Friday, 7 November 2014

kepentingan kerajaan ayudhai dan sukhothai..

PENGENALAN
Bangsa Thai merupakan bangsa hebat yang mempunyai sejarah kegemilangannya yang tersendiri .Mereka berjaya mendirikan kerajaan yang kukuh dari segi politik, ekonomi dan sosial. Antara empayar kerajaan agung yang berjaya dibina oleh bangsa Thai termasuklah kerajaan Sukhothai dan Ayudhya.
Sukhothai merupakan kerajaan Thai yang kedua dibentuk selepas kejatuhan kerajaan Nan Chao sekitar tahun 1238-1348. Ayudhya pula muncul selepas Sukhothai mengalami zaman kemerosotan sekitar tahun 1347-1767 Masihi. Sukhothai membawa maksud Thai yg Bahagia . Zaman pemerintahan kerajaan Sukhothai dianggap sebagai zaman keemasa oleh bangsa Thai. Sukhothai mencapai kegemilangan semasa dibawah pemerintahan rajanya bernama Ramkhamhaeng. Namun kemerosotan kerajaan Sukhothai berlaku dengan pantas sama seperti bagaimana Sukhothai mencapai kegemilangannya. Sukhothai mengalami zaman kemerosotan dan kejatuhan semasa dibawah pemerintahan cucunda Ramkhamhaeng yang bernama Lue Thai. Kerajaan Ayudhya pula mula bangkit lalu membina sebuah empayar kerajaan yang hebat.Nama lengkapnya ialah Phra Nakhon Si Ayudhya juga dikenali dgn nama City of Water. Kerajaan Ayudhya Diasaskan oleh raja pertamanya yang bernama Raja Ramadhipati . Raja Ramadhipati memulakan pengasasan kerajaan Ayudhya dengan memaksa Lue Thai supaya mengakui pertuanannya. Ayudhya berjaya menjadi satu empayar bangsa Thai yang kukuh sehinggalah mengalami kejatuhan akibat daripada masalah perebutan takhta serta mendapat tentangan yang hebat dari kerajaan Burma dan Chiengmai. Kerajaan Sukhothai dan Ayudhya mempunyai kepentingan yang sangat besar kepada sejarah Asia Tenggara .Antara kepentingan yang akan dikaji dalam penulisan ini termasuklah kepentingan terhadap kecekapan pemerintah, sistem pemerintahan, perundangan, hubungan luar, ekonomi.
1
KEPENTINGAN DARI SEGI KECEKAPAN PEMERINTAH          
SUKHOTHAI
PEMERINTAHAN RAMKHAMHAENG
Disebut sebagai Rama yang Berani dan anak kepada Raja Indrapatindraditya. Beliau berjaya menamatkan peperangan dengan Putera Chot untuk mendapatkan bandar Tak yang berlangsung sejak dari zaman pemerintahan ayahnya. Selain itu, beliau dapat menamatkan permusuhan di Sukhothai dan menjadikan Sukhothai sebuah kerajaan lebih kuat dan luas kawasan takluknya yang merangkumi Phre, Nan, Luang Phrabang, Phitsanulok, Lomsak, Vien Chang, Nakhom Sawan, Suwan Phumi, Ratburi, Petchaburi, Nakhom Sritammarat, Raheng, Mesot, Tennaserim, Tavoy, Martaban, Taungoo dan Pegu . Beliau dianggap sebagai raja yang mempunyai keperibadian tinggi. Zaman pemerintahannya dikatakan sebagai “punca tamadun Siam”1. Seterusnya, beliau menunjukkan bahawa beliau menginginkan kerajaan yang bebas dari sebarang desakan, dikawal oleh kesaksamaan dan baginda dianggap sebagai Lord Father oleh penduduk Sukhothai kerana sikap baginda yang baik hati. Beliau juga menyediakan loceng besar di bandar Sukhothai supaya rakyat boleh membunyikan loceng tersebut jika rakyat menghadapi sebarang masalah dan baginda sendiri akan menyelesaikan masalah tersebut . Baginda menggunakan prinsip cepat tetapi berhati-hati dalam pemerintahan . Dalam membina empayar yang luas,  Ramkhamhaeng menggabungkan unsur diplomasi dan juga paksaan.


