Sunday, 11 January 2015

perkahwinan

Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yangmembawa perubahan besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyangdapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.   Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatursamada oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untukmemilih pasangan masing-masing. Pada asasnya adat resam perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan. Merisik Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. Masyarakat Cina terlalu mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi,watak dan tingkah laku si gadis. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkanperkahwinan yang berkekalan. Cara merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis. Sebahagian masyarakat Cina lebih gemar mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain. Tradisi makan bersama ini amat penting dalam masyarakat Cina  kerana ia dapat mengeratkan perhubungan di antara kedua belah keluarga. Perbincangan ketika merisik adalah berkenaan perkara-perkara umum terutama tentang latar belakang keluarga dan asal keturunan. Meminang     Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing adat meminang akan dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu pengantin pengantin perempuan pula akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai. Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah. Segala ketetapan yang telah dipersetujui, diberitahu kepada kedua ibu bapa pihak lelaki. Ibubapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan.. Setelah kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan. Bertunang Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Ini penting kerana jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan menghalami kegagalan. Pada masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan . Cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga hari perkahwinan. Bagi membuktikan persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik. Setelah nyen-sang diterima, pihak lelaki akan mengadakan persediaan. Nyen-sang kepunyaan si gadis pula akan diberikepada tukang tilik bersama-sama maklumat yang sama tentang dirinya.Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor. Ketika menentukan hari yang sesuai, tukang tilik membuat ramalan berdasarkan tahun kelahiran kedua pasangan. Setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua keping nyik-kor dandiberikan kepada lelaki dan perempuan yang hendak berkahwin. Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat yang perlu diikuti oleh kedua bakal pengantin merangkumi adat-adat tertentu. Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin perkahwinan atau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Di antara hantarannya ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai. Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan barang hantaran yang cukup kepada pengantin perempuan, sejumlah besar wang tunai akan diberi. Beserta dengan penghantaran mas kahwin, keluarga pengantin perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan dibuat dengan pengantin perempuan. Dalam masyarkat Cina, semakin besar mas kahwin yang diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki.    Majlis Perkahwinan Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki dihias indah. Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayaiwarna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama. Mereka akan diiringioleh pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan diatas pelamin yang telah disediakan diruang tamu. Selepas acara bersanding,pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing. Pengantinlelaki akan memperkenalkan keluarga dan sauadara maranya kepada isterinya dan begitulah sebaliknya. Di samping itu juga kedua pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua masing-masing. Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki. Walau bagaimanapun adat bersanding dan upacara minum teh ini sudah kurang diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini. Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa Ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin. Pada masa yang sama kedua pengantin akan cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli keluarga kedua belah pihak. Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan,pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi. Perbandingan Perkhawinan Cina dan Melayu             Jika dibandingkan dengan perkahwinan orang-orang Melayu terdapat banyak persamaan dan perbezaan yang dapat dilihat dengan jelas. Adat perkahwinan tradisional masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa proses iaitu merisik atau meninjau; upacara peminangan; upacara menghantar tanda; hantaran belanja; menjemput; upacara nikah; berinai besar; hari persandingan; jemput menantu. MERISIK ATAU MENINJAU Permulaan proses perkahwinan ialah merisik atau meninjau. Biasanya dilaksanakan oleh keluarga pihak lelaki, khususnya ibubapa. Setelah teruna dan keluarganya berkenan dengan gadis yang dipilih , usaha merisik dijalankan untuk mengetahui samada gadis itu sudah berpunya atau tidak. Hasil daripada merisik ini akan dibuat rundingan dengan keluarga si teruna. Apabila diketahui sigadis belum berpunya upacara peminangan diaturkan. Proses ini mempunyai persamaan dengan perkahwinan orang-orang Cina. Namun demikian terdapat perbezaan dalam membuat perbincangan. Bagi masyarakat Melayu, mereka lebih gemar berbincang di rumah bakal pengantin perempuan manakala bagi masyarakat Cina, mereka lebih gemar berbincang di kedai makan sahaja. UPACARA PEMINANGAN Meminang si gadis hanya dilakukan bila keluarga sigadis menyatakan persetujuannya. Tugas meminang biasanya dilakukan oleh wakil kedua-dua belah pihak, biasanya ketua-ketua adat dan syarak. Semasa meminang akan ditetapkan tarikh menghantar tanda. Perkara-perkara yang dibincangkan semasa upacara peminangan ialah hantaran belanja, persalinan dan tempoh bertunang. Disesetengah-sesetengah tempat berita pertunangan itu diberitahu kepada seisi kampong oleh Ketua Kampong di masjid ketika mengadakan sembahyang Jumaat. Bagi masyarakat Cina pula, ibu pengantin yang akan berbincang dalam majlis peminangan ini. Tawar-menawar pula tidak dibenarkan dalam masyarakat Cina namun bagi masyarakat Melayu tawar-menawar menjadi satu kebiasaan sekarang ini bergantung kepada kemampuan pengantin lelaki. UPACARA MENGHANTAR TANDA   Semasa upacara menghantar tanda, kebiasaannya sebentuk cincin akan dihantar oleh pihak teruna untuk disarungkan ke jari tunangannya. Menyampai dan menerima cincin itu dilakukan dalam majlis di rumah sigadis. Cincin ini disebut sebagai ‘cincin tanda’. Ia biasanya diiringi juga dengan sebahagian wang hantaran belanja. Tarikh perkahwinan juga dibincangkan bersama. Bagi masyarakat Cina pula mereka bukan sahaja menyarungkan cincin malah memberi sepasang pakaian sebagai tanda jadi. HANTARAN BELANJA Pada tarikh yang dijanjikan upacara menghantar belanja dijalankan. Kedua-dua belah pihak diketuai oleh Ketua Kampong atau Ketua Syarak. Wang hantaran itu biasanya diiringi dengan persalinan untuk sigadis. Ia digubah dalam berbagai bentuk atau dibungkus dalam kain sahaja mengikut adat daerah masing-masing. Iringan yang lain termasuk bunga rampai; sirih junjung atau tepak sireh sahaja; pahar telor merah dan nasi semangat; alat solek; buah-buah atau lain-lain. Bagi masyarakat Cina pula mereka akan menyerahkan wang belanja yang diletakkan di dalam ang pau. MENJEMPUT Waris bakal pengantin ( ayah atau ibu, atau orang yang wajib dan diwakilkan) akan berkunjung ke rumah orang tua-tua di kampong itu untuk membritahu tentang hari perkahwinan itu. Mereka akan membawa tepak sireh dan terus menjemput dan meminta sanak saudara serta sahabat handai datang ke rumahnya bagi mengelolakan majlis itu. Majlis kenduri kahwin dimulakan di rumah pengantin perempuan. Ini tidak diamalkan dalam perkahwinan orang-orang Cina. UPACARA NIKAH Upacara akad nikah dijalankan sebelum upacara berinai besar dan bersanding. Imam mewakili wali perempuan menjadi jurunikah. Dalam upacara ini juga disahkan hantaran dan lain-lain. Mas kahwin disebut samada hutang atau tunai. Mas kahwin akan diserahkan kepada pangantin perempuan dan menjadi haknya. Dari saat ini sahlah mereka menjadi suami isteri. Memandangkan mejoriti masyarakat Cina beragama Buddha maka upacara pernikahan hanya mendaftarkan pernikahan mereka di pejabat pendaftaran sahaja. BERINAI BESAR Kedua pengantin memakai pakaian pengantin. Pengantin lelaki datang ke rumah pengantin perempuan dengan iringan arakan rebana. Upacara berinai didahului oleh pengantin lelaki yang duduk di pelamin. Ahli keluarga akan bergilir-gilir menjalankan upacara itu. Pengantin perempuan akan mengambil tempat selepas pengantin lelaki. Proses ini tidak diamalkan oleh masyarakat Cina. HARI PERSANDINGAN Dihari persandingan, jamuan diadakan secara besar-besaran di rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki serta rombongannya akan diarak dan diiringi dengan selawat dan pukulan rebana dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke rumah pengantin perempuan. Hantaran akan dibawa bersama sekiranya ia belum dihantar terlebih dahulu. Bagi masyarakat Cina mereka akan menempah meja di restoran dan tidak diadakan di rumah. Pakaian persandingan mereka pula amat berbeza dan tema warna bagi perkahwinan orang-orang Cina ialah warna merah. JEMPUT MENANTU Majlis jemput menantu atau ‘menyambut menantu’ diadakan di rumah pengantin lelaki. Pengantin perempuan dijemput datang ke rumah pengantin lelaki biasanya dibuat pada hari ketiga, kelima atau seminggu selepas diadakan majlis persandingan. Proses ini tidak diamalkan oleh masyarkat Cina.             Oleh yang demikian, jika dilihat dari sudut proses perkahwinan, masyarakat Melayu mempunyai lebih banyak proses berbanding masyarakat Cina. Perkahwinan masyarakat Melayu lebih menjurus kepada budaya orang india contohnya berinai dan penggunaan sirih junjung. Perkahwinan masyarakat Cina pula menjurus kepada amalan nenek moyang mereka iaitu dari negara China sendiri. Namun demikian jika dilihat sekarang ini masyarakat Melayu sudah mula menggunakan amalan orang-orang Cina. Contohnya persandingan masyarakat Melayu kini sudah mula di jalankan di hotel-hotel dan restoran-restoran.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

