Wednesday, 3 June 2015

ulasan filem talentime dari perspektif etnik

Talentime ialah sebuah filem arahan Yasmin Ahmad, dan merupakan yang terakhir dalam hayatnya, yang ditayangkan di pawagam Malaysia selama sebulan mulai 26 Mac 2009, dan ulang tayangnya disiarkan pada 13 hingga 19 Ogos sempena memperingati pemergian Yasmin pada 25 Julai.

Seperti filem-filem arahan Yasmin yang lain, filem Talentime memaparkan kisah hubungan cinta tanpa mengira kaum, agama atau latar kebudayaan seumpamanya.

 Tatkala negara dilanda krisis hubungan kaum, Allahyarham Yasmin Hamid telah menjadikan Talentime sebagai penghubung antara kaum menerusi karyanya itu. Filem ini juga berjaya mengetengahkan elemen perpaduan melalui hubungan persahabatan dan perintaan remaja tanpa mengira kaum. Atas unsur-unsur inilah, filem ini dipilih sebagai pemenang ketika kerajaan memperkenalkan gagasan I Malaysia bagi menyatupadukan kaum.

Antara yang menarik  dalam Talentime ialah bukan sekadar kisah pencarian bakat seperti diari Akademi Fantasia ataupun OIAM Diaries dan yang sekufu dengannya. Bukan sekadar cerita, malah terdapat sindiran-sindiran halus dan realiti kehidupan yang benar-benar berlaku di sekeliling kita.

Sebagai contoh, watak kecil seperti Mei Ling membawa mesej yang besar. Mei Ling merupakan orang Cina yang menjadi orang gaji di rumah keluarga Melayu. Mei Ling memeluk Islam. Mei Ling bukan masuk Melayu atau menjadi orang Arab. Mei Ling dipandang jelik oleh Datin Kosong (ops Kalsom) kerana Mei Ling tiada nama yang bunyi Melayu atau Arab. Walhal, hakikatnya, Mei Ling nampak lebih Islam daripada Datin Kosong atau Kalsom.

Begitu juga sindiran pelajar Cina,Kahoe terhadap Hafiz lakonan Shafie Naswip. Dia memerli orang Melayu walau selemah mana sekalipun, suatu hari kelak pasti akan dibantu. Realitinya, itu yang berlaku dalam negara kita, di mana orang bumiputera mendapat hak keistimewaan tertentu. Yang penting, Yasmin menekankan aspek perpaduan dan bersatu-padu di kemuncak cerita ini.
Hakikatnya, kini sudah ada sistem meritokrasi menggantikan sistem kuota bagi kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi. Rentetan masalah sebenarnya tak berakhir di sini. Benar, Mungkin orang Melayu 'ditolong' sehingga ke tahap masuk universiti. Tetapi realitinya di alam pekerjaan terutama sektor swasta, orang Cina terutamanya memiliki peluang dan ruang pekerjaan yang lebih luas. Sesetengah syarikat tanpa segan silu meletakkan syarat fasih berbahasa Mandarin untuk diambil bekerja. Hal ini menunjukkan keadilan .
Cerita ni ada segala ramuan yang ada dalam perpaduan kaum. segala rasa dapat dirasa. Pahit, manis, masin, kelat, masam dan sebagainya. Setiap watak utama, dihidupkan dengan jayanya oleh setiap pelakon tak kira pucuk muda seperti Jac, Pamela dan Mahesh termasuk watak-watak tempelan ataupun kemunculan istimewa seperti watak Ida Nerina dan Mei Ling
Dalam Talentime tidak sah pula kalau tidak sebut mengenai lagu yang melatari cerita ini. Lagu Urdu, O re piya dendangan Rahat Fateh Ali Khan sememangnya mempunyai unsur kesepaduan dan penyatuan bangsa. Lagu yang sungguh indah melodinya termasuk maksudnya. Begitu juga lagu-lagu ciptaan Pete Teo yang dinyanyikan oleh Atilia dan Aizat dengan begitu merdu sekali.
Dari sudut jalan cerita. Filem Yasmin memang tidak  ‘klise’. Maksudnya, kita tidak boleh mengagak perjalanan plot cerita yang selanjutnya.  pujian harus diberikan kepadanya kerana berada di kelas tersendiri.
Filem  Talentime  ialah filem berjiwa Malaysi. Hal ini kerana dalam filem ini terdapat kaum melayu, cina, dan india dan begitu juga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Ada orang Melayu, Cina, India tidak lupa juga mereka yang wujud hasil 'kahwin campur'. Dan sebuah sekolah menengah menjadi saksi bagaimana kaum-kaum ini hidup bermasyarakat di bawah satu bumbung sekolah. Mungkin inilah dikatakan bangsa Malaysia. Secara peribadi, saya tidak berasa bangga sangat lahir sebagai Melayu, tetapi sangatbersyukur sangat-sangat lahir sebagai Muslim.
Talentime cuba memecahbelahkan dinding penghalang ataupun 'divider' antara orang Melayu, Cina dan India. Kita dapat menyaksikan betapa 'prejudis'nya kaum lain terhadap kaum kita dalam filem ini. Dan tanpa kita sedari, kita tak dapat menghalang kuasa cinta. Kerana cinta tak kenal siapa. Cinta tak kenal suku bangsa kaum sesiapa seperti cinta yang wujud antara Mahesh dan Melor. Cinta tak kira usia sebagaimana watak Mak Hafiz merasai manisnya cinta di saat-saat genting. Dan cinta juga tak kenal rupa paras dan fizikal seperti Cikgu Adibah yang besar juga mempunyai peminat.