1 Thongchai Winichakul, 1997. Siam Mapped (University of Hawai’I Press,) hlm. 21-22.
2
PEMERINTAHAN LUE TAI
Kecekapan pemerintahan yang seterusnya dapat dilihat semasa zaman pemerintahan Lue Tai iaitu cucunda Raja Ramkhamhaeng. Lue Thai merupakan seorang wazir di Sri Sajjanalaya semasa pemerintahan ayahandanya iaitu Raja Loe Tai. Kecekapan pemerintahan Lue Tai dapat dilihat selepas kemangkatan ayahnya Loe Tai . Beliau dapat menenteramkan huru -hara yang tercetus selepas kemangkatan  ayahandanya di Sukhothai. Beliau merampas bandar Sukhothai lalu mengisytaharkan dirinya sebagai Raja Dharmaraja II. Lue Tai mempunyai keperibadian yang tinggi walaupun beliau kurang agresif dalam hal hal perluasan kuasa dan ketenteraan. Selain itu, beliau merupakan seorang pemerintah yang sangat mencintai keamanan  serta tidak suka akan kekerasan. Beliau terkenal dengan sikap keperimanusiaan yang tinggi contohnya dalam melayan banduan di penjara . Ramai sarjana mengemukakan pendapat bahawa Lue Tai tidak cekap memerintah, namun begitu Lu Tai merupakan pemimpin yang banyak memberikan sumbangan kepada rakyatnya dari segi pembinaan bangunan, penghasilan kalendar, pengajaran subjek astrologi serta menjadi pengarang kitab astronomi berjudul “Traibhumikatha”

PEMERINTAHAN RAJA TRAILOKNAT
Kerajaan Ayudhya membariskan ramai pemerintah yang cekap dan berwibawa namun Raja Trailoknat merupakan salah satu pemerintah yang paling banyak memberikan sumbangan berdasarkan kecekapan dalam pemerintahannya. Antara kesemua pemerintah kerajaan Ayudhya, Trailoknat merupakan raja yang paling menonjol sekali dalam hal hal kecekapan pemerintahan.
3
Beliau seorang raja yang terkenal dalam pentadbiran serta sangat patuh pada agama. Perlakuan Raja Trailok yang dapat membuktikan bahawa beliau seorang raja yang cekap dalam pemerintahan ialah apabila beliau mewujudkan satu sistem pemusatan dalam petadbiran. Kecekapan beliau juga terserlah apabila beliau tidak lagi memberikan kebebasan yang luas dalam hal hal seperti pengawalan kewangan dan hal ehwal dalam negeri kepada pihak wilayah tetapi sebaliknya kerajaan pusat yang diberikan kuasa penuh untuk mentadbir perkara-perkara tersebut . Dalam menghadapi serangan daripada musuh iaitu Chiengmai, Raja Trailok memindahkan ibu kota Ayudhya ke Phitsanulok. Beliau melantik putera sulungnya iaitu Raja Boromoraja sebagai pemangku raja di Ayudhya walaupun ibu kota Ayudhya tidak lagi berada di situ. Beliau dan putera bongsunya iaitu Putera Intharaja pula berpindah ke Phitsanulok pada 1463 dan hal ini membuktikan bahawa Raja Trailok sangat cekap dalam pemerintahan dan beliau tidak mahu pengaruh serta kuasanya berkurang sedikit pun di Ayudhya2 . Raja Trailok juga merupakan individu yang bertanggungjawab memperkenalkan jawata Maha Uparat ( Pemangku/Timbalan Raja). Hal ini dapat memudah kan beliau dalam mentadbir kerana beliau telah melantik anaknya iaitu Putera Jettha sebagai Maha Uparat di Phitsanulok ( kawasan utara Ayudhya )  .
Dengan itu, Ayudhya dibahagikan kepada dua kawasan pentadbiran yang mana bahagian utara ditadbir oleh Jettha sebagai Maha Uparat dan di bahagian Ayudhya itu sendiri ditadbir oleh Boromoraja