jUsT sHaRiNg

ketaksamaan gender

 ketaksamaan gender bermaksud perbezaan di antara kaum lelaki dan perempuan berdasarkan jantina. Ketidaksamaan ini lebih berfokus kepada kaum wanita, di mana kaum wanita dibezakan dengan kaum lelaki terutamanya dalam bidang pendidikan, peluang pekerjaan dan hak-hak dalam keluarga sehingga membawa kepada gerakan-gerakan feminisme. Terdapat beberapa faktor menyebabkan berlakunya ketidaksamaan gender sehingga memberi kesan kepada kaum wanita. Antara faktor-faktor berlakunya ketidaksamaan gender adalah disebabkan oleh adat dan budaya yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat. Sejak azali lagi kaum wanita sentiasa dipandang rendah. Wanita sentiasa dipinggirkan hak-hak dalam masyarakat. Sebagai contoh amalan Sati yang diamalkan di India di mana setiap balu akan dibakar bersama mayat suaminya. Disebabkan amalan ini, hak-hak wanita telah dinafikan dalam masyarakat India. Selain itu, sifat semula jadi wanita juga adalah faktor ketidaksamaan gender. Wanita sering dikaitkan dengan sifat fizikal yang lemah dan sopan-santun. Hal ini menyebabkan wanita sering ditindas oleh kaum lelaki. Sebagai contoh, berlakunya kes-kes kahwin paksa di mana seorang bapa yang berkuasa dalam keluarga dan tidak memberi peluang kepada anak perempuan dalam membuat keputusan. Kesan ketidaksamaan gender boleh dilihat dari segi pendidikan kaum wanita. Ibu bapa memberi layanan yang berbeza terhadap anak lelaki dan anak perempuan. Anak lelaki dihantar ke sekolah manakala anak perempuan berada di rumah menjalankan kerja-kerja rumah. Hal ini menyebabkan wanita kurang mendapat pendidikan berbanding lelaki. Contohnya, wanita mencatatkan kadar buta huruf paling tinggi berbanding lelaki seperti di Bangladesh. Selain itu, antara kesan lain ialah berlakunya penderaan fizikal dan mental ke atas wanita. Sifat wanita yang lemah menyebabkan lelaki lebih suka wanita berada di bawah penguasaannya. Kaum lelaki sering bertindak sesuka hati dan menjadikan wanita sebagai tempat melepaskan geram. Sebagai contoh wanita sering menjadi mangsa rogol, penderaan seksual dan sebagai tempat melepaskan nafsu semata-mata. Sebagai kesimpulannya, ketidaksamaan gender perlu dihapuskan bagi memelihara hak-hak antara kaum lelaki dan wanita. Pihak kerajaan dan badan-badan NGO berperanan dalam menghapuskan penindasan ke atas kaum wanita. Kaum wanita perlu mendapat kedudukan yang sama seperti kaum lelaki.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
jUsT sHaRiNg

Saturday, 10 January 2015

peranan gender

Peranan gender ialah peranan dan tanggungjawab yang diberikan kepada lelaki dan wanita
yang ditentukan oleh budaya dan politik, yang disosialisasikan dan dipatuhi. Peranan
gender boleh dan memang berubah mengikut peredaran masa, di antara masyarakat dan
budaya, serta akibat dari perubahan sosial, ekonomi dan politik. Peranan gender timbul
dari persepsi sosial tentang perbezaan antara lelaki dan wanita yang menentukan
bagaimana lelaki dan wanita harus berfikir, bertindak dan menunjukkan emosi.
Sementara istilah khusus peranan gender didefinisikan berbeza dalam setiap budaya,
peranan gender biasanya mengandungi ciri-ciri umum tertentu seperti: jangkaan
perwatakan personaliti tertentu (wanita membelai dan tidak berdikari, lelaki asertif dan
berdikari); peranan sosial (lelaki adalah bapa dan pencari rezeki, wanita adalah isteri dan
ibu); dan kedudukan sosial (lelaki ialah askar dan ahli politik, wanita ialah jururawat dan
sukarelawan).
Gender lazimnya dikaitkan dengan peranan dan kedudukan sosial yang berbeza mengikut
zaman dan masyarakat tertentu. Wanita dikatakan lebih cekap dalam pekerjaan seperti
guru sekolah, atau jururawat, kerana kerja-kerja begini melibatkan belaian dan
keprihatinan sebagai ciri-ciri yang dikatakan feminin. Lelaki mungkin dikatakan boleh
menjadi jurutera dan saintis yang lebih baik kerana dilihat sebagai lebih logikal dan
rasional.
Peranan gender mengalami perubahan. Pleck membezakan antara peranan lelaki
tradisional (bercirikan penekanan kepada kekuatan fizikal, ikatan (bonding) yang kuat,
kurang ekspresi emosi dan pendedahan diri, jangkaan menguasai wanita dan kepercayaan
‘double standard’ mengenai aktiviti seksual) dan peranan lelaki yang moden; antaranya
termasuk pencapaian ekonomi, kemahiran intelek dan interpersonal, kelembutan
heteroseksual dan keintiman emosi (Joseph Pleck, 1981)
Batasan tingkah laku dipelajari melalui sosialisasi peranan gender dan dikukuhkan oleh
peraturan institusi.
Magie Richmond-Abbort, dalam bukunya, ‘Masculine and Feminine’, edisi kedua,
menunjukkan bahawa, “sosialisasi di dalam peranan gender berbeza mengikut kitaran
hidup. Ianya bermula pada usia muda, dan kanak-kanak belajar sedikit demi sedikit
meningkatkan tingkah laku stereotaip yang sesuai untuk jantinanya. Mesej budaya yang
memberitahu kanak-kanak tingkah laku bagaimanakah yang sesuai dan sangat kuat
mengukuhkan tindakan yang betul . Dari jangkaan tanpa lisan dan modeling dari ibu bapa
sehingga kepada penonjolan melampau di televisyen dan buku-buku sekolah, mesej budaya
mengenai tingkah laku yang sesuai sukar disanggah. Apabila kanak-kanak memasuki
sekolah dan meninggalkan rumah untuk beberapa jam dalam sehari, kawalan terhadap mesej stereotaip gender mungkin sukar, walau pun bagi ibu bapa yang mahu membesarkan
anak-anak secara tidak stereotaip. Norma rakan sebaya menjadi sangat penting di
peringkat remaja, dan agak sukar bagi remaja perempuan dan lelaki untuk tidak mengikuti
peranan gender tradisional yang telah ditetapkan. Adalah sukar bagi remaja membentuk
identiti diri dalam lingkungan peranan tradisional, dan hanya segelintir yang berani
berbuat sebaliknya. Walau bagaimana pun, terdapat tekanan untuk mengubah norma
rakan sebaya dengan lebih ramai remaja perempuan bersukan dan menjalani latihan dalam
pekerjaan bukan tradisional, dan semakin kurang remaja lelaki bersedia berkorban apa
sahaja untuk pencapaian dan kejayaan”.
Terdapat juga tekanan untuk perubahan yang timbul akibat lamanya status bujang selepas
persekolahan. Apabila wanita mencapai tahap pendidikan yang lebih tinggi, membuat
pelaburan dalam kerjaya, dan kekal bujang lebih lama untuk mencapai cita-citanya,
mereka lebih berkemungkinan menyediakan asas sumber serta minat dan tingkah laku yang
tidak mengikut tradisi. Terdapat juga bukti bahawa perkahwinan menjadi lebih adil
apabila wanita mempunyai lebih kuasa. Wanita lebih berumur apabila mereka berkahwin
dan mungkin taraf pendidikan mereka setanding dengan suami mereka. Lebih ramai
wanita kini bekerja dan mempunyai kuasa dengan menyumbang sumber kepada
perkahwinannya, dan semakin sedikit wanita hilang kuasa dan terikat dengan mempunyai
ramai anak. Walau bagaimana pun, wanita masih bertanggungjawab terhadap kerja-kerja
rumah dan penjagaan anak-anak, dan dwi- bebanan ini menghadkan pencapaian
kerjayanya. Apabila norma membenarkan wanita memegang kuasa yang diperolehi,
terdapat kesetaraan dalam membuat keputusan walau pun tidak berkongsi kerja-kerja
rumah; di mana norma tidak membenarkan wanita memegang kuasa yang diperolehinya,
perhubungan tradisional keluarga mungkin berterusan.
Masa berlalu, tingkah laku peranan gender lelaki dan wanita mungkin berubah. Ramai
wanita hari ini berhenti melahirkan anak pada awal umur empat puluhan, dan memasuki
semula pasaran pekerjaan atau mengejar kerjaya yang lebih mencabar. Wanita begini
mungkin mengubah tingkah laku menjadi asertif, berorientasi kejayaan, dan meningkatnya
kecekapan yang tidak berpeluang dilakukan sebelumnya. Sebaliknya, kerjaya lelaki
mungkin memuncak pada umur pertengahan empat puluhan, dan dengan rangsangan krisis
pertengahan umur, dia mungkin menilai semula apa yang hendak dilakukan terhadap sakibaki
umurnya. Dia mungkin berpaling dari orientasi kejayaan dan menuju ke arah lebih
membelai dan aktiviti yang mendatangkan hasil, sama ada bersama anak-anaknya atau
anak didik di tempat kerjanya. Dia juga lebih menyedari tekanan yang melanda akibat
tidak boleh mengekspresi dirinya, dan ingin memahami perasaannya ketika ini. Kuasa
dalam keluarga berubah apabila wanita berkerjaya tidak mempunyai anak; dan lelaki yang
hampir bersara atau sudah bersara, menghadapi kehilangan peranan pencari rezeki. Di
peringkat tua, wanita dan lelaki mempunyai tingkah laku, aktiviti, dan minat yang sama,
dan lebih banyak tingkah laku yang sama semasa zaman kanak-kanak dahulu.
Jelas terdapat perkembangan gender mengikut kitaran hidup, bermula dari peranan yang
tidak berbeza semasa kanak-kanak, kemudian menjadi ketara bezanya di peringkat remaja
dan awal dewasa, kembali semula kepada tingkah laku yang tidak berbeza di pertengahan
dan peringkat tua. Proses ini boleh dipercepatkan sehingga peranan gender tidak banyak
berbeza.
Begitu juga bermula dari saat kelahiran, keluarga dan masyarakat menekankan peranan
gender yang sesuai kepada kanak-kanak perempuan dan lelaki. Ciri-ciri seperti berdikari,
bercita-cita , agresif, berjaya, membuat keputusan, dan sebagainya dianggap maskulin,
sedangkan kelembutan, murah hati, keprihatinan, pasif, pengikut, dan sebagainya
dianggap feminin. Sosialisasi peranan ini menjadi lebih ketara di peringkat remaja. Di peringkat remaja, lelaki lebih menunjukkan tingkah laku agresif, sementara wanita
tidak menunjukkannya, dan kerap kali memendamnya sehingga mengakibatkan harga diri
yang rendah. Remaja lelaki biasanya diberikan galakan membina harga diri manakala
wanita kurang diberi galakan, sama ada dari ibu bapa, guru atau masyarakat. Wanita lebih
terdedah kepada lebih banyak bentuk gangguan seksual di rumah, di sekolah dan di tempat
awam dan membuatkan mereka merasakan persekitarannya begitu memusuhinya. Jelaslah
banyak lagi perlu dilakukan untuk memastikan remaja perempuan dan lelaki mempunyai
peluang yang setara untuk menikmati pelbagai pendidikan dalam persekitaran yang
menyokong, yang akan menawarkan mereka kemahiran, harga diri dan keyakinan untuk
bahagia dan berjaya dalam hidup mereka.
Untuk memahami lebih mendalam lagi mengenai hubungan antara peranan gender dan
stereotaip gender, perhatikan adegan berikut:
- Siapa menjaga anak-anak apabila mereka sakit?
- Siapa menjalankan kerja-kerja membaik pulih di rumah?
- Jika kanak-kanak lelaki menangis di sekolah, adakah dia dilayan sama seperti kanakkanak
perempuan yang menangis?
- Adakah kanak-kanak lelaki dan perempuan melakukan kerja-kerja yang berbeza di bilik
darjah, contohnya, menyapu lantai, memadam papan hitam, mengelap meja dan
membunyikan loceng?
- Adakah pasukan sukan lelaki dan perempuan dianggap sama penting di sekolah?
- Adakah lelaki dan perempuan sama-sama digalakkan melakukan kerja-kerja yang
mencabar, terutama kerja-kerja yang memerlukan kemahiran teknikal?
jUsT sHaRiNg

