Friday, 9 January 2015

LGBT

a.    Homoseksual – adalah merujuk kepada seseorang individu yang tertarik atau mempunyai kecenderungan dari segi seks kepada orang yang sama jenis jantina;

b.    Gay – merujuk kepada lelaki yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, iaitu homoseksual;

c.    Lesbian – merujuk kepada perempuan yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, iaitu perempuan homoseksual;

d.    Biseksual – kecenderungan untuk melakukan hubungan seks dengan kedua-dua jantina iaitu lelaki dan wanita

e.    Transeksual – seseorang lelaki atau perempuan yang berperasaan seperti perempuan atau sebaliknya dan menampilkan perasaannya secara nyata sama ada melalui pertuturan, gerak badan, cara berpakaian dan sebagainya


  1.  Takrifan LGBT Dari Sudut Sains Sosial
  2. Menurut Lerner di dalam bukunya “Genders Issues and Sexuality” telah menghuraikan bahawa golongan LBGT atau lebih dikenali sebagai golongan“transgendereds” dan “transsexual” ialah individu atau kumpulan individu yang mengalami ketidakstabilan jantina dan kerumitan seksualiti. Golongan ini menganggap bahawa identiti jantina mereka adