Pendahuluan Etnografi merupakan sejenis kajian lapangan yang berbentuk pemerhatian yang sering digunakan dalam kajian sosiologi dan antropologi dan dirujuk sebagai penyelidikan saintifik semula jadi (field research). Menurut Creswell (2005), etnografi merupakan bentuk kajian yang praktikal untuk mengkaji sesuatu kumpulan seperti pendidikan, kepercayaan, tingkahlaku dan bahasa. Merupakan bentuk kajian kualitatif yang digunakan untuk menerangkan, menganalisa dan meinterpretasi bentuk“culture-sharing” sesuatu kumpulan seperti tingkah laku, kepercayaan. Menurut Sabitha Marican (2005), etnografi juga dianggap sebagai satu kajian yang paling asas dalam penyelidikan sosial. Kajian etnografi merupakan kajian yang mengfokuskan pada penggambaran yang terperinci dan tepat dan bukan berunsur perkaitan .
Mengenali dan memahami masyarakat adalah suatu tugasan yang sukar.Ianya memberikan perspektif yang berbeza-beza.Etnografi adalah usaha yang dijalankan oleh manusia dengan komitmen yang pelbagai kerana setiap orang mempunyai latar belakang, biografi , dan identiti yang berbeza.Asal istilah etnografi bermula dari istilah antropologi.Tahap pertama perkembangannya ialah sebelum tahun 1800-an.Kata etnografi berasal dari bahasa Yunani iaitu bererti sebuah deskripsi mengenai orang-orang atau tentang penulisan budaya.Menurut Ember & Ember (1990) entnografi adalah satu penelitian antroplogi budaya.Oleh itu ia adalah pengembaraan suatu budaya atau cara hidup dalam sesuatu komuniti.Ia menjelaskan sesuatu budaya atau mana-mana aspek budaya.Ringkasnya etnografi ialah usaha untuk memahami budaya melalui rangkaian pengamatan dan interprestasi manusia, yang berinteraksi dengan manusia yang lain.Frey et al (1992) berpendapat etnografi digunakan untuk meneliti perilaku manusia dalam lingkungan spesifik semulajadi. Penelitian etnografi kadang memerlukan masa panjang, dan interaksi temu muka dengan masyarakat di suatu daerah dengan menggunakan sejumlah kaedah pengumpulan data.
Pada awal abad ke -20 seorang penyelidik mungkin menghabiskan rata-rata 2 hingga 3 tahun untuk memperoleh gambaran tentang masyarakat dan budayanya. Salah satu contoh kajian ethnografi yang dijalankan olehTaylor(1983) ialah kajian etnografi yang terperinci selama 3tahun ke atas 6 buah keluarga, setiap satu keluarga mempunyai seorang kanak-kanak berumur antara 6 hingga7 tahun. Kanak-kanak ini dianggap oleh ibu bapa merekasebagai sudah boleh belajar membaca dan menulis. Setiapkeluarga juga mempunyai seorang atau dua orang lagikanak-kanak, dan mereka berumur antara 6 bulan hingga17 tahun. Walaupun semua keluarga ini adalah darikalangan orang kulit putih dan kelas pertengahan dantinggal di Bandar-bandar, salah satu dapatan menarikkajian Taylor ini adalah tabiat-tabiat literasi yang berbeza-beza dari satu individu ke satu individu yang lain, dankepelbagaian dalam sejarah literasi para ibu bapa. (MurielSaville- T,1991)
Etnografi, Kebudayaan dan Masyarakat
Secara umum etnografi disebut sebagai ‘menuliskan tentang kelompok masyarakat’. Secara khusus hal tersebut juga bermakna menuliskan tentang kebudayaan sebuah kelompok masyarakat. Disebutkan bahawa seluruh manusia, dan juga beberapa binatang (seperti orangutan dan gorila) menciptakan, mentransmisikan, membahagi, merubah, menolak, dan menciptakan kembali budaya di dalam sebuah kelompok. Semua peneliti etnografi dimulai, dan diakhiri penelitiannya dengan berfokus pada pola-pola ini, dan sifat-sifat yang ‘dipersamakan’ atau ‘disepakati’ bersama, membentuk sebuah kebudayaan masyarakat. Dokumen yang dihasilkan dari fokus tersebut disebut dengan etnografi.
Kebudayaan bukan sebuah sifat individual. Meskipun demikian seorang individu boleh disebut sebagai menciptakan pola-pola budaya dengan menemukannya dan mengkomunikasikannya dengan yang lainnya. Bentuk atau unsur budaya ada hanya ketika hal tersebut dibahagi dengan orang lain di dalam kelompok. Kebudayaan terdiri dari pola-pola perilaku dan kepercayaan kelompok yang berlangsung secara terus menerus. Kerana, sebuah kelompok (bahkan kelompok kecil sekali pun) harus mengambil kira perilaku atau kepercayaan dan mempraktikkannya secara terus menerus jika hal tersebut akan didefinisikan sebagai sifat budaya daripada sebagai peribadi atau individual.