Friday, 9 January 2015

LGBT

a.    Homoseksual – adalah merujuk kepada seseorang individu yang tertarik atau mempunyai kecenderungan dari segi seks kepada orang yang sama jenis jantina;

b.    Gay – merujuk kepada lelaki yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, iaitu homoseksual;

c.    Lesbian – merujuk kepada perempuan yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, iaitu perempuan homoseksual;

d.    Biseksual – kecenderungan untuk melakukan hubungan seks dengan kedua-dua jantina iaitu lelaki dan wanita

e.    Transeksual – seseorang lelaki atau perempuan yang berperasaan seperti perempuan atau sebaliknya dan menampilkan perasaannya secara nyata sama ada melalui pertuturan, gerak badan, cara berpakaian dan sebagainya


  1.  Takrifan LGBT Dari Sudut Sains Sosial
  2. Menurut Lerner di dalam bukunya “Genders Issues and Sexuality” telah menghuraikan bahawa golongan LBGT atau lebih dikenali sebagai golongan“transgendereds” dan “transsexual” ialah individu atau kumpulan individu yang mengalami ketidakstabilan jantina dan kerumitan seksualiti. Golongan ini menganggap bahawa identiti jantina mereka adalah sepatutnya berbeza daripada apa yang sepadan dengan alat seks mereka secara fisiologi. [3]

  3. Menurut Lerner lagi, golongan “transgendereds” dan “transsexual” ini sering merasakan jika mereka seorang perempuan, mereka sepatutnya adalah lelaki. Jika mereka seorang lelaki, maka mereka sepatutnya adalah seorang perempuan. Golongan ini juga seringkali mengalami masalah untuk bersosial kerana stigma pemikiran masyarakat terhadap mereka yang beranggap bahawa mereka menjalani kehidupan secara songsang. [4]

  4. Laporan yang dikeluarkan oleh Bailey & Benishay pada tahun 1993[5], gejala homoseksual selalunya bermula dirumah. Berikutan dengan itu, ia selalunya berlaku kepada pasangan kembar seiras berbanding dengan kembar tidak seiras. Kajian tersebut juga mendedahkan bahawa anak yang bongsu adalah lebih cenderung kepada masalah “transgendereds” ataupun “transsexual”berbanding dengan anak sulung di dalam keluarga.

  5. 2.1       Punca-Punca Berlakunya Masalah LGBT
  6. a)    Biologi
  7. Homoseksual adalah keadaan pernyataan perasaan yang semulajadi menyebabkan seseorang itu mempunyai nafsu terhadap kaum sejenis. Perasaan dan nafsu tersebut terhasil disebabkan oleh bahan kimia dan hormon yang dikeluarkan dalam badan (luar kawalan). Pendapat ini masih lagi dalam perbincangan dan tidak dapat dibuktikan secara menyeluruh oleh pakar dalam bidang ini.

  8. Terdapat juga teori bahawa aturan kelahiran menentukan sama ada seseorang homoseksual atau tidak. Suatu kajian oleh Ray Blanchard memperolehi data bahawa semakin bongsu seseorang anak, semakin besar kemungkinan dia homoseksual. Alasan-alasan di belakang pemerhatian ini belum ditentukan. Ianya dipercayai bahawa dengan setiap kehamilan, badan ibu mempunyai lebih hormon androgen yang boleh mempengaruhi orientasi seksual seseorang anak. [6]

  9. Alasan ini disokong oleh pemerhatian bahawa hanya anak-anak lelaki yang lebih bongsu, dan bukan anak-anak perempuan yang lebih bongsu, yang menunjukkan kemungkinan yang lebih besar untuk menjadi homoseksual. Alasan sosial bahawa adik-adik bongsu mungkin dipengaruhi oleh abang-abang mereka disangkal kerana apabila eksperimen ini dijalankan dengan anak-anak angkat, kemungkinan anak-anak angkat merupai homoseksual tidak menjadi apabila mereka semakin besar.

  10. b)     Dorongan individu
  11. Rentetan dari proses pembelajaran sewaktu kecil. Umpamanya seorang ibu yang amat teringin untuk mempunyai seorang anak perempuan tetapi sebaliknya mempunyai bayi lelaki. Bayi lelaki ini semenjak dia kecil dipakaikan dengan pakaian seorang perempuan, diberi permainan kanak-kanak perempuan, berambut panjang dan dilayan sebagai seorang kanak-kanak perempuan. Proses ini akan membentuk kepercayaan di dalam dirinya bahawa dia yang seorang lelaki adalah merupakan seorang perempuan. Apabila dia dewasa, beliau akan mengalami kecelaruan identiti lalu merasakan bahawa dirinya adalah terperangkap di dalam tubuh seorang lelaki.

  12. c)    Trauma Masa Lampau/Kanak-Kanak
  13. Apabila seseorang mengalami trauma masa lampau yang sangat teruk, akan mendorong mereka tidak menyukai jantina yang berbeza dengan mereka. Sebagai contohnya ialah mangsa pemerkosaan. Menurut laporan Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan jumlah kes rogol yang melibatkan mangsa bawah umur adalah lebih tinggi bagi tempoh 2000 hingga 2010 berbanding kes yang melibatkan mangsa bukan bawah umur. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, bagi tempoh lima tahun sejak 2005, sebanyak 9,575 kes rogol melibatkan mangsa di bawah umur direkodkan oleh PDRM.[7]

  14. Penulis berpendapat bahawa jika mangsa rogol iaitu daripada aspek hubungan sumbang mahram (inses) di antara bapa (termasuklah saudara mara lelaki) dengan kanak-kanak perempuan akan menimbulkan berkurangnya rasa kepercayaan terhadap bapa (atau saudara mara lelaki). Ini kerana orang yang sepatutnya menjaga dan memelihara mereka dengan penuh kasih sayang telah merogol dan merosakkan kehormatan mereka.  Rasa ketidakpercayaan ini akan boleh menyebabkan kanak-kanak perempuan cederung untuk menjadi seorang lesbian. Pendapat  penulis ini adalah konsisten dengan Prof Madya Dr. Harlina Halizah Siraj, Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan HUKM[8]bahawa hubungan di antara bapa dan anak-anak juga boleh menjadi faktor penyebab kepada gejala LGBT ini.

