebut.















4.0  Hasil kajian
a)Pandangan pelajar UM terhadap wanita merokok
Pemerhatian untuk  projek ini saya lakukan selama satu hari seminggu selama empat minggu pada bulan november . Jadi responden pertama saya ialah menemu bual Najwa iaitu kakak angkat saya dan ingin Mengetahui apakah persepsinya terhadap wanita yang merokok.
Pendapat Najwa ialah perempuan tidak jauh beza  merokok dgn lelaki. Hal ini kerana mereka ada satu tujuan ia itu untuk memenuhi citarasa mereka yg sudah ketagihan dengan rokok. Cuma bezanya kalau perempuan ini bilangannya agak kurang dibandingkan dengan lelaki dan masyarakat memang memandang serong terhadap perempuan yang merokok serta beranggapan perempuan yg merokok adalah perempuan yang tidak baik. Jadi pendapat Najwa tentang perempuan merokok ialah dia tidak terlalu kisah dan hairan kerana apa yang penting seseorang itu dianggap berpendidikan dan mereka tahu  apa yang  baik buruknya merokok.
Seterusnya, temubual saya lakukan terhadap seorang pelajar dari fakulti alam bina iaitu Amir Rusyaidi. Pendapatnya terhadap wanita yang merokok ialah meletakkan  signal yang negatif terhadap wanita yang merokok dalam fikirannya.  Tambahnya apabila dia  melihat wanita perokok (terutama orang Melayu), hati dia seolah-olah sukar dielakkan dari memikirkan hal yang negatif . Dia sendiri tidak tahu apakah bezanya lelaki perokok dan wanita perokok? Dia boleh bergaul dan berbual dengan rakan-rakan lelaki perokok tanpa meninggalkan persepsi negatif.  Tetapi tidak terhadap perokok wanita.  Hanya itu sahaja pendapatnya terhadap wanita perokok,katanya kepada saya.
Kemudian,temubual saya lakukan pula terhadap seorang pelajar dari fakulti perakaunan yang bernama Muhd Farhan. Hal ini memandangkan saya mengambil subjek titas di fakulti tersebut jadi saya sambil-sambil lah membuat temubual memandangkan saya ingin mencari responden dari pelbagai fakulti. Pendapat Farhan terhadap wanita merokok  ialah tidak setuju seratus peratus merokok apa lagi kepada wanita. “Dah tentu saya tidak setuju lansung. Wanita dah disifatkan dengan sifat yang lembut, bersopan santun. Tapi bila merokok, pakai la baju sopan mana macam mana pun, berbual dengan lemah lembut pun tetap nampak tak sopan. Realitinya perkara ni dah jadi biasa dekat negara barat. Berbeza dengan Malaysia, agak canggung kalau wanita merokok, Tapi kalau dibiarkan lama-lama menjadi kebiasaan. Jadi harap kaum wanita tolonglah jangan merokok”.  






Seterusnya, saya menenebual seorang pelajar dari fakulti Akademi Pengajian Islam(API). Pada pandangan saya pendapatnya agak negatif dan sangat anti terhadap wanita yang merokok. berikut adalah pendapat Alia. “  saya tidak boleh menerima wanita merokok dikalangan masyarakat kita sekarang ini. Wanita melambangkan sifat serta sikap lemah lembut serta penyayang. Wanita yang merokok boleh diibaratkan sebagai seseorang yang mempunyai masalah mental yang bercelaru dan sentiasa dalam keresahan, sentiasa dilihat mempunyai moral yang rendah. akan merosakkan imej kaum wanita dan memberikan kesan negatif kepada masyarakat dan kaum ibu secara keseluruhannya secara amnya di masyarakat tempatan”.
Responden saya yang seterusnya ialah Siti Fairuz  daripada fakulti Pendidikan. Saya rasa pendapatnya agak positif  dan menerima golongan perokok wanita ini dalam masyarakat. “aku tak ada masalah menerima wanita yang merokok sebagai rakan. Namun, jika aku sebagai rakan kepada wanita merokok, aku akan menasihati mereka supaya berhenti kerana merokok memang nyata membahayakan kesihatan. Kebanyakan orang akan memandang serong terhadap wanita merokok tetapi lelaki merokok di anggap biasa sedangkan kedua-duanya membahayakan kesihatan tanpa mengira jantina. Mungkin sesetengah masyarakat tidak dapat menerima wanita merokok. Tetapi kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana kita perlu tahu, rokok memudaratkan kesihatan. Dan ianya benar, tiada salahnya kenyataan mereka itu. Dan akhirnya terletak di kotak fikiran kita sendiri, bagaimana mentafsirkannya”.