Mengenai aspek lakonan, rata-rata pelakon yang dipilih Yasmin memang mengesankan. Teraju utama, Mahesh dan Pamela mulanya tampak kekok dan agak janggal, namun lama kelamaan 'chemistry' mereka menyerlah terutama ketika 'klimaks'. Dan babak paling menarik semestinya cara mereka berkomunikasi. Mahesh yang pekak dan bisu menggunakan henfon menulis SMS supaya Melor faham. Ia sangat bermakna  dan pujian seharusnya diberikan kepada Mahesh, yang membuktikan 'silence' memberikan jiwa kepada lakonannya. Ekspresi wajahnya memang kelihatan hidup.
Jaclyn Victor tidak menghampakan. Jac boleh pergi jauh sekiranya diberikan watak yang lebih menonjol dan mencabar. Shafei Naswip usah dipertikaikan wibawanya. Kali ini, si 'Mukhsin' ber'speaking' selaras dengan watak Hafiz yang pandai (dapat markah 100% dua kali) dan berbakat mencipta dan menyanyikan lagu BI. watak ibu Mahesh lakonan Sukarnia. Penjiwaan yang begitu emosi sekali.
Dalam Talentime seperti filem Yasmin terdahulu, sekali lagi menjadikan Ipoh sebagai lokasi wajib. Yasmin beritahu kepada wartawan, memandangkan Ipoh merupakan tempatnya dibesarkan, maka segenap ceruk dan pelusuk Ipoh yang menarik untuk disinematografikan bukanlah suatu rahsia baginya. Yasmin menggunakan latar tempat sebuah kampung yang terpencil di ibu kota, yang di dalamnya mengandungi sebuah keluarga yang hidup secara harmoni dan ada ketikanya bergolak dengan kehidupan masing-masing. Keharmonian masyarakat dalam keluarga Harith ( anaknya Melur ) di gambarkan secara aman dan penuh dengan kemesraan antara bapa dan anak, ibu dan anak dan keluarga dengan pembantu rumah adalah salah satu gambaran realiti yang benar-benar berlaku dalam masyarakat Malaysia.

Walaupun mesranya sebuah keluarga tersebut, tetapi masih ada lagi kaum yang begitu prejudis terhadap kaum lain. Ini di gambarkan oleh Yasmin melalui kehidupan keluarga Mahesh yang bergolak dengan dua situasi iaitu, pertama, Kehidupan silam pak cik saudaranya yang pernah menjalinkan hubungan dengan seorang wanita Indian-Muslim ( diceritakan melalui ibu Mahesh kepada Bhavani), kedua, pergolakan perasaan anaknya, Mahesh terhadap rasa cintanya pada gadis melayu bernama Melur, lakonan Pamela Chong.

Apakah seseorang yang memeluk agama islam perlu menukar namanya menjadi seperti islam?. Itulah yang cuba dipersoalkan Yasmin melalui Talentime, di mana persoalan tersebut cuba ditimbulkan melalui watak Datin Kalsom, lakonan Ida Nerina semasa dalam perjalanan mereka menuju ke Genting bersama keluarga Harith dalam sebuah kereta.
 Dalam situasi ini, Datin Kalsom mempersoalkan apakah Mei Ling yang memeluk islam tidak menukar namanya menjadi islam. Ini dijawab Yasmin melalui karektor ibu Melur lakonan Mislina Mustaffa, di mana beliau memberikan jawapan bahawa 'Mei Ling memeluk islam bukannya bertukar menjadi melayu'. Ini bermakna, Yasmin mengkritik secara jelas pemikiran rakyat Malaysia keseluruhannya yang begitu prejudis kepada kaum lain sekiranya mereka bertukar agama, dan tidak bertukar nama. Dalam Talentime, isu ini digambarkan secara komedi di mana garapan tersebut tidak menjadi kontroversi, malahan ia sebuah kritikan yang agak mendalam.


Yasmin Ahmad sedaya-upaya memasukkan isu-isu dan mesej-mesej yang menarik dalam filem ini. Baik mesej agama, perpaduan,kekeluargaan dan mengenai politik. terlalu banyak elemen yang di masukkan yang membuatkan filem ini punya pelbagai warna. Setiap watak dan kumpulan watak membawa dan mendukung satu mesej atau isu.

jUsT sHaRiNg

1 comment:

Elsa - Disney's Frozen