  15. Sebaliknya bagi kanak-kanak lelaki yang tidak mendapat kasih sayang bapa kerana terlalu sibuk bekerja, anak-anak lelaki ini  akan bersama ibu dalam tempoh masa yang panjang berbanding dengan bapa. Ini akan mewujudkan kanak-kanak lelaki tersebut rasa kurang percaya pada potensi seksual yang ada pada diri sendiri. Selain itu tarikan individu terhadap homoseksual, menjadi keinginan perasaan yang menyetujui untuk mendominasi hawa nafsu. Harga diri tidak boleh diperolehi dari hubungan lain. Ketakutan pada kaum bertentangan jenis menyebabkan tindak-balas erotik yang pasif. [9]

  16. d)    Peluang dan ruang
  17. Dewasa ini terlalu banyak peluang dan ruang untuk anak-anak muda untuk terjerumus ke dalam gejala LGBT. Pembangunan berbentuk material yang pesat di ibu kota terutama di kawasan Bukit Bintang dengan kemudahan hotel-hotel, pusat membeli belah, SPA, kelab-kelab malam (termasuklah kelab malam untuk golongan gay) dengan mengadakan perniagaan hingga ke awal pagi menyebabkan banyak wujudnya ruang dan peluang kepada golongan remaja dan belia terjebak dengan najis dadah, pelacuran serta termasuklah gejala LGBT ini. [10]


  18. e)    Pendidikan Seks Yang Salah
  19. Faktor pendidikan seks yang salah ini memerlukan susunan ayat yang tepat kerana dibimbangi sebarang salah faham akan menjadi sumber fitnah kepada diri saya sendiri. Ibubapa perlu memberikan didikan seks yang betul kepada anak-anak mereka. Maksud betul di sini ialah seorang anak lelaki dididik agar cenderung dan minat kepada perempuan dan demikianlah sebaliknya terhadap anak perempuan. Pada waktu yang sama, anak-anak dididik cara perhubungan yang betul agar tidak terjadi sesuatu yang dilarang oleh agama. Islam menuntut hubungan seksual antara lelaki dan wanita (heteroseksual) dan hubungan ini ada syarat-syaratnya. Kesongsangan berlaku apabila anak-anak dididik seolah-olah semua hubungan antara lelaki dan wanita adalah haram. Didikan yang melampaui batas inilah yang menyebabkan anak-anak membesar dengan kecenderungan seks yang berlawanan dari fitrah ciptaan mereka. Penyelesaian kepada punca ini tidak sahaja disandarkan kepada proses pendidikan ibubapa, tetapi meluas kepada para penjaga, guru, pensyarah, penceramah, peranan masjid dan masyarakat.


  20. f)     Salah Faham Terhadap Takdir
  21. Ramai dikalangan pengamal LGBT apabila ditegur tentang kecenderungan jantina dan seksual yang berlawanan dari fitrah manusia, ada yang menjawab bahawa itu adalah takdir Allah ke atas diri mereka dan mereka redha terhadapnya. Ini adalah kefahaman yang salah terhadap takdir. Ketahuilah bahawa keredhaan terhadap takdir yang tidak disukai oleh Allah SWT pada ukuran manusia terbahagi kepada dua kategori iaitu:

  22.                                               i.        Kategori pertama adalah takdir yang berupa musibah seperti penyakit dan kemiskinan. Maka kita dianjurkan untuk redha dan pada waktu yang sama berusaha untuk mencari takdir lain yang lebih baik, seperti kesembuhan dari penyakit dan kecukupan sesudah kemiskinan.

  23.                                              ii.        Kategori kedua ialah takdir yang berupa sesuatu yang dilarang oleh agama, seperti kecenderungan jantina dan seks yang berlawanan dari fitrah manusia. Maka tidak ada dalil yang menganjurkan kita untuk redha dengannya. Sebaliknya semua dalil-dalil agama mewajibkan kita untuk membencinya dan berusaha ke arah takdir yang selari dengan tuntutan agama.



  24. g)    Media Electronic dan ICT
  25. Teknologi moden dan media terkini seperti televisyen, CD, video, sistem audio, komputer, modem, video kamera dan telefon bimbit mempunyai kesan yang besar terhadap masyarakat. Internet adalah salah satu daripada media canggih yang mana semakin ramai orang menggunakannya dengan harganya yang semakin murah dan kemudahan capaian produk-produk teknologikal seperti komputer, modem, video kamera dan telefon bimbit kebanyakannya kini dilengkapi dengan capaian Internet.

  26. Di Malaysia, sepanjang tahun 2009, jumlah pengguna Internet adalah seramai 16,902,600 pengguna berbanding tahun 2000, hanya sekitar 3,700,000 pengguna daripada populasi masyarakat Malaysia yang mencecah 26,160,256 orang. Ringkasnya, peratusan peningkatan pengguna Internet sejak tahun 2000 hingga 2009, jumlahnya adalah 356.8%[11]. Berdasarkan data daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, pengguna Internet di rumah sahaja telahpun mencapai lebih 2.5 juta pengguna. Daripada statistik yang dikemukakan oleh sumber yang sama, pengguna Internet di rumah pada tahun 2008 adalah seramai 51.9% lelaki dan 48.1% wanita. Kategori umur dewasa iaitu yang berumur 20 hingga melebihi 50 tahun adalah sebanyak 75.3% manakala umur 19 dan kebawah adalah 24.7%. Seramai 55% pengguna adalah belum berkahwin manakala 44.3% telah berkahwin. Kebanyakan pengguna telah bekerja (51.5%)[12].

  27. Data ini menunjukkan penggunaan Internet yang sangat meluas di negara Malaysia. Perkataan ‘seks’ adalah merupakan salah satu daripada topik yang paling digemari untuk dilayari di Internet[13]. Dijangkakan sebanyak 4.2 juta (12%) daripada kesemua laman web dalam Internet adalah yang berunsurkan seks/lucah atau pornografi, di mana 25% daripada jumlah tersebut adalah hangat terutamanya di kalangan golongan muda di Malaysia[14]. Ternyata walaupun dari segi peratusannya nampak kecil, tetapi, jika dilihat dari segi hakikatnya, ia adalah jumlah yang agak membimbangkan. Berdasarkan kajian lepas, daripada 31% golongan yang melayari laman web berunsurkan lucah, 5.5% menunjukkan ciri-ciri ketagihan manakala 17% adalah berisiko untuk menjadi ketagih.

  28. Menurut statistik yang diperolehi melalui Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (2010), kekerapan penggunaan Internet di rumah yang melebih 15 jam adalah 29.6%. Angka ini perlu dikaji untuk menilai samada wujud masalah ketagihan Internet, khususnya seks siber, dalam kalangan pengguna.


  29.  Kesan Keburukan Dan Bahaya Dalam Masyarakat
  30. Kesan yang paling ketara kepada pengamal hubungan sesama sejenis ini ialah seperti berikut:

  31. a.    Penyakit HIV AIDS
  32. Penyakit AIDS mulai menjadi tumpuan ramai apabila pada 5 Jun1981doktor mulai mengambarkan wabak paru-paru berair yang biasanya sukar terjadi, yang menular dikalangan lima orang homoseksual di Los Angeles. Semenjak itu, AIDS dan homoseksual menjadi bagaikan seerti. Pada awal-awal penyakit merebak, San Francisco merupakan kawasan gay paling teruk dijangkiti, di mana hampir separuh daripada populasi homoseksualnya telah dijangkiti.[19]

  33. Kini selepas penurunan kadar jangkitan AIDS dalam kalangan homoseksual pada tahun-tahun kebelakangan, peningkatan jangkitan AIDS kembali meningkat dalam kalangan gay melalui tempat mandi umum, tempat popular bagi kalangan gay mencari seksual bebas, kini menjadi tempat utama penyebaran AIDS dalam kalangan homoseksual. [20]


  34. b.    Penyakit Siflis
  35. Antara penyakit lain kerana aktiviti seks yang songsang ialah penyakit siflis.   Penyakit jangkitan seks mempengaruhi organ seks dan juga organ  lain.  Gonorea dan sifilis ialah penyakit seks yang paling biasa.  AIDS ialah penyakit yang paling berbahaya kerana masih tiada penawar. Penyakit jangkitan seks juga dikenali sebagai penyakit kelamin atau venereal (VD – Venereal Disease). Penyakit jangkitan seks telah mencapai taraf epidemic. Sifilis dan gonorea mempunyai bilangan kes yang paling tinggi  antara penyakit berjangkit yang  dilaporkan.  Walau bagaimanapun bilangan kes sebenar dianggarkan tiga hingga lima kali ganda bilangan kes yang dilaporkan.[21]


  36. c.    Timbul Masalah Kecelaruan Dalam Hubungan Keluarga
  37. Jika kita meneliti masalah LGBT di negara-negara barat yang membenarkan perkahwinan sesama sejenis[22], terdapat masalah kecelaruan dalam hubungan keluarga. Ini kerana bagi wanita yang berkahwin dengan wanita, mereka tidak boleh melahirkan anak kerana tiada sperma. Bagi lelaki yang berkahwin sesama lelaki juga turut mengalami masalah yang sama kerana tiada telur untuk mengandung. Untuk menyelesaikan masalah mendapatkan anak, mereka memilih untuk mengadakan persemanian beradas untuk mendapatkan anak. Kaedah ini amat bertentangan dengan syariah Islamiah kerana kita tidak dapat menentukan kesahihan nasab keturunan.