b) Alasan dan sebab wanita merokok
Objektif saya yang seterusnya dalam kajian ini ialah  untuk  mengetahui apakah alasan dan sebab untuk mereka merokok. Sebenarnya pada awalnya saya tidak spesifikkan responden untuk wanita merokok kepada pelajar ,tetapi memandangkan ada yang saya temui merokok dikalangan pelajar, jadi saya hanya menjadikan mereka sebagai responden untuk kajian saya.
Untuk responden pertama bagi wanita merokok ialah seorang pelajar tahun 2, seorang pelajar dari fakulti undang-undang ,jurusan Bachelor of Jurispundence dan berasal dari Kuala Lumpur.
Katanya dia mula merokok pon bermula di universiti ini jugak.  Dia merokok kerana ingin mengurangkan berat badan. Hal ini kerana dulu badannya agak gemuk. Jadi apabila merokok dia dapat mengawal selera makan ,dengan itu dia dapat kawal pengambilan makanan. Tambahnya lagi  rokok ini sebagai penemannya di saat hidupnya penuh dengan masalah dan tekanan. Baginya, rokok itu ibarat satu cara melepaskan tekanan memandangkan kursus yang dia ambil merupakan kursus yang kritikal.


Dia juga berkongsi pendapat dengan saya dengan mengatakan masyarakat tidak perlu bersikap prejudis atau diskriminasi terhadap golongan perokok wanita dan mempersoalkan kenapa masyarakt perlu menyekat kebebasan seseorang dengan membezakan lelaki wanita dalam sesetengah hal?
Jadi apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah dia merokok kerana ingin kurus dan tekanan. Melepaskan tekanan satu alasan biasa yang selalu diberi oleh perokok sama ada lelaki atau wanita di luar sana yang sering kita dengar.
Responden saya yang terakhir untuk wanita yang merokok juga dari fakulti undang-undang, tahun ketiga dan berjurusan ‘Bachelor of Jurispundence’ juga. Dia berasal dari negeri Johor Darul Takzim dan berumur 22 tahun. 
“ Saya mula belajar merokok ketika berumur 17 tahun. Pada mulanya saya mengambil rokok sebab inginkan keseronokan dan sekadar ingin mencuba. Kemudian terpengaruh dengan ajakan kawan-kawanlah yang membuatkan saya menjadi seorang perokok tegar. Kata mereka, rokok boleh hilangkan segala tekanan dan membuatkan seseorang nampak lebih berlagak sebab masa tu dah jadi senior paling tua kat sekolah. Sejak daripada tu, saya mula jadi ketagih. Kalau dulu, dalam sehari, saya boleh habiskan sekotak rokok (14 batang) tapi kini hanya sebatang atau dua batang sehari. Namun, disebabkan faktor kesihatan dan mendapat sokongan kuat daripada keluarga, serta orang yang tersayang, saya mula sedar dan berazam untuk berhenti merokok. Namun, saya masih belum ada kekuatan sepenuhnya untuk berhenti tapi saya nekad akan cuba meninggalkan secara beransur-ansur,” ujarnya menceritakan pengalamannya kepada saya.
Dia turut mencurahkan pendapatnya. katanya rokok memang memudaratkan kesihatan. Itu fakta sahih malah setiap perokok pasti tahu hakikatnya tetapi dia berpendapat, selagi tahu menjaga adab dan tidak ‘sembur’ asap sesuka hati di depan muka orang lain, itu sudah memadai. Penerimaan setiap orang bergantung kepada dirinya sendiri. Ada yang suka, ada yang menyampah. Setiap orang hanya perlu hormat keputusan, pendirian dan gaya hidup orang lain. Kalau tidak suka, boleh pandang tempat lain.