2 Rosalie Triolo, 1998. A Thai Journey  (Carlton: Curriculum Corporation), hlm. 17
4
KEPENTINGAN DARI SEGI SISTEM PEMERINTAHAN
SUKHOTHAI
RAJA RAMKHAMHAENG
Bagi kerajaan Sukhothai, Raja Ramkhamhaeng merupakan individu yang perlu diberikan perhatian kerana beliau banyak menyumbang pembaharuan dalam sistem pemerintahan kerajaan Sukhothai. Beliau memerintah selama 40 tahun. Ramkhamhaeng merupakan seorang pemerintah yang mengamalkan sistem demokrasi dalam pemerintahan. Beliau melakukan pembahagian wilayah bagi melicinkan pentadbiran. Setiap wilayah akan mempunyai kawasan pentadbiran sendiri yang dipanggil Muang. Disamping itu, beliau melakukan pembaharuan yang mana putera raja perlu memerintah kawasan luar bandar seperti Phrau dan Tennaserim . Ramkhamhaeng juga melantik penasihat untuk menasihati dan membantu beliau dalam hal hal pentadbiran Sukhothai . Seterusnya, Bbeliau tidak memusatkan kuasa sama ada dari segi politik, ekonomi mahupun kebudayaan dalam satu negeri sahaja. Beliau tidak memusatkan kuasa kerana beliau tidak mahu adanya perbezaan ketara antara kawasan bandar dengan kawasan luar Bandar.
Dalam konteks hierarki sosial, semasa pemerintahan Ramkhamhaeng, beliau menjadikan Mongol sebagai model. Selain itu, beliau sendiri memperakui dirinya sebagai Pho Khun (ayah kaum) bagi masyarakat Sukhothai serta anak-anak raja dan orang besar pula sebagai Luk Khun (putera kaum).3

3 Ooi Keat Gin, 2004. Southeast Asia (United States of America:Data Publicator), hlm 17-19.
5
AYUDHYA
RAJA TRAILOKNAT          
Sekali lagi Raja Trailok merupakan individu yang diberi fokus dalam kepentingan sistem pemerintahan di Ayudhya. Semasa pemerintahannya, beliau mengasingkan pentadbiran tentera dengan pentadbiran awam . Pegawai –pegawai kanan Ayudhya diberi tugas untuk mengetuai jabatan-jabatan yang mengawal hal ehwal seluruh negeri. Antara jabatannya ialah kementerian hal ehwal dalam negeri yang diketuai oleh Perdana Menteri, kementerian kerajaan tempatan yang menjaga bandar dan hal ehwal Ayudhya, kementerian kewangan yang bertanggungjawab ke atas hal perdagangan luar negeri, kementerian pertanian yang mengawal hal pertanian dan sewaan tanah serta kementerian istana yang mengawal hal ehwal istana dan keadilan. Pentadbiran tentera pula diketuai oleh individu yang dipanggil Kalahon. Pentadbiran tentera dibahagikan kepada jabatan dan tiap-tiap jabatan diketuai oleh pegawai yang tarafnya sama dengan menteri. Antara jasa Raja Trailok yang paling besar dalam sistem pemerintahan ialah pengenalan Dasar Sakdi Na. Dasar ini menentukan dengan tepat jumlah tanah yang boleh dimiliki oleh putera raja, pegawai-pegawai dan orang awam. Dasar ini sekaligus merombak sistem turun temurun masyarakat Siam yang mana dahulunya jumlah keluasan tanah diberikan mengikut status sosial seseorang. Contohnya, seorang Chao Phya atau ketua yg memegang jawatan penting dibenarkan memiliki antara 1000 – 4000 ekar tanah dan orang biasa boleh memiliki tanah sebanyak 10 ekar sahaja. Dasar Sakdi Na pada masa yang sama memberikan nilai moral kepada masyarakat Siam. Hal ini kerana jika mereka membuat salah atau diseksa oleh seseorang maka ganti ruginya akan dikenakan mengikut sistem Sakdi Na. Pada zaman pemerintahan Raja Trailok juga pegawai kerajaan tidak dibayar gaji dan mereka menanggung kehidupan dari hasil yang diperuntukkan kepada mereka.
6
KEPENTINGAN DARI SEGI PERUNDANGAN
SUKHOTHAI
RAJA RAMKHAMHAENG
Dari segi perundangan, Raja Ramkhamhaeng perlu diberikan focus. Beliau banyak mengambil konsep dan prinsip undang-undang dari Khmer lalu diadaptasi sesuai dengan kehidupan masyarakat Siam. Ramakhamhaeng melantik ketua Sagharaja untuk menasihati beliau dalam merangka undang-undang yang adil supaya rakyat dapat menumpahkan taat setia kepada raja. Pada 1283, Ramkhamhaeng telah membuat satu skrip undang-undang yang tidak boleh dihapuskan. Skrip ini dipahat pada batu yang diberi nama Stone Pillar yang tingginya beberapa meter dan menggunakan bahasa yang dapat difahami rakyat. Beliau juga menekankan 5 prinsip Buddhisme terhadap rakyatnya. Walaupun 5 prinsip ini bukanlah suatu undang-undang akan tetapi ianya seakan menjadi pegangan atau undang-undang tidak langsung kepada masyarakat Siam ketika itu.
Antara 5 prinsip Buddhisme yang ditekankan oleh Ramkhamhaeng ialah jangan membunuh, jangan menipu, jangan mengadakan hubungan sulit, jangan mencuri dan jangan minum arak. 5 prinsip ini dikatakan menjadi asas dan dasar dalam pembentukan masyarakat Siam waktu itu.