  38. Rentetan dari itu, timbul pula pelbagai masalah kerana matlamat rumahtangga yang kabur. Islam menggalakkan perkahwinan kerana untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT, mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW, mengawal hawa nafsu dengan cara yang halal, mengembangkan zuriat keturunan dengan cara pernikahan yang sah disisi syarak. Perbuatan perkahwinan sesama sejenis ini bukan sahaja dilaknat oleh Allah SWT, malahan bertengangan dengan fitrah manusia itu sendiri.  



jUsT sHaRiNg

pengenalan gender..hmm

    Pentakrifan Gender
Apakah perbezaan antara istilah ‘seks’ dan ‘gender’ dalam kerangka yang dikemukakan oleh PBB? Seks merujuk kepada perbezaan secara biologi  di antara lelaki dan wanita, Manakala gender membawa maksud peranan sosial lelaki dan wanita dalam sesuatu budaya dan masyarakat. Oleh itu peranan gender akan terbentuk dengan dipengaruhi  oleh satu proses sosialisasi yang kompleks dan mungkin berbeza-beza mengikut keadaan adat dan budaya. Ia ditentukan oleh sikap, kepercayaan dan tingkah laku yang sepadan dengan apa yang dianggap sebagai kelakian dan kewanitaan ideal. Maka gender bergantung kepada interpretasi tentang tingkah laku yang sesuai bagi wanita dan lelaki dalam sesuatu budaya. Oleh kerana peranan gender boleh dibentuk maka ia juga boleh diubah dan dibentuk semula untuk mewujudkan keadaan yang lebih adil dan saksama di antara lelaki dan wanita. Maka, kesamaan gender apabila disebut dalam konteks pembangunan wanita membawa maksud menghapuskan apa-apa rintangan yang dikenakan kepada mereka berdasarkan definisi budaya tentang peranan mereka dalam masyarakat.

3.2        Pendekatan terhadap Kesamaan Gender
Ada tiga pendekatan terhadap kesamaan gender:
(1)   Kaedah Formal/Persamaan: dalam kaedah ini, lelaki dan wanita dianggap sama maka hendaklah mereka dilayani dengan cara yang sama tanpa mengambilkira perbezaan biologi atau gender di antara mereka. Kaedah ini boleh membebankan wanita kerana ia ‘buta gender’ dan kaum wanita terpaksa mengikut standad lelaki walaupun keadaan sosial dan ekonomi mereka tidak sama.
(2)   Kaedah Melindungi: kaedah ini mengiktiraf perbezaan antara lelaki dan wanita dengan menghalang wanita daripada beberapa bidang dengan alasan untuk ‘melindungi mereka’. Walaupun ia seolah-olah satu kebaikan tetapi kaedah ini berasaskan nilai gender negatif terhadap wanita dengan mengandaikan bahawa mereka adalah kaum yang lemah.
(3)   Kaedah Persamaan Substantif: pendekatan ini mengiktiraf perbezaan di antara lelaki dan wanita tetapi menekankan perlu ada persamaan di antara mereka. Ini adalah pendekatan yang digunakan dalam CEDAW iaitu ia memerlukan penghasilan yang sama bukan layanan yang sama (equal outcomes rather than equal treatment).Persamaan yang dituntut adalah dalam bentuk (i) peluang dan capaian yang sama dan (ii) hasil yang sama.
3.3        Kepentingan Kesamaan Gender
Ada tiga sebab kenapa gender dan kesamaan gender adalah penting untuk pembangunan, iaitu
(1)   Ketidaksamaan gender merupakan ketidaksamaan yang selalu didapati di semua masyarakat serata dunia.
(2)   Ketidaksamaan gender boleh berlaku dalam suatu masyarakat tanpa mengira latar belakang sosio-ekonomi iaitu sama ada dalam kumpulan yang kaya, miskin, bangsa yang dominan atau bangsa yang dianggap bawahan.
(3)   Wanita mempunyai tanggung jawab dalam aktiviti ekonomi dan penjagaan manusia.  Maka perlu ada satu kesepaduan di antara pembangunan ekonomi dan pembangunan manusia. Wanita menjadi mangsa utama jika kedua-dua perkara ini celaru dan bertentangan.
3.4       Beberapa rumusan ringkas
(1)   Walaupun menggunakan teori gender bukan menunjukkan feminisma tetapi analisa terhadap penindasan wanita yang menggunakan asas ketidaksamaan gender itu adalah hasil daripada kerangka pemikiran feminisma. Setiap  pendekatan yang diutarakan di atas merupakan hasil pemikiran teori-teori feminisma. Walaupun feminisma itu juga mempunyai berbagai aliran tetapi ia sepakat dalam perkara ini.
(2)   Apa yang ditulis dalam Bahagian 3 ini merupakan sedutan daripada dokumen resmi PBB dan memberikan pentakrifan tentang kesamaan gender. Jelas sekali pemikiran feminisma telah menjadi aliran pemikiran perdana dalam isu gender.
(3)   Dalam maksud, ‘gender equity’ dan gender equality’ mungkin berbeza tetapi apabila disandarkan kepada kaedah Substantive Equality maka dalam penggunaan kedua-duanya membawa maksud yang sama.

