Pengenalan
Aktiviti
guna tanah mengikut fungsinya merupakan satu keputusan dan rumusan manusia
untuk
menggunakan
sumber yang terhad iaitu tanah secara optimum, di mana nilai sesuatu fungsi
guna
tanah
adalah berteraskan kepada nilai sesuatu masyarakat. Guna tanah biasanya
merupakan kesan
aktiviti
penempatan dan kemajuan manusia di dalam sebuah kawasan melalui
peringkat-peringkat
tertentu.
Keperluan kegunaan guna tanah sentiasa berubah mengikut perkembangan semasa
berdasarkan
keperluan asas aktiviti manusia di dalam kehidupan.
Guna
tanah boleh diklasifikasikan kepada bentuk aktiviti seperti perindustrian,
perumahan,
bandar, institusi dan sebagainya. Konsep dan definisi aktiviti guna tanah
kebanyakannya
tidak mempunyai satu keseragaman yang khusus. Di Malaysia, konsep aktiviti
guna
tanah dipengaruhi oleh perancangan yang dilakukan oleh Jabatan Perancang Bandar
dan
Desa
di setiap majlis daerah atau pihak berkuasa tempatan (PBT). Aktiviti guna tanah
seperti guna
tanah
perindustrian, kadangkala termasuk industri kecil dan sederhana, berat dan
ringan.
Turner
(1993) seperti yang dirujuk oleh Carvalho (2006) berpendapat bahawa aktiviti
guna
tanah adalah satu istilah yang dirujuk kepada satu proses yang berhubung dengan
tindakan
manusia
dalam mengolah dan menyesuaikan permukaan tanah untuk memenuhi keperluan
manusia.
Manakala Zonneveld (1993) (dlm carvelina (2000) pula memberikan definisi guna
tanah
sebagai
kepelbagaian aktiviti yang dijalankan oleh manusia untuk mengubah landskap
ruang
tanah
tersebut termasuklah aktiviti perburuan dan pembajakan (di dalam Carvalho,
2006). Keduadua
pendapat
di atas boleh dikaitkan dengan penggunaan tanah sebagai sumber untuk meneruskan
kelangsungan
kehidupan. Tindak balas antara manusia dan tanah merupakan penyumbang utama
kewujudan
aktiviti guna tanah di sesebuah kawasan.
Guna
tanah dalam perindustrian dan pertanian
Perindustrian
merupakan salah satu sektor penting dalam pembangunan harta
tanah
di Malaysia pada masa kini. Satu sistem perancangan yang baik untuk sektor
perindustrian
dapat meningkatkan kemampuan pencapaiannya bagi pembangunan
negara
(Aniza, 2001). Perkembangan pembangunan sektor industri menjadi
penyumbang
utama kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Pertanian
adalah kegiatan pemanfaatan kegiatan sumber daya hayati yang di lakukan manusia
untuk menghasilkan bahanpangan, bahan baku industri serta untuk mengelola
lingkungan hidupnya. kegiatan pertanian secara sempit berkaitan dengan kegiatan
bercocok tanam atau budi daya tanaman agar tumbuh dengan baik
Jenis
alam sekitar mempengaruhi dalam guna tanah perindustrian dan pertanian. Faktor alam sekitar semulajadi memberi kesan
terhadap pola perkembangan guna tanah kerana
bentuk muka bumi atau keadaan alam sekitar mempengaruhi dalam guna tanah sesuatu
kawasan. Contohnya di Gurun ,Kedah. Bentuk muka bumi yang terdapat di Gurun
terdiri daripada dataran ,keadaan ini menyebabkan kawasan ini menjadi
perkembangan dan persaingan guna tanah yang menyebabkan berlaku
kesesakan ruang. Sebahagian besar ruang di kawasan ini digunakan untuk tujuan
pertanian seperti ladang kelapa sawit, kawasan perkuburan dan juga sistem
pengangkutan yang banyak mempengaruhi pola petempatan di kawasan ini.
Perkembangan
guna tanah adalah sangat ketara terutama sekali kawasan yang berada di kawasan
sekitar Pekan Gurun yang menjadi tumpuan kawasan petempatan dan juga aktiviti
ekonomi peta1 yang menunjukkan guna tanah di daerah Yan.
Daerah Yan yang terletak 48 kilometer dari
bandar Sungai Petani, 27 kilometer dari Pekan Gurun dan 50 kilometer dari
Bandaraya Alor Setar. Kawasan ini merangkumi keluasan 5 kilometer dari garisan
latitud Utara 5°47’30” hingga Utara 5°47’41” dan Timur 100° 22’30” hingga Timur 100°23’56”. Kawasan ini juga terletak
pada aras ketinggian di antara 13 hingga 100 meter dari aras laut. Kawasan ini adalah
seperti yang ditunjukkan di dalam peta Daerah Yan di bawah.