4 Thongchai Winichakul, 1997. Siam Mapped (University of Hawai’I Press,) hlm.
7
AYUDHYA
RAJA RAMADHIPATI 1
Beliau telah menulis 7 jilid buku berkaitan cabang perundangan negara. Jilid pertama buku tersebut berkaitan undang-undang saksi yang siap ditulis pada 1350, kedua berkaitan undang-undang kesalahan terhadap kerajaan dan siap ditulis pada 1351, ketiga berkaitan undang-undang pendakwaan yang siap ditulis pada 1355, keempat berkaitan undang-undang penculikan yang siap disusun pada 1356, kelima undang-undang jenayah terhadap rakyat yang siap disusun pada 1357, keenam undang-undang mengenai perompakan yang mempunyai dua versi iaitu satunya siap dicatat pada tahun 1350 dan satu lagi siap dicatat pada tahun 1366, ketujuh undang-undang rampai –rampai yang siap disusun pada 1359 dan terakhir ialah undang-undang suami isteri yang siap disusun pada 1359.

RAJA  TRAILOKNAT
Raja Trailok tidak kurang pentingnya dalam sejarah perundangan kerajaan Ayudhya. Beliau merupakan individu yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan undang-undang Kot Monthien Ban atau lebih dikenali sebagai Undang-undang Istana. Melalui undang-undang ini dinyatakan tentang bilangan negeri-negeri yang tunduk di bawah kerajaan Ayudhya.
Undang-undang ini juga menetapkan jenis-jenis persembahan yang dihantar oleh negeri-negeri yang berada dibawah naungan Ayudhya . Antara jenis persembahan yang dihantar termasuklah bunga emas dan bunga perak. Undang-undang ini turut menentukan taraf anggota istana termasuk permaisuri, puteri raja, jenis-jenis perayaan, upacara tugas pegawai-pegawai dan denda-denda tetap.
8
KEPENTINGAN DARI SEGI EKONOMI
SUKHOTHAI
Dari segi ekonomi, kerajaan Sukhothai menjalankan kegiatan perdagangan, perusahaan tembikar, perikanan dan pertanian. Di dalam buku The Ceramic Wares of Siam, ada dinyatakan bahawa pusat tembikar sudah lama wujud di Sukhothai sebelum munculnya pengaruh China lagi. Hal ini dapat dibuktikan melalui penemuan tapak-tapak membuat tembikar. Tembikar dari Sukhothai suatu ketika dahulu mendapat permintaan tinggi dan dieksport ke luar negara. Selain itu , Sukhothai turut menjalankan aktiviti perdagangan dengan China. Perdagangan dijalankan sekitar abad ke 13-19 dengan menggunakan jong dan tongkang
Raja Ramkhamhaeng menghadiahkan ufti sekali dalam tiga tahun kepada kerajaan China kerana kerajaan China tidak mengenakan cukai terhadap pedagang Siam. Dengan berlakunya aktiviti perdagangan, Raja Ramkhamhaeng telah memperkenalkan sistem matawang iaitu matawang Bullet Coins dan matawang yang menggunakan kulit siput  Kowri.
Menurut buku Coinage of Siam yang ditulis oleh Le May, penduduk utara Sukhothai menggunakan gelang sebagai matawang kerana gelang mudah untuk dibawa bagi mereka yang tinggal di pedalaman . Bagi penduduk sebelah selatan pula, mereka menggunakan Bullet sebagai matawang kerana mudah dibawa ketika menaiki bot. Aktiviti pertanian padi pula berlaku di sekitar lembah Sungai Chao Phraya. Pertanian berjalan dengan rancak kerana tiada cukai yang dikenakan.
Selain pertanian, penduduk Sukhothai turut menjalankan aktiviti ekonomi seperti menternak lembu, ayam, itik dan khinzir.
9
AYUDHYA
Antara kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat di Ayudhya ialah pertanian padi. Ayudhya mempunyai tanah yang subur serta dikelilingi oleh sungai-sungai yang dapat membekalkan sumber air  untuk penanaman padi. Menurut catatan Khaihaikan Chao Krungkao, beras dan ikan adalah merupakan produk ekonomi utama masyarakat Ayudhya. Kegiata perdagangan juga turut berlangsung di Ayudhya sebagai salah satu sumber ekonomi.
Ayudhya menjadi pusat perdagangan barang-barang sama ada untuk dieksport ataupun diimport. Keuntungan yang diperoleh melalui perdagangan akan terus diberi kepada perbendaharaan raja. Raja Ayudhya dikatakan memonopoli perdagangan dalam negara serta dapat mengaut keuntungan yang banyak
Hal ini mendatangkan perasaan cemburu kepada para pedagang luar seterusnya mereka berusaha untuk memusnahkan monopoli raja dalam perdagangan.
Kerajaan Ayudhya juga menjalankan perniagaan dengan kerajaan China dengan menjual kayu wangi dan dibalas dengan sutera dari China. Kerajaan Ayudhya pada masa yang sama telah menunjukkan corak perdagangan dengan menumpukan hasil pengeluaran tempatan seperti hasil hutan yang di dapati dari kawasan takluknya seperti Pagan, Lanna Thai dan Kemboja.