jUsT sHaRiNg

gender

“Perubahan perkongsian berasaskan kesetaraan di antara wanita dan lelaki adalah suatu
keadaan untuk pembangunan yang boleh bertahan yang berpaksikan manusia .”
Mission Stateament, Platform for Action, Fourth World Conference on Women,1995.
Pembangunan yang boleh bertahan tidak boleh wujud tanpa penglibatan penuh dan setara
dari kedua-dua wanita dan lelaki dalam kehidupan awam, budaya, ekonomi, politik dan
sosial.
Di kalangan keluarga, pembahagian berasaskan gender perlu dihapuskan sekiranya
pencapaian mutu hidup merupakan matlamatnya. Anjakan paradigma psikologi perlu
untuk menyedari dan mengakui bahawa ibu dan bapa, isteri dan suami, perlu berkongsi
peranan, tanggungjawab dan tugas keluarga., untuk menghasilkan individu yang bermutu
dan meningkatkan mutu hidup keluarga.
Keluarga dwi-kerja juga kian meningkat bilangannya. Ini juga memerlukan perkongsian
setara dalam tugas dan tanggungjawab antara pasangan. Polisi pekerjaan dan
perkhidmatan sokongan keluarga di tempat kerja yang berbentuk peka-gender, dapat
memastikan produktiviti yang lebih tinggi dan meningkatkan semangat serta penglibatan
kakitangan.
Ketidaksetaraan antara wanita dan lelaki masih lagi wujud dalam perkongsian kuasa dan
membuat keputusan di semua peringkat. Wanita merupakan separuh daripada jumlah
penduduk dunia, tetapi mempunyai kurang dari 10% perwakilan dalam jawatan eksekutif
yang berkuasa. Penglibatan setara dan sepenuhnya oleh kedua-dua wanita dan lelaki
dalam jawatan tinggi, terutama dalam politik, struktur pentadbiran awam dan swasta,
sudah tentunya menyumbang ke arah pembentukan dan perlaksanaan polisi yang lebih baik
untuk masyarakat yang peka-gender.
[Disesuaikan dari Pakej Latihan untuk Jurulatih – Kepekaan Gender dan Perspektif Gender
Dalam Perancangan Pembangunan – Bahagian Hal Ehwal Wanita (HAWA)]
Adakah perkongsian yang diubah berasaskan kesetaraan, mengakibatkan kitaran tidak
sihat bagi lelaki membuktikan kelelakian mereka? Adakah kelelakaian masih digunakan
sebagai kayu pengukur untuk segala-galanya? Jelaslah bahawa ciri-ciri yang dikatakan
milik lelaki lebih nilainya berbanding ciri-ciri feminin.
Kanak-kanak perempuan dan lelaki adalah peserta yang setara dalam semua aspek
kehidupan manusia. Mereka perlu diberi peluang yang setara dan persekitaran yang
menyokong untuk membolehkan mereka memilih sikap, perasaan dan tingkah laku yang
paling serasi, yang menjurus kepada perkongsian tanggungjawab. Kanak-kanak perempuan
dan lelaki seharusnya mula berkongsi tanggungjawab dan memecahkan stereotaip
tradisional yang menghalang pertumbuhan dan perkembangan optimum potensi diri
mereka, dan penglibatan dalam semua aspek kehidupan sama ada di rumah, di sekolah
atau dalam masyarakat. BACAAN TAMBAHAN
PJ/3
‘Gender Role’ oleh Dr Eliza Lee
Pensyarah, Jabatan Kerajaan dan Pentadbiran Awam
The Chinese University of Hong Kong
[Dipetik dengan izin, Family Life Education Handbook for Teachers, 2nd Edition 1995,
The Family Planning Association of Hong Kong]
• Pengenalan
Mengkategorikan manusia kepada lelaki dan wanita dewasa, kanak-kanak lelaki dan
perempuan, dianggap sebagai semulajadi yang ditentukan oleh biologi. Namun demikian,
kajian dalam tempoh 2 dekad yang lalu dalam bidang sains semulajadi dan sosial telah
menarik perhatian terhadap peranan sosial, budaya, ekonomi yang begitu banyak mahupun
proses politik yang membentuk gender. Dari satu sudut, kita tidak dilahirkan tetapi
disosialisasikan untuk menjadi kanak-kanak lelaki atau perempuan, wanita dan lelaki
dewasa. Artikel ini akan memperkenalkan sebahagian dapatan mengenai pembentukan
sosial gender dan implikasinya terhadap kesetaraan gender.
• Membezakan antara Jantina dan Gender
Kini adalah biasa membezakan antara “jantina” dan “gender”. Jantina lelaki dan wanita
adalah berlainan mengikut perbezaan biologi, termasuk anatomi, struktur fisiologi,
hormon, kromosom dan sebagainya. Gender maskulin dan feminin merujuk kepada aspekaspek
psikologi, sosial dan budaya. Paling penting, kita sering menganggap perbezaan
psikologi atau ciri-ciri tingkah laku antara dua gender ini ditentukan oleh biologi, tetapi
kajian mengenai gender akhir-akhir ini secara umumnya merumuskan bahawa tidak ada
kaitan semulajadi antara perbezaan biologi dan penghasilan gender yang terjadi. Malahan
dapatan antropologi menunjukkan banyak variasi dalam gender dan tanggapan gender yang
merentasi budaya.
• Peranan Gender dan Stereotaip Jantina
Peranan gender merangkumi peraturan dan norma budaya yang pasti yang menentukan
bagaimana ahli satu-satu jantina dijangka berfikir dan bertindak. Jangkaan peranan
gender diterima secara subjektif dan dikongsi bersama oleh semua ahli sesebuah budaya.
Dengan itu, ianya juga menentukan perhubungan gender dengan menggariskan cara
bagaimana kedua-dua jantina boleh dan patut berinteraksi.
Gender maskulin dan feminin yang kita ketahui dalam budaya kita dikenali melalui gaya
berpakaian yang berbeza, tingkah laku, dan aktiviti yang dilakukan. Jangkaan identiti dan
peranan gender merupakan paksi terhadap erti diri, mengetahui dan merasakan, siapa
kita sebenarnya dan siapa sepatutnya kita ini. Rumusannya, “kanak-kanak yang memiliki
struktur anatomi tertentu disosialisasikan atau diajar berfikir, merasa, dan bertindak
mengikut cara yang dianggap semulajadi, moral yang sesuai, dan dikehendaki dari jantina
tersebut”. (Richardson, 1988, m.s 7)
Penyelidik di Barat telah menunjukkan bahawa stereotaip jantina adalah kekal kerana
manusia secara konsisten mengaitkan sekumpulan ciri-ciri dengan stereotiap gender.
Menjadi maskulin dikaitkan dengan aktiviti, bersifat kembara, dominan, berwibawa, kuat, rasional, objektif, berdikari dan sebagainya; menjadi feminin dikaitkan dengan
kepatuhan, bertaraf rendah, tidak berdikari, lemah, beremosi, membelai, menyerah dan
sebagainya. Lebih penting lagi, ciri-ciri maskulin diterima secara sosial sebagai norma dan
yang diingini untuk tingkah laku dewasa yang matang; ciri-ciri feminin ialah penyimpangan
dari norma dan kurang diingini (Rosenkrantz et al, 1968, Broverman et, al., 1970). Ini
mengakibatkan situasi konflik peranan bagi wanita khususnya:
bagi wanita, untuk ditimbangkan sebagai matang dan sihat dalam budaya ini, dia mesti
bertingkah laku secara yang tidak diingini dan kurang matang bagi dewasa yang cekap.
Jelas wujud situasi konflik di kalangan wanita yang dibentuk oleh budaya. Jika mereka
memilih bertindak secara dewasa yang lebih diterima oleh budaya mereka, mereka
mengambil risiko keadaan femininnya dipersoalkan. Jika sekiranya mereka memilih
bertindak secara feminin yang telah digariskan, mereka dilayan sebagai dewasa
(Richardson, 1988. P.10).
• Perkembangan Personaliti Maskulin dan Feminin
− Diri “Individu” dan Diri “Perhubungan (relational)”
Pengkaji feminis dalam tahun-tahun akhir ini mempunyai teori lanjutan yang menjelaskan
perbezaan perkembangan personaliti maskulin dan feminin. Pengkaji-pengkaji awal
seperti Nancy Chodorow (1993) dan Carol Gilligan (1982) menunjukkan hubungan dan
keintiman interpersonal yang mengatur secara mendalam pengalaman wanita. Chodorow
menyatakan sebaliknya iaitu “dalam mana-mana masyarakat, personaliti feminin
mendefinisikan dirinya melalui hubungan dan rangkaian dengan orang lain lebih dari
personaliti maskulin. (dalam istilah psikoanalitik, wanita kurang keindividuan berbanding
lelaki; mereka mempunyai lebih batasan ego yang boleh dilentur.)” (1993, p.83).
Chodorow menyifatkan perbezaan yang umum dan hampir sejagat antara jantina sehingga
wanita dianggap sebagai penjaga (caretaker) mengikut peraturan budaya meraka. Dana
Crowley Jack menyatakannya semula:
Membentuk identiti gender yang berkait dengan penjaga wanita memaksa kanak-kanak
lelaki berpisah dari sifat feminin dan mentafsirkan maskulin melalui perbezaan; untuk
menjadi lelaki (male) ialah sebahagiannya menjadi bukan wanita (female). Bagi
kanak-kanak perempuan, proses membentuk identiti gender tidak memerlukan
pemisahan yang serupa dari penjaga mereka. Anak perempuan membawa ke peringkat
remaja dan dewasa lebih banyak aspek perhubungan asal dan yang begitu rapat,
sedangkan anak lelaki mesti melepaskan perhubungan rapat untuk membentuk identiti
gender berasaskan pengasingan dari ibunya…dari perhubungan primer dengan ibu,
identiti gender wanita terbentuk berasaskan pertalian yang berterusan, identiti gender
lelaki berasaskan pengasingan
(1991, p.12).
Chodorow merumuskan bahawa hasil dari perbezaan antara hubungan ibu-anak
perempuan dan ibu-anak lelaki, terdapat beberapa perbezaan yang penting dalam
pembentukan identiti gender maskulin dan feminin. Dalam mencapai identiti gender