5.0 Penutup
Kesimpulannya terdapat pelbagai pendapat dan persepsi masyarakat terhadap wanita yang merokok. Ada yang menerima dan ada yang menolak dengan sekeras-kerasnya. Sebenarnya jika direnungkan kembali, golongan perokok dalam kalangan wanita sudah wujud sejak sekian lama. Malah fenomena ini boleh dilihat sendiri sekiranya kita memasuki kawasan pedalaman ataupun ceruk kampung di luar bandar. Pengalaman saya sendiri saya pernah melihat di satu sudut anjung rumah, kelihatan seorang wanita berusia lebih setengah abad tenang menghembuskan asap rokok. Jadi dalam kajian ini, saya telah kupas sedikit bagaimana pandangan pelajar Universiti Malaya terhadap wanita yang merokok.
Secara umum yang saya ketahui ada sebilangan berpendapat, golongan perokok dalam kalangan wanita adalah kelompok manusia aneh yang jauh menyimpang daripada norma kehidupan sebenar dan mungkin juga sesetengah berpandangan tidak perlu untuk  menyekat kebebasan mereka kerana itu adalah hak mereka sendiri.
Secara amnya, Merokok merupakan tabiat yang digemari ramai tidak kira umur, pangkat dan jantina. Walau apa pun alasan seseorang itu merokok, yang jelasnya, ia merupakan satu tabiat yang mendatangkan pelbagai kemudaratan terhadap kesihatan mereka. Oleh itu cara terbaik yang boleh dilakukan ialah melalui pencegahan awal iaitu menanam kesedaran dan mengelak sama sekali daripada merokok.
Tidak dinafikan, pengaruh televisyen dan filem yang menggambarkan wanita merokok seolah-olah jahat dan liar sedikit sebanyak mempengaruhi fikiran masyarakat namun kini kebanyakannya sudah boleh menerima walaupun tidak secara drastik. Tidak dinafikan, jika kita terserempak dengan perempuan yang sedang menghisap rokok, secara automatik riak wajah akan berubah melihat mereka dengan pandangan kurang menyenangkan. Tapi, itu dulu. Sekarang, masyarakat dilihat lebih terbuka dan kajian ini dibangkitkan bukannya untuk mencipta persepsi negatif terhadap golongan terbabit tetapi ia lebih kepada kajian untuk menilai sendiri  pandangan para pelajar universiti Malaya terhadap mereka.









Bibliografi


Rockville,Md(2001), Women and smoking : a report of the Surgeon General, Melbourne.

Haslinda Abdullah(2009), Tingkah laku merokok dalam kalangan belia wanita / Haslinda Abdullah, Ma'rof Redzuan, Nobaya Ahmad dan Rohazita Ramza, Selangor.

Rosliza A.Manaf(2008), Smoking among young urban Malaysian women and its risk factors, Asia-Pacific Journal of Public Health, 20(3),204-213.

Osman Zuhairi(2013), ‘Wanita Merokok di Malaysia’ Berita Harian, Aug18.

Ikram84. ‘Merokok, Wanita, Gaya Hidup’2008[online]Available&http://www.koleksiartikel.com/cerita-cerita/merokok-gaya-wanita-hidup-punca.html>(Jun 23, 2008)






jUsT sHaRiNg

bunohan review

Sinopsis watak-watak utama dalam filem Bunohan

Bunohan mengenai kisah tragik kasih sayang 3 beradik dan bapa mereka yang semakin tua dan uzur. Kisah ni berlaku di sebuah kampung pedalaman di Kelantan bernama Bunohan (dekat sempadan Malaysia- Thailand). Tiga beradik itu ialah Ilham (lakonan Faizal Hussein) seorang pembunuh upahan, Ilham ni merupakan abang tiri kepada Adil dan Bakar. Adil (Bunga Lalang) lakonan Zahiril Adzim, seorang peninju Tomoi, dan seorang lagi Bakar ialah ahli perniagaan (lakonan Pekin Ibrahim). Dain Said, Pengarah filem Bunohan menjadikan kampung mereka (yang bernama Bunohan) seperti 'pentas' di mana penonton melihat watak dan perwatakan mereka. Rumah usang Pok Eng (Wan Hanafi Su) menjadi 'pentas dalam pentas' yang mengandungi seribu rahsia tentang masa silam Pok Eng bersama arwah isterinya, Mek Yah (Tengku Azura), seorang wanita yang mempunyai ilmu perubatan yang luar biasa. Antara perkara yang amat mengkagumkan dalam filem Bunohan ialah lakonan. Ternyata apa yang timbul di layar adalah watak-watak yang direka Dain Said, dari watak-watak utama sehinggalah ke watak-watak sampingan. Melalui kostum, kelakuan, aksi dan pertuturan mereka, penonton mendapat kepastian bahawa mereka ini bukan pelakon seperti yang dikenali sebelum ini tetapi watak-watak yang menjadi penghuni tetap di kampung Bunohan.