5 Thongchai Winichakul, 1997. Siam Mapped (University of Hawai’I Press,) hlm.16
10
KEPENTINGAN DARI HUBUNGAN LUAR
SUKHOTHAI
RAJA RAMKHAMHAENG
Semasa zaman pemerintahan Raja Ramkhamhaeng, beliau telah menjalinkan hubungan secara langsung dengan China. Hal ini dapat dibuktikan melalui kehadiran seorang wakil bangsa Cina bernama Haw Chow Chi yang tiba di Sukhothai untuk merundingkan perjanjian bagi menamatkan permusuhan antara Siam dan China.
Pada masa yang sama Ramkhamhaeng turut giat mengeratkan hubungan Sukhothai dengan negeri-negeri di sebelah utara seperti Chiengrai dan Phayao. Dalam kitab lama bangsa Thai ada menyebut bahawa Ramkhamhaeng , Raja Mangrai, Khum Ngam Muong iaitu pemerintah Chiengrai dan pemerintah wilayah Phayao pernah bertemu di suatu tempat indah untuk membincangkan satu pakatan persahabatan yang suci. Ramkhamhaeng juga dikatakan menjalinkan hubungan dengan kerajaan Sri Lanka berikutan minat beliau yang mendalam terhadap agama Buddha Theravada.
RAJA LOE TAI
Semasa zaman pemerintahan Loe Tai, beliau pernah menghantar delegasi ke Cua Rao Pass di Indochina untuk menyambut kedatangan Maharaja Dai Viet iaitu Tran Hien Hong yang sedang berkempen menentang kerajaan  Ai-Lao. Hubungan Sukhothai dengan Ceylon iaitu pusat agama Buddha utama juga semakin rapat semasa zaman pemerintahan Loe Tai. Hubungan ini terjalin berikutan keperibadian Loe Tai sendiri yang sangat berminat terhadap agama Buddha.
11
AYUDHYA
RAJA BOROMORAJA 1
Perkembangan hubungan luar telah berlaku semasa zaman pemerintahan Raja Boromoraja 1. Buktinya, semasa pemerintahan Hongwou iaitu Maharaja Dinasti Ming 1,  Raja Boromoraja 1 telah menghantar wakilnya ke sana . Hal ini bertujuan untuk memberitahu bahawa beliau telah mengambil takhta pemerintahan daripada Raja Ramesuen yang tidak cekap dan berwibawa dalam pemerintahan.
RAJA INTHARAJA 1
Semasa zaman pemerintahan Raja Intharaja 1 pula, beliau telah menjalinkan hubungan erat dengan Maharaja China. Beberapa perwakilan telah dihantar oleh Intharaja ke China begitu juga dengan kerajaan China. Sebelum beliau menjadi raja lagi, beliau sudah beberapa kali melawat negara China. Selepas menjadi raja beliau mengekalkan hubungan baik dengan dengan Maharaja Yonglo (Maharaja ketiga dalam Dinasti Ming).