Guna tanah di sesuatu kawasan adalah dipengaruhi oleh
pelbagai faktor. Walau bagaimanapun, faktor fizikal memainkan peranan yang
sangat berkesan dalam penentuan bentuk guna tanah di sesetengah tempat diikuti
dengan faktor fizikal mikro dan faktor-faktor lain seperti pengaruh geografi
budaya yang lain.
Bentuk muka bumi
makro.
Bentuk
muka bumi makro adalah bentuk muka bumi fizikal yang dilihat secara umum di
kawasan tersebut yang menjadi bentuk muka bumi asas pada sesuatu kawasan. Oleh
yang demikian, bentuk muka bumi makro di kawasan tersebut hanya dapat dibahagikan tiga jenis bentuk
muka bumi yang utama iaitu tanah tinggi, dataran dan kawasan pinggir pantai seperti
yang ditunjukkan pada foto satelit di bawah dan bentuk muka bumi ini merupakan
asas bentuk-bentuk pola petempatan yang terdapat di kawasantersebut.
Tanah Tinggi.
Secara am Gunung Jerai
yang mempunyai ketinggian 1217 meter yang membentuk tulang belakang daratan di
Daerah Yan dan juga Daerah Kuala Muda. Tanah tinggi ini membentuk banjaran
tanah tinggi yang menganjur dari utara ke selatan dari Guar dan berakhir di
Merbok dengan panjang 13.2 kilometer yang berfungsi sebagai kawasan tadahan
hujan dan juga punca utama sungai di kawasan sekitar.
Oleh yang demikian,
dapat dilihat guna tanah di kawasan tanah tinggi adalah terhad pada tempat
tertentu sahaja. Malahan faktor kos pembinaan untuk mengubahsuaian bentuk muka
bumi menjadi faktor penentu utamaguna tanah.
Dataran.
Kedua-dua daerah di kawasan
gurun mempunyai kawasan dataran yang luas yang mana ke dua-dua daerah ini
memberi sumbangan kawasan dataran yang luas membentuk Dataran Kedah. Kawasan
dataran di kedua-dua kawasan tersebut dimanfaatkan oleh penduduk sebagai
kawasan pertanian, pusat petempatan, pusat perindustrian, pengangkutan dan juga
pelbagai aktiviti ekonomi yang lain.
Dalam pada itu, dapat
dilihat bahawa kawasan dataran adalah kawasan yang sesuai untuk pembinaan
kawasan petempatan. Berdasarkan Foto 1menunjukkan tumpuan kawasan petempatan
yang terletak di kawasan dataran di kawasan kaki Gunung Jerai.
FOTO 1
Pinggir Pantai.
Kawasan pinggir pantai
juga merupakan satu ciri bentuk muka bumi di kawasan tersebut terutama sekali di Daerah Yan. Kawasan
pinggir pantai di kawasan kajian ini mempunyai panjang 16.2 kilometer yang
menganjur dari Yan Besar dan berakhir di Tanjung Dawai. Kawasan pinggir pantai
ini dimanfaatkan oleh penduduk sebagai pusat perikanan, petempatan dan juga
rekreasi seperti di Pantari Murni dan juga Pantai Merdeka di Merbok.
Dalam untuk mengetahui
faktor-faktor yang mempengaruhi faktor alam sekitar semulajadi terhadap perkembangan guna tanah di sesebuah
kawasan petempatan di Yan dan di Gurun . gambaran ini dilihat dengan lebi
mendalam di Kg. Titi Raga dan juga kawasan petempatan kawasan sekitar cawangan
anak Sungai Kunyit untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi
perkembangan sesebuah pusat petempatan.
Kg.
Titi Raga, Yan.
Untuk melihat dengan lebih dekat lagi faktor
alam sekitar semulajadi yang mempengaruhi perkembangan guna tanah di pusat
petempatan maka Kg. Titi Raga di mana kampung ini mempunyai lebih kurang 300
orang penduduk dengan 30 buah rumah persendirian yang dibina secara berpusat.
Pekerjaan utama penduduk di kampung ini adalah penoreh getah, nelayan dan
pesawah. Antara faktor yang mempengaruhi perkembangan guna tanah di petempatan
di Kg. Titi Raga adalah seperti berikut:-
Faktor bentuk muka bumi.
Secara am bentuk muka bumi di kawasan ini
adalah dataran yang mempunyai ketinggian di antara sembilan hingga 16 meter
dari aras laut. Oleh yang demikian, kawasan ini dimanfaatkan oleh penduduk
sebagai pusat petempatan di samping pembinaan sistem pengangkutan seperti Foto 2
di bawah.
FOTO 2
Kesan daripada keadaan bentuk
muka bumi yang datar dan luas menyebabkan penyebaran guna tanah untuk pembinaan
kawasan petempatan semua arah dapat dilihat di kawasan petempatan ini.