Watak-watak utama filem ini juga diperkenalkan secara tidak langsung oleh watak-watak tanpa nama di awal filem ini secara menyebut nama pelakon yang muncul di kaca televisyen sebuah warung kopi. Selepas bertahun-tahun tidak berjumpa (dan ada yang belum pernah berjumpa), ketiga-tiga mereka pulang ke Bunohan pada masa yang hampir sama tanpa berjanji. Ilham, seorang pembunuh upahan pulang untuk mencari Bunga Lalang yang khabarnya lari menyembunyikan diri di Bunohan. Bakar yang sudah lama menetap di Kuala Lumpur pulang untuk memujuk bapanya supaya menjual tanah di kampung kepada pemaju, manakala Adil seorang peninju tomoi lari bersembunyi selepas enggan meneruskan perlawanan tomoi ‘lawan sampai mati’ yang terpaksa disertainya kerana berhutang.

Watak Ilham seorang pembunuh upahan, bila sedang ‘berkerja’ sangatlah seorang yang tidak beremosi. Tetapi, sekembalinya ke Bunohan,  terdapat banyak  sisi-sisi romantis Ilham yang boleh dilihat. Dirinya menjadi marah apabila mendapat tahu kubur arwah ibunya dialihkan ke tempat lain dan telah mengambil masa berhari-hari untuk meletakkannya semula ke tempat asal. Ilham juga sangat sayangkan darah dagingnya sendiri  tetapi dengan caranya yang tersendirilah. Dalam masa yang sama, dia tidak lupa dengan etika dan peraturan sebagai seorang pembunuh upahan. Ilham hampir membunuh Adil, adiknya sendiri, kerana diupah. Di saat-saat akhir, Ilham rela adiknya terus hidup. Konflik perasaan dan jiwa yang dihadapi Ilham diperkuatkan lagi dengan visual yang cukup menggambarkan sisi perwatakannya yang gelap berlatarkan ombak besar, bayang cahaya bulan, gumpalan awan hitam dan wajah bersalut peluh jantan yang tidak pernah henti menitis.

Watak Bakar pula nampak baik dari segi rupa-mat belia, pakai cermin mata, baju ke dalam, dan seorang guru. Tapi Bakar sangat tamak dan licik sehingga sanggup mengkhianati keluarganya sendiri. Bakar yang begitu terdesak untuk merampas tanah pusaka dari ayahnya, sanggup melakukan sesuatu yang terkeluar dari pemikiran orang yang normal.



Watak Adil pula seorang peninju tomoi dan merupakan adik paling bongsu, dia melarikan diri dari kampung kerana merajuk dan terasa kurang mendapat kasih sayang dari keluarga. Bila berjumpa dengan bapanya selepas 5 tahun, hal itu juga yang diungkit. Selain itu, dia juga sedar yang dia menjadi buruan abangnya sendiri berada dalam dilema untuk mengetahui asal-usulnya sendiri.
Seterusnya bapa 3 beradik tersebut, iaitu Pak Eng yang merupakan bekas Tok Dalang yang handal di kawasan tersebut tetapi merupakan seorang  kaki perempuan. Walaupun tidak lagi aktif bermain wayang kulit, Pak Eng masih mempunyai ‘ilmu’ yang kemudiannya diturunkan kepada Adik, iaitu anak lelaki jirannya.

 Arwah ibu Ilham (lakonan Tengku Azura) dikatakan sebagai pawang wanita handal di Bunohan. Seorang primadona main puteri yang juga pawang terkenal pada penghujung cerita merungkai setiap persoalan yang melibatkan mitos buaya putih dan misteri semangat pada seorang budak, anak jiran mereka. Di situlah letaknya cinta paling agung yang terbina dari sebuah keruntuhan.Ilham sangat sayang dan arif dengan rahsia ibunya. Dia amat yakin yang ibunya akan ‘kembali’ .