maskulin, pertama, keadaan maskulin merupakan isu bermasalah yang berterusan bagi
anak lelaki. Kedua, ianya melibatkan penafian ikatan atau perhubungan, terutama apa
yang dia sifatkan sebagai pergantungan atau keperluan terhadap orang lain, perbezaan
dirinya dari orang lain. Ketiga, ianya melibatkan penekanan dan merendahkan
keadaan feminin…Akhirnya, identifikasi dengan bapa tidak selalunya dibentuk dalam keadaan perhubungan mesra yang memuaskan, tetapi merangkumi usaha untuk
memasukkan dan mempelajari komponen-komponen peranan yang belum lagi mereka
fahami.
Sebaliknya, dalam perkembangan identiti gender kanak-kanak perempuan, keadaan
feminin dan aktiviti peranan wanita mudah difahami dalam dunia sehariannya. Identiti
peranan terakhir ialah dengan ibunya dan wanita…..oleh kerana ibunya berada di
sisinya, dan dia telah mengadakan hubungan dengan ibunya sebagai individu, gender
dan identiti peranan gender kanak-kanak perempuan berlaku melalui dan bergantung
kepada hubungan mesra sebenar (Chodorow, 1993 p.86).
Sepanjang peringkat kanak-kanak, ibu bapa cenderung tidak menggalakkan ekspresi
keperluan ikatan di kalangan anak lelaki, sementara anak perempuan dibenarkan bermesra
dan menunjukkannya, mengukuhkan lagi sifat berdikari anak lelaki dan sifat mengasihi di
kalangan anak perempuan. Ini bermakna anak lelaki dibesarkan untuk menghargai
autonomi dan keindividuan, sementara anak perempuan melihat kejayaan dalam hubungan
interpersonal dan pencapaian keintiman sebagai inti terhadap dirinya. Anak lelaki
mempunyai ‘individuated sense of self” manakala anak perempuan mempunyai ‘a
relational sense of self”.
Satu lagi implikasi penting dapatan kajian ini ialah cara mereka mencabar sifat berat
sebelah lelaki dalam teori psikologi perkembangan manusia, terutama ke atas andaian
‘jiwa lelaki’ (‘male psyche’) sebagai norma dan perbezaan wanita dari norma sebagai
bukti ‘kelemahan’ wanita. Teori ortodoks yang dimajukan oleh Freud, Piaget dan
Kohlberg, menganggap wanita mempunyai “sempadan ego yang lemah” atau lebih rendah
dari lelaki dalam memahami aspek
keadilan atau mencapai kematangan moral. Pandangan negatif tentang psikologi wanita
dinyatakan juga oleh pengkaji feminisma bahawa perbezaan perhubungan ibu-anak
mengakibatkan kanak-kanak perempuan memiliki empati dalam mendefinisikan diri dan
oleh itu menjadi “asas yang lebih kuat untuk mengalami keperluan dan perasaan orang lain
sebagai pengalamannya sendiri” (Chodorow, 1978, p.167). Oleh yang demikian, terdapat
sifat moral di kalangan wanita yang kelihatan sebagai keprihatinan dan rasa
bertanggungjawab terhadap orang lain, tidak bersifat autonomi dan penakulan abstrak.
Walau bagaimana pun, apabila masyarakat mendefinisikan psikologi lelaki dan ciri-ciri
maskulin sebagai norma, dan ciri-ciri kewanitaan sebagai berlainan dari norma, wanita
terperangkap dalam ‘ikatan berganda’ (‘double bind’): “masyarakat masih menekannya
untuk mendefinisi dirinya melalui perhubungannya, tetapi enggan mengakui keinginannya
untuk terikat dengan merendahkan kepentingan ikatan itu” (1991,p.6).
Gambaran yang lebih jelas mengenai cara bagaimana lelaki dan wanita disosialisasi kepada
peranan gender masing-masing memerlukan pemeriksaan pelbagai proses sosialisasi,
termasuk keluarga, sekolah, media massa, budaya dan sebagainya, yang tidak dapat
dirangkumkan dalam bab ini. Dua bidang penting akan dibincangkan, iaitu keluarga dan
sekolah.
~ Keluarga
Keluarga menyediakan pengalaman sosial pertama bagi setiap individu. Semasa bayi lagi,
anak lelaki dan perempuan dilayan secara berbeza. Terdapat banyak kajian bagaimana
anak lelaki dan perempuan menerima layanan yang berlainan dari ibu bapanya dan orang
dewasa, dari banyaknya sentuhan fizikal dan bukan fizikal yang diterima, aktiviti fizikal
dan lisan yang mereka amalkan, alat mainan yang disediakan (Rheingold and Cook, 1975; Best, 1985), banyaknya dan bentuk hukuman yang diterima, dan juga tanggapan orang
dewasa terhadap ekspresi emosi mereka (Rubin et al., 1974; Condry and Condry, 1976).
Banyak perbezaan dalam layanan tidak disengajakan oleh ibu bapa dan orang dewasa
(sebaliknya ramai dari mereka percaya mereka melayan anak-anak tanpa ada sifat berat
sebelah). Sikap dan tingkah laku mereka hanya mencerminkan jangkaan dan sifat berat
sebelah budaya yang tidak peka-gender. Walau bagaimana pun, semua ini mempunyai
kesan yang mendalam terhadap perkembangan personaliti anak lelaki dan perempuan
dalam menyediakan diri untuk mengamalkan peranan dan tingkah laku gender yang sesuai
seperti yang difikirkan oleh masyarakat (Richardson, 1988, p.35-43).
Terdapat bukti bahawa anak lelaki ditekan lebih kuat untuk bertindak secara ‘sesuai
jantina’ (‘sex-appropriate’). Melalui maklumbalas negatif orang dewasa yang
diperhatikan, kanak-kanak lelaki menunjukkan kebimbangannya melalui “usaha gigihnya
untuk menjadi maskulin, terasa begitu cemas sekiranya dilihat melakukan sesuatu yang
secara tradisinya feminin, dan menjauhi apa-apa sahaja yang dianggap feminin, termasuk
diri kaum wanita itu sendiri (Harley, 1964, p.8). Kanak-kanak perempuan dibenarkan
bertingkah laku seperti lelaki (tomboy), tetapi mereka cepat mempelajari apa yang
dilakukan oleh lelaki lebih penting dan lebih dihargai. Sosialisasi gender dikukuhkan lagi
dengan alat mainan dan buku yang mereka baca. Pada keseluruhannya, lelaki lebih
digalakkan berdikari, meneroka, menjadi agresif, mencipta, menguasai, berjaya,
memanipulasikan persekitarannya; perempuan digalakkan menjadi prihatin, mematuhi,
menghargai ikatan perhubungan dengan orang lain dan sebagainya. Semua ini membantu
kanak-kanak memainkan peranan yang digariskan oleh masyarakat, lelaki berperanan
sebagai pemimpin sosial, ekonomi dan politik manakala wanita menjaga ahli keluarga.
Pembahagian tugas gender antara ibu bapa mereka mengukuhkan lagi tanggapan peranan
gender ini – anak perempuan belajar dari ibunya apa seharusnya dilakukan apabila dewasa
nanti dan anak lelaki belajar dari bapanya apa yang dijangkakan dari bakal isterinya kelak
(Richardson, 1988, p.43-49).
~ Pendidikan Sekolah
Pengkaji di Barat mendapati stereotaip jantina juga meresap dalam pendidikan sekolah.
Resapan ini berlaku melalui buku-buku teks, sikap dan jangkaan (ekspektasi) guru,
kaunseling akademik dan kerjaya sehingga kepada sumber yang mudah didapati untuk
kedua-dua jantina.
Umumnya, beberapa kajian menunjukkan kanak-kanak lelaki lebih berkemungkinan
menghadapi masalah penyesuaian kepada kehidupan sekolah berbanding perempuan di
peringkat awal persekolahan. Ini disebabkan persekitaran bilik darjah memerlukan disiplin
yang kurang digalakkan dalam proses sosialisasi awal kanak-kanak lelaki berbanding kanakkanak
perempuan. Walau bagaimana pun, kanak-kanak lelaki menerima lebih perhatian
daripada guru, sama ada berbentuk positif atau negatif. Mereka juga menjadi orang
utama dalam bilik darjah, dengan guru cenderung lebih berinteraksi dengan kanak-kanak
lelaki (Frazier and Sadker, 1973; Sadker et al., 1986).
Kanak-kanak perempuan diramalkan akur dengan keperluan disiplin bilik darjah, patuh dan
tidak melawan, oleh kerana ini semua adalah sifat-sifat ‘feminin’. Dengan ini, jangkaan
guru mengukuhkan lagi peranan gender dan tingkah laku feminin yang dijangkakan oleh
keluarga dan masyarakat dari kanak-kanak perempuan. Akibatnya sementara kanak-kanak
perempuan kurang mengalami masalah tingkah laku dan pembelajaran di sekolah pada
peringkat awal, mereka lebih berkemungkinan kurang berjaya apabila meningkat akil
baligh (Greenberg, 1985). Oleh kerana kanak-kanak perempuan lebih cenderung bersifat
kurang yakin terhadap diri sendiri dan takut dengan kegagalan, mereka mengelakkan bahan-bahan yang sukar atau merekacipta, dan menganggap opsyen hidupnya terhad
(Richardson, 1988, p.59).
Kanak-kanak mengalami pengasingan jantina begitu kuat dalam kehidupan sekolah mereka
(walau pun di sekolah yang bercampur jantina), termasuk tempat bermain, kehidupan
sosial, aktiviti, dan sebagainya. Subjek sekolah juga berasaskan gender. Matematik dan
sains tulen dianggap subjek maskulin, dan sastera dan kemanusiaan adalah subjek feminin.
Aktiviti kesukanan dianggap sangat maskulin. Pencapaian yang berbeza di kalangan
pelajar lelaki dan perempuan dalam bidang akademik dan aktiviti ko-kurikulum didapati
lebih dibentuk oleh persekitaran daripada mengikut tahap perbezaan intelek dan
kebolehan masing-masing.
• Seksualiti
Perkara yang berkait rapat dengan peranan gender dan perkembangan identiti ialah
seksualiti. Seperti juga gender, seksualiti bukan semata-mata manifestasi dorongan
biologi tetapi merangkumi proses budaya dan sosial yang kompleks:
Seksualiti mewakili penembusan antara pengalaman personal dan konteks sosiobudaya;