Guna tanah ini tersebar ke
semua arah dan tidak tersusun di kawasan ini adalah disebabkan juga oleh faktor
pembinaan sistem pengangkutan yang dibina selepas kawasan petempatan ini telah
dibina. Sebagai kesan, didapati sistem pengangkutan di kawasan ini adalah padat
tetapi terlalu sempit menghala hampir semua arah membolehkan perhubungan ke
semua kawasan. Oleh yang demikian, keadaan ini menggalakkan pembinaan rumah
secara tidak teratur.
Perkembangan guna tanah dari
aspek pertanian di kawasan gurun ,kedah ini dilihat dalam penanaman limau
nipis. Limau nipis adalah salah satu tanaman yang sesuai ditanam kerana buahnya
ada yang diluar musim, tanaman jangka panjang dan berbuah sepanjang masa.
Projek tanaman agro limau nipis memerlukan keluasan paling minimum untuk
dikomersialkan adalah 8.4 ekar (12 relung), dan menjadikan guna tanah digunakan
sebanyak 2400 pokok.
Selain itu, guna tanah dalam
pertanian di kawasan tersebut adalah buah cempedak . hal ini kerana buah
cempedak sesuai ditanam di bawah iklim yang panas dan lembap. Walau bagaimanapun pokok pada peringkat
dewasa tidaklah begitu terjejas sangat oleh keadaan kemarau. Suhu yang sesuai untuk tanamaj cempedak ialah
antara 22oC -35oC. Curahan hujan yang
optimum untuk tanaman cempedak ialah 2500 mm setahun.
Musim berbuah bagi tanaman
cempedak dipengaruhi`oleh musim kering.&lbsp; Kawasan di daerah Yan ini
mempunyai dua musim kering yang pendek dalam setahun biasanya mempunyai dua
kali musim buah dalam setahun. Di
kawasan yang hanya mempunyai satu musim kering seperti di Perlis, Kedah,
Kelantan dan sebahagian kawasan di Terengganu, pokok cempedak berbuah hanya
sekali dalam setahun. Cempedak sesuai ditanam di berbagai jenis tanah dan
keadaan tanah yang mempunyai saliran yang baik.
Kepadatan jaringan sistem
pengangkutan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan guna tanah iaitu pola
petempatan di sesebuah kawasan. Hasil daripada kajian menunjukkan jaringan
sistem pengangkutan yang terdapat di Gurun adalah padat dan terancang membawa
kesan yang nyata ke atas bentuk pola
petempatan.
Kepelbagaian kegiatan ekonomi
penduduk sesuatu kawasan juga menentukan kepadatan dan bentuk pola petempatan
di sesebuah pusat petempatan. Kawasan yang mempunyai kepelbagaian infrastruktur
ekonomi serta kepelbagaian aktiviti ekonomi akan menarik ramai penduduk
tertumpu di kawasan berkenaan.
Oleh yang demikian, kegiatan
ekomoni sekunder dan tertier yang melibatkan perkhidmatan pemprosesan dan
perkhidmatan kepakaran seperti bank dan klinik kesihatan juga menjadikan
sesebuah kawasan petempatan menjadi lebih teratur dan terancang. Dalam aspek
perkembangan ekonomi di Kedah, secara keseluruhan yang melibatkan bandar utama
iaitu Langkawi, Alor Setar, Kulim, Sungai Petani dan Gurun menunjukkan Gurun
telah diletakkan sebagai sebuah bandar penting yang dikenali sebagai Bandar
Kenderaan Nasional (Kedah ICT, 2006) berdasarkan penilaian ekonomi oleh
kerajaan negeri.
Selain daripada itu, sistem
pengangkutan juga memainkan peranan penting dalam pembinaan bentuk pola
penempatan di kawasan ini. Kawasan yang kurang atau memiliki sistem pengangkutan
jalan raya tunggal akan menyebabkan pola petempatan yang terbentuk ialah pola
petempatan berjajar seperti yang dapat dilihat di Kg. Kilang Ketapan dan juga
Kg. Panjang yang hanya memiliki jalan raya tunggal.
Oleh kerana Gurun terletak di
tengah-tengah persinggahan perjalanan ke utara dari Sungai Petani maka tidak
hairanlah aktiviti ekonomi berasaskan perindustrian industri penting terdapat
di Gurun seperti Modenas, Petronas dan juga pembuat kereta nasional
Naza. Sehubungan dengan itu, kemasukkan penduduk di kawasan berkenaan akan
menyebabkan guna tanah meningkat dan permintaan terhadap keperluan tempat
tinggal.
Rujukan
Shukri
Sulaiman, 2006, Geografi Fizikal. Selangor, Arah Pendidikan Sdn.Bhd.
Narimah Samad, 2008, Sistem Maklumat Geografi dalam Analisis
Guna Tanah. Pulau Pinang, USM.
Azman Abdullah, 2007, Kemahiran Geografi. Kuala Lumpur, Arah
Pendidikan.
No comments:
Post a Comment