Tujuan Kajian Etnografi
Tujuan Kajian Etnografi adalah untuk memahami isu yang dikaji dari kaca mata kumpulan atau budaya tersebut,kajian etnografi berusaha untuk menambah pengetahuan mengenai sesuatu budaya atau mengenalpasti corak interaksi sosial dan membangunkan satu penafsiran yang menyeluruh terhadap sesuatu masyarakat atau institusi sosial.
Tujuan penelitian etnografi untuk menggambarkan budaya atau subkultur dengan seperinci mungkin, termasuk bahasa, adat istiadat, nilai-nilai, upacara keagamaan dan undang-undang.Maknanya ia mempunyai tujuan mencari dan menggambarkan budaya sesuatu masyarakat atau organisasi tertentu.Fokus penyelidikan adalah pola-pola yang tercermin dalam sikap tidak dan prikelakuan masyarakat atau organisasi yang diteliti.ada pun yang dicari dalam kajian ini beerti bukan hal yang Nampak melainkan yang terkandung dalam hal yang nampak tersebut.
Umumnya jenis kajian ini mensyaratkan seorang peneliti yang berpengalaman, harus dapat membenammkan dirinya dalam budaya mayarakat yang diteliti.Maknanya dia harus bersosialisasi dirinya sendiri ke dalam budaya tersebut dan cuba menjelaskannya.Menjadi sebahagian budaya yang baharu tersebut dan kadangkala ia menjadi masalah apabila hendak kembali kepada budayanya sendiri.
Etnografi berfokus pada pertanyaan:”Apakah budaya sekelompik orang”.Gagasan budaya merupakan inti etnografi.Ciri penting dalam penelitian etnografi adalah setiap kelompok manusia manusia secara bersama-sama untuk jangka waktu tertentu dan memperkembangkan budaya.Menurut Earl babbie, 1998:282 , etnografi menghuraikan budaya tertentu secara holistik. Selain data secara holistik ciri-ciri lainnya ialah :
- Bersifat ilmiah(pengkaji harus memahami gejala empiric dalam kehidupan seharian
- Pengkaji adalah instrumen yang penting dalam pengkajian data
- Bersifat keterangan iaitu mencatat dengan teliti fenomena budaya yang dilihat, dibaca.
- Digunakan untuk memahami bentuk-bentuk kes tertentu
- Analisisi bersifat induktif
- Pengkaji harus bersikap seperti masyarakat yang dikajinya.
- Data dan informasi mesti diperolehi dari orang yang asal
- Kebenaran informasi mesti diperiksa dengan data yang lain(maklumat diperiksa dan dipadankan dengan data bertulis)
- Subjek penelitian disebut peserta (buku juga disebut peserta)
- Pengkaji harus menaruh perhatian pada masalah penting yang diteliti dari orang yang diteliti dan bukan etnik
- Menggunakan data kualitatif dan kuantitatif tetapi lebih banyak menggunakan kualitatif
Etnografi akademik
·
Lazimnya dilakukan oleh golongan akademik (utk menambah pengetahuan / celik akal dlm kalangan pelajar / rakan sejawat )
·
Lebih berfokus kpd pembinaan asas pengetahuan berkaitan dgn sst budaya / teori
·
Cth: penyelidikan etnografi dalam konsep “darah” dalam kinship Orang Asli.
·
·
Etnografi aplikasi
·
Bertujuan utk membuat perubahan sosial yg dpt mempengaruhi polisi institusi ( hospital, sekolah dan agensi kerajaan)
·
·
Etnografi tradisional / klasik
·
Penyelidik akan tinggal bersama dan menghuraikan pelbagai kumpulan sosial.
·
Data yang dikumpul ialah data tekstual,
cth : jurnal refleksi atau nota lapangan.
·
Lebih menjurus kepada akademik
·
·
Etnografi analitik
·
Melibatkan kerja lapangan yang meluas dan pelbagai jenis (pemerhatian turut serta, temubual informal dan formal, pengumpulan dokumen, membuat rakaman dan sebagainya)
·
SETAKAT ITU SAHAJALAH YG AKU NAK KONGSIKAN.. KALO NAK TAU CERITA LEBIH BUKAK INI http://adahawie.blogspot.com/2012/05/etnografi.html . AKU PON AMEK KAT SINI JER..
KBYE
No comments:
Post a Comment