tubuh, jiwa, dan persekitaran sosial…seksualiti manusia tidak mempunyai
inti yang melepasi perihal sejarah dan budaya, tetapi merangkumi kepelbagaian
seksualiti yang dicipta, dibentuk, akibat faktor-faktor diri, sosial, ekonomi dan
politik (Naus, 1987, p.37, 39; quoted in Daniluk, 1993).
Biasanya perbezaan tingkah laku seksual antara lelaki dan wanita dianggap sebagai
semulajadi, contohnya, lelaki bersifat agresif dan wanita bersifat submisif, wanita lebih
kerap mengaitkan seks dengan cinta dan komitmen berbanding lelaki. Sebenarnya dalam
budaya kita, seksualiti lelaki dan wanita dibentuk secara berbeza. Lebih penting lagi,
dalam budaya berpaksikan kaum lelaki, wanita selalunya tidak memainkan peranan yang
besar dalam pembentukan seksualiti mereka sendiri. Mereka sering digambarkan sebagai
objek seks dan statusnya direndahkan.
~ Seksualiti Perempuan
Daniluk (1993) contohnya mengenalpasti empat bidang yang membentuk dan menghadkan
pengalaman dan ekspresi seksualiti wanita, iaitu perubatan, agama, media, dan keganasan
seksual. Kesemua ini memberi kesan terhadap ekspresi seksual, imej tubuh, reproduksi,
dan keintiman hubungan wanita. Dalam bidang perubatan, wanita mengalami kekuasaan,
tindakan dan maruahnya diperkecilkan. Wanita dimalukan dengan bahasa perubatan dan
diperalatkan dalam proses perubatan dan prosedur yang kononnya untuk kesihatan
dan/atau mengubati.Fungsi wanita yang normal dijadikan bahan kajian penyakit, dan
wanita merasakan sememangnya bersalah terhadap penyakitnya.
Keganasan seksual dalam bentuk rogol, inses, penderaan lisan dan gangguan seksual
mengakibatkan penyerapan pengalaman sebagai mangsa – fizikal dan juga psikologikal.
Sementara kesedaran risiko ini sememangnya sebahagian realiti menjadi seorang wanita.
Ianya diperkukuhkan lagi apabila perubahan bentuk tubuh wanita mengubah cara lelaki
(bapa, abang, rakan, orang tidak dikenali) berinteraksi dengan wanita.
Media termasuk wayang gambar, iklan, majalah, dan sebagainya, menggambarkan wanita
sebagai barangan dan meletakkan standard yang tidak realistik terhadap kecantikan dan
tingkah laku mereka. Ianya mengakibatkan wanita diperalatkan dan diketepikan,
membuatkan mereka terasa ada kekurangan dan memalukan. Dalam ekspresi seksual, budaya lelaki yang dominan meletakkan kehendak dan keinginan
seksual wanita sebagai sekunder berbanding lelaki. Terdapat mesej yang berterusan
bahawa kebaikan dan kenikmatan seksual adalah pengalaman yang tidak serasi dengan
wanita. Pengalaman kedatangan haid, kehamilan, kelahiran, menyusui bayi dan putus haid
menjelaskan siapa dirinya. Kitaran reproduktif merupakan sumber kewanitaan dan
pengalaman ditindas, tidak berkuasa dan penafian.
Dapatan kajian Daniluk menunjukkan bahawa pengalaman seksualiti wanita itu sendiri
kebanyakannya negatif. Ini menghasilkan kefahaman diri yang lemah. Aspek penindasan
dalam pembentukan budaya diselubungi kesunyian dan kerahsiaan, dan untuk memecahkan
pengasingan ini, wanita perlu berkongsi pengalaman di kalangan wanita sendiri. Terdapat
juga keperluan mempromosikan kerohanian berpaksikan wanita ‘dengan keraian, bukan
cacian terhadap sifat feminin.’
~ Seksualiti Lelaki
Sebagai bandingan, seksualiti lelaki berkait rapat dengan idea seperti agresif, dominasi,
kekuatan, menakluki, pencapaian, dan sebagainya. Ramai mempercayai ciri-ciri ini
ditentukan oleh biologi, bahawa dorongan seksual lelaki terlalu kuat sehingga tidak boleh
dikawal. Lelaki dijangkakan sebagai orang yang menakluki, menindas, memaksa (dalam
aktiviti seksual); wanita sebagai penerima yang menyerah dan mematuhi. Wanita
didefinisikan sebagai objek seks dan dinilai melalui daya penariknya kepada lelaki. Sifat
maskulin selalunya didefinisikan secara sempit dari segi keberanian dan kemampuan
seksual, sebagai idea yang diperkukuhkan oleh tekanan rakan sebaya. Jenaka kotor,
paparan wanita sebagai barangan untuk digunakan dan dinikmati oleh lelaki, membesarbesarkan
desakan seksual merupakan topik yang biasa dibincangkan dalam majlis sosial
lelaki, dan ruang untuk ikatan lelaki (male-bonding) (Dilorio, 1993; Franklin 11, 1993).
Remaja lelaki kerap mula merasakan tekanan rakan sebaya untuk menonjolkan desakan
seksual yang bersesuaian bagi membuktikan sifat maskulin mereka (Franklin 11, 1993,
p.275-276). Galakan ini selalunya tidak disengajakan oleh ibu bapa yang mempamerkan
sikap yang berbeza terhadap anak lelaki dan perempuan mereka – sikap toleransi, sekali
pun jika tidak membenarkan minat anak lelaki terhadap seks, sementara sebarang ekspresi
seksualiti (seperti pakaian ‘seksi’, menunjuk minat terhadap lelaki) anak perempuan
mereka begitu ketat dijaga jika tidak dibenarkan langsung sebagai sesuatu yang
memalukan.
Hakikat bahawa seksualiti lelaki dikaitkan dengan dominasi, agresif, memperalatkan dan
merendahkan wanita menjelaskan mengapa keganasan seksual dalam bentuk rogol,
pencabulan seksual, penderaan, gangguan seksual, dan sebagainya, kebanyakannya
dilakukan oleh lelaki terhadap wanita, dan mengapa melanggan pelacur dan pornografi
berlaku kebanyakannya di kalangan lelaki. Sebaliknya mitos yang popular, tidak terdapat
sesuatu pun yang ditentukan oleh biologi terhadap tingkah laku lelaki sedemikian. Norma
budaya sebenarnya membenarkan jika tidak pun memberikan ganjaran kepada mereka.
~ Implikasi Hubungan Gender
Seksualiti lelaki dan wanita yang dibentuk oleh budaya dalam masyarakat kita tidak boleh
dipisahkan dari ketidaksetaraan asas (fundemental) antara jantina umumnya. ‘Dalam
masyarakat kita, cinta heteroseksual diekspresi secara ghairah (erotic) melalui dominan
lelaki dan kepatuhan wanita’ (Griffin, 1993, p.391). Seksualiti yang dilihat secara sempit dalam masyarakat kita, boleh menjadi sumber utama
masalah dalam hubungan. Bagi lelaki, terdapat kecenderungan menidakkan keperluan
emosi dan menganggap ekspresi emosi sebagai tidak maskulin. Sebaliknya, wanita lebih
cenderung melayani dan menyesuaikan diri kepada keperluan orang lain akibat peranan
keprihatinan yang telah digariskan oleh budaya mereka, tingkah laku tidak mementingkan
diri yang dipelajari dari ibunya dan masyarakat mengaitkannya dengan wanita yang ‘baik’.
Ketidaksetaraan ini membuatkan lelaki menyifatkan dirinya berhak dalam hubungan intim
dan di kalangan wanita, kesukaran bertanggungjawab memenuhi keinginan dirinya sendiri.
Keadaan begini tidak membantu dalam mencapai hubungan yang sihat dan intim. Seperti
yang dinyatakan oleh Jack (1991), kehidupan dewasa yang matang memerlukan pencapaian
keintiman dan perkembangan diri. Hubungan yang ideal membenarkan kedua-dua tugas
untuk ‘disatukan’ apabila seseorang berupaya membesar, mengubah diri dalam konteks
hubungan yang sedang berlaku, apabila keintiman memudahkan perkembangan diri yang
tulen dan perkembangan diri menambahkan lagi keintiman’ (p.48). Seksualiti yang
didefinisikan secara sempit oleh masyarakat kita, menghalang perkembangan keintiman
dan merealisasikan keupayaan individu.
• Rumusan
Perbincangan di atas menunjukkan sifat-sifat maskulin dan feminin dibentuk secara sosial
dan budaya, bukan ditentukan oleh biologi. Sifat-sifat ini dihasilkan dan diulang melalui
proses sosial dan budaya, dengan keibubapaan, keluarga, sekolah, media, dan sebagainya,
memainkan peranan penting. Lagi pun, bidang sosialisasi yang berbeza cenderung
mengukuhkan antara satu sama lain dengan berkongsi pandangan peranan gender yang
sama. Umumnya, peranan gender yang digariskan oleh masyarakat kita untuk
menghasilkan sifat-sifat lelaki untuk memegang jawatan yang berkuasa, usaha untuk
berjaya, dan menjadi pencari rezeki dan orang yang berkuasa memimpin keluarga. Ianya
menghasilkan sifat-sifat wanita yang menghargai ikatan dan hubungan, menjadi prihatin,
membelai, berempati, ringkasnya menjadi penjaga dan penggalak keperluan emosi untuk
keluarga.
Penyifatan peranan gender tidak menyatukan sifat-sifat dalam kedua-dua jantina. Lebih
penting lagi, penyebaran peranan gender, dan dengan demikian, pembahagian tugas
gender dalam masyarakat kita mencerminkan budaya ‘patriachal’ yang berterusan
meletakkan posisi dominan lelaki dan posisi kepatuhan wanita. Dalam banyak keadaan,
perbezaan dalam pencapaian antara kedua-dua jantina dalam pendidikan dan kerjaya,
diskriminasi yang dideritai di tempat kerja dan masyarakat amnya, ringkasnya,
ketidaksetaraan kuasa di antara lelaki dan wanita adalah hasil seksisme (sexism) yang
terdapat dalam budaya kita. Pendidik perlu menyedari peranan mereka dalam membentuk
peranan gender serta memberi kesedaran, dan seharusnya cuba membantu membetulkan
keadaan berat sebelah yang telah meresap ke dalam diri pelajar-pelajar semasa mereka membesar.
jUsT sHaRiNg

Elsa - Disney's Frozen