Dalam filem bunohan tidak mempunyai pelakon wanita kecuali Tengku Azura iaitu yang membawa watak arwah ibu Ilham. Hal ini munkin kerana  filem ini  ingin  menonjolkan sistem sosial ‘patriarchy‘ yang sememangnya wujud di dalam masyarakat kita .

jUsT sHaRiNg

Saturday, 20 December 2014

accumulation,reproduction,and womens role in economic

The main contributions of Ester Boserup, who wrote "Woman's Role in Economic Development," are summarized, and a critical analysis of her approach is presented, particularly in view of recent scholarship on the subject. Boserup's work, published in 1970, represented a comprehensive and pioneer effort to provide an overview of women's role in the development process. Analysis of her contributions reveals the following: 1) an emphasis on gender as a basic factor in the division of labor, prevalent across countries and regions; 2) explanations for and analysis of a variety of factors behind the diverse patterns in rural work associated with the particular characteristics of each area--Africa, Asia, Latin America; 3) delineation of the negative effects that colonialism and the penetration of capitalism into subsistence economies often had on women; 4) emphasis on the fact that subsistence activities usually excluded in the statistics of production and income are essentially women's work; and 5) projection of the different sexual divisions of labor encountered in farming systems onto patterns of women's participation in nonagricultural activities. Despite Boserup's obvious contributions, critical analysis reveals the following major weaknesses: 1) the book is essentially empirical and descriptive and is lacking a clearly defined theoretical framework that empirical data can help elaborate; 2) Boserup takes as given a unique model of development--the model that characterizes capitalists economies; and 3) Boserup fails to present a clearcut feminist analysis of women's subordination despite her basic concern with the position of women in the development process. Each of these weaknesses is reviewed in detail. Boserup emphasized women's education as the major mechanism by which modernization would begin to work to women's advantage. Her conclusion ignores 2 crucial features that an analysis based on the concepts of accumulation and women's role in reproduction would highlight: it ignores the high incidence of unemployment among educated people in the 3rd world; and even if there were marked systemic changes, education by itself would not alter womens position in that education cannot address issues of child care and domestic work. - See more at: http://www.popline.org/node/387252#sthash.oGxmM3vP.dpuf
jUsT sHaRiNg

feminist perspectives on sex and gender

Notes to Feminist Perspectives on Sex and Gender

1. The era of gender-marked toys is far from over. For some recent examples, see the category ‘gendered products’ in The Feminist Philosophers Blog (Other Internet Resources).
2. More commonly positions like these are said to be essentialist. However, the entry will avoid this common terminology since feminist usage of the term ‘essentialism’ varies tremendously. (Section 4.2.2. that discusses Charlotte Witt's recent version of gender essentialism is an exception.) ‘Essentialism’ can refer to classificatory essentialism. This is the view that having some feature is necessary for membership in some class (for instance, in order to be a member of the class of red entities, it is necessary to be coloured red). Or, ‘essentialism’ it can refer to individual essentialism. This is the view that having some feature (like being a member of some kind) is essential to individuals qua individuals so that if one were to lose this feature, one would cease to be the same individual entity. (For instance, if being a member of the kind dog is individually essential to Lassie, were Lassie to lose this feature, Lassie would cease to be Lassie.) The two kinds of essentialisms are also often treated as co-dependent: if some feature is essential for class membership, then this feature must also be essential to individual members of that class qua individuals. But this doesn't follow: being coloured red is necessary for membership in the class of red entities but being so coloured isn't obviously essential to red entities qua individuals. For instance, if a red car was painted blue, the car would no longer be a member of the class of red entities, but the car would not cease to be the very same car or the individual entity that it is. (For more on essentialism and for helpful discussions, see Heyes 2000; Stoljar 1995; Stone 2004; 2007; and Witt 1995.)
3. In MacKinnon's defence, Rapaport (2002) argues that even though sexual objectification is the common condition that defines women's gender, it can be manifested in a number of different ways. So, even though women in general are all sexually objectified, this experience need not be uniform: black and white women were simply sexually objectified in different ways.
4. Note that this does not mean Friedan's view is gender realist in the sense discussed here.
5. Confusingly, Butler writes elsewhere: “in no sense can it be concluded that the part of gender that is performed is therefore the ‘truth’ of gender” (1997, 20) – something that appears to contradict her earlier claims. The source of the confusion stems from Butler's equivocation on ‘true’. In this quote, she uses the term to denote ‘independently existing’ rather than ‘real’. So: genders are real only to the extent that they are performed because gender doesn't exist independently of the gendering activities.
6. See also Wittig (1992) who claims that societal power structures falsely teach us that there are two sexes into which individuals are born.
7. One might be tempted to think that the concept woman picks out typical cases of women that function as woman paradigms precisely because they are typical cases. In general, resemblance nominalists hold this: for instance, chosen red paradigms usually include typical red objects like tomatoes, British post-boxes and certain bricks that are chosen precisely because they are typical red objects (Price 1953, 20). But Stoljar does not appeal to typical cases of womanhood when picking out woman paradigms. This is meant to enable individuals (like those Stoljar outlines) who are not ‘typical’ women to count as woman paradigms. And having untypical woman paradigms is meant to enable (for instance) some intersexed individuals and trans persons to belong to the category of women.
8. In Haslanger's earlier work, this analysis was termed ‘analytic’ (see 2000b). Haslanger has subsequently altered her terminology and nowadays terms her analysis ‘ameliorative’.
9. Although Witt's account differs significantly from the other positions discussed in this section, it is not, nevertheless, inappropriate to position it here and to term the position ‘gender realist’. After all, Witt does think that there is something women/ men by virtue of their gender share: a particular social position that has to do with reproductive functions (more about this shortly).