RAJA RAMA THIBODI II
Raja Rama Thibodi II menggunakan dasar liberal semasa era pemeritahannya. Pada zaman pemerintahan beliau, pertama kalinya Siam menjalinkan hubungan luar dengan kuasa Eropah iaitu Portugis. Hal ini terjadi apabila Portugis dapat menawan Melaka pada 1511, lalu wakil Portugis Duerte Fernandez dihantar bagi menghadap Raja Siam untuk menjelaskan keadaan yang berlaku. Selepas dari itu, banyak perwakilan lain yang dihantar ke Siam cotohnya pada tahun 1512 dan 1516 yang diwakili oleh Mirande de Azevado dan Duarte de Coelho. Ayudhya dan Portugis telah memeterai perjanjian yang mana menyebut bahawa orang-orang Portugis dibenarkan tinggal dan menjalankan perniagaan di Ayudhya, Tenasserim, Mergui, Patani dan Ligor.                                           12
KESIMPULAN
Kesimpulanya, Kerajaan Sukhothai mencapai kegemilanganya semasa pemerintahn 3 orang pemerintah terawalnya iaitu Sri Intrarit, Khun Ban Muang dan Rama Khamhaeng. Zaman kegemilangan Sukhothai lebih jelas semmasa pemerintahan Rama Khamhaeng yang melakukan pelbagai perubahan untuk kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. Zaman kejatuhan bermula semasa pemerintahan Lothai ( anak Rama Khamhaeng ) dan seterusnya diambil alih oleh Luthai yang juga memberi tumpuan kepada keagamaan berbanding soal kebajikan negara. Keadaan ini membuka peluang kerajaan Ayudhya untuk muncul sebagai kerajaan kuat di Thailand.  Kerajaan Ayudhya menjadi antara kerajaan yang terawal di asia tenggara. Kerajaan Ayudhya telah berkembang meluas di kawasan asia tenggara sekitar tahun 1347 sehingga tahun 1767. Kerajaan Ayudhya telah memberikan impak dalam beberapa aspek. Asas sistem pemerintahan kerajaan Ayudhya masih digunapakai sehingga hari ini seperti sistem peerintahan dimana Raja Thailand pada hari ini adalah dari keturunan pemerintah Ayudhya.







13
BIBLIOGRAFI

Nik Safiah karim, et. All. 1993. Tatabahasa Dewan, jilid 1 dan 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ooi Keat Gin, 2004. Southeast Asia. United States of America:Data Publicator.

Rosalie Triolo, 1998. A Thai Journey.  Carlton:Curriculum Corporation.

Thongchai Winichakul, 1997. Siam Mapped .University of Hawai’I Press.






jUsT sHaRiNg

No comments:

Post a Comment

Elsa - Disney's Frozen