jUsT sHaRiNg

Review: “Is Female to Male as Nature is to Culture?”

in “Is Female to Male as Nature is to Culture,” Sherry Ortner offers us an explanation to why women have been universally considered to be second-rate to men throughout history, by arguing that women’s subordinate status is a result of the human mindset that human culture is superior to nature, that culture is man’s way of subduing nature.  Ortner theorizes that women’s body and psychology are perceived as symbolically identifiable with nature, while men are more associated with culture, thus resulting in the women being considered inferior to men.
Ortner argues that women are largely identified with nature because they are the ones who give birth, and thus create new life. Women must devote a greater portion of their time and body than procreation than men, as they have more body parts and functions, such as breasts and menstruation, that solely exist for the purpose of having children. They are seen as being more connected to children. Therefore, society often confines women to a domestic familial role, freeing up the men to pursue more “cultural” endeavors like art or religion.  Children themselves are viewed as primitive humans, not yet civilized by the affects of culture. As women are the ones who raise children, transforming them into sophisticated adults, Ortner contends that women are thus seen as only an intermediary between nature and culture. Psychologically, women are more emotional and sentimental than men, making men more inclined to more abstract, “cultures” thought, while women’s thoughts tend to be more connected to other people.
However, Ortner herself acknowledges that some of her arguments can be easily contradicted. She points out examples, such as European courtly love, where women were exalted as the bearers of culture and yet were still subordinate to men. She also lends credit to another writer who claimed that women’s sentimental tendencies are actually a result, and not cause, of a male-dominated world. I personally believe that such a widespread and long-lasting mindset must have very intricate underlying reasons, and may be difficult to explain with a single theory.

jUsT sHaRiNg

bargaining with patriarchy

Bargaining with Patriarchy

Deniz Kandiyoti's article "Bargaining with Patriarchy," describes women's negotiation strategies within the patriarchal system's constraints. Kandiyoti calls women’s negotiations "patriarchal bargains” (137). "Patriarchal bargains" maximize benefits within a oppressive system. Kandiyoti argues, "These patriarchal bargains exert a powerful influence on the shaping of women's gendered subjectivity and determine the nature of gender ideology in different contexts. They also influence both the potential for and specific forms of women's active or passive resistance in the face of their oppression" (137). The bargains women make help clarify how they are oppressed by social constructs and define what women find unappealing or appealing in the face of oppression. This is significant because providing details of women's bargains within patriarchy also reveals how men's power works and is how it is maintained. The gender-specific element of the "patriarchal bargain" can explain what oppresses any woman or what gives any man power in a patriarchal system. Therefore, examining the “patriarchal bargain” is valuable for understanding gender relations.
Kandiyoti contrasts two systems. The first, from sub-Saharan Africa, deals with women's participation in agricultural labor. The other system from the Middle East, South Asia, and East Asia deals with what Kandiyoti calls "classic patriarchy" (Kandiyoti 138). Classic patriarchy involves women's accommodation to the sexist oppressive system.
Gender relations among agriculturalists of sub-Saharan Africa come from men commonly receiving plots of land and credit while women lack resources despite their direct contribution to the economy (Kandiyoti 138). When men attempt to lower the value of women’s work, women protest. Kandiyoti explains, “Women have very little to gain, and a lot to lose by becoming totally dependent on husbands, and hence… resist projects that tilt the delicate balance they strive to maintain” (139). If a husband denies his wife access to land, or devalues her work, she shows resistance and speaks up (Kandiyoti 138). The woman knows her work’s importance and seeks to maximize her autonomy instead of merely following man’s direction with the false promise of security.
On the other hand, women within "classic patriarchy" system experience subordination by men, but bargain and receive power in patrilocally extended households as mothers of their sons, as mothers-in-law over their daughters-in-law, and through general power within their kin (Kandiyoti 141). As brides being sold and entering a new family, they face oppression. Their access to power and mobility are stifled. These women know their limitations, but use whatever means possible to increase their well-being. Eventually these women live to be the oppressor of others. Understanding and examining their bargain explains the system’s implications and maintenance.
A form of patriarchal bargaining exists at my workplace. I work in a group home where kids without a suitable home take respite or come for psychiatric needs. At times, the residents become physically aggressive, and part of my job is physically restraining them. My initial goal is recognizing escalating behaviors and reaching them at a stage where we can talk, and they can eventually calm down. This does not always work. If a resident is truly psychotic, missing a frontal lobe, or upset with a situation and lacking the tools to cope, sometimes they get very angry and are impossible to deescalate. At the point where talking does not work and all other avenues are exhausted, they are physically restrained if they act as a risk to themselves or others. When I began working at my job, this seemed horrifying. I am not very fit, I have never been in a fight, and I have never even wrestled anyone for a remote control. Physical restraints appeared to be something I hoped my male co-workers would carry out. Other women I work have the same attitude and allow men to do this work. These women bargain within a system assuming men are stronger and have more physical ability than women have. Initially, not participating in a physically demanding and potentially unsafe work duty seems beneficial, but as it is part of my job, it is something I take seriously. I realized I had to learn and participate in physical restraints not only for my own safety and protection, but also for my coworkers, the other residents, and the out of control resident. If I had accepted the bargain and not learned this part of my job, I risk the safety of others and myself. Kandiyoti’s examination of patriarchal bargaining exists as a useful tool for patriarchal analysis.
Bibliography
Kandiyoti, Deniz. "Bargaining with Patriarchy." The Socialist Feminist Project: A Contemporary Reader in Theory and Politics. EdNancy Holmstrom. New York: Monthly Review, 2002. 137-151. Print.

jUsT sHaRiNg

Sunday, 7 December 2014

nak buat ulangkaji titas

assalammualaikum..dah byk hari x update.. sibok dgn assignment n movie..n games n hangout.. ahh busy btol.. tp ni nk kongi url ja utk aku study exam nnt xkalot cari bahan..

all is about tamadun.

tamadun cina
https://www.youtube.com/watch?v=QWZ5KP0ApZk
https://www.youtube.com/watch?v=UKSit1DbnKM
https://www.youtube.com/watch?v=hmNaOF6PHOQ


tamadun melayu
https://www.youtube.com/watch?v=ZyA7Qlk-UWM
https://www.youtube.com/watch?v=7eAWBxTFKQk

tamadun india
https://www.youtube.com/watch?v=5Q7LgSarzAU

tamadun islam
https://www.youtube.com/watch?v=6kbGc49j3Vo
https://www.youtube.com/watch?v=sznzRwXqPR0
https://www.youtube.com/watch?v=KhYm9KmOujE


hnya untuk revise

next what???

ok, aku nk imbas balik yang lain

rasanya belajar tngok video ni lagi senang dr baca buku
jUsT sHaRiNg

Elsa - Disney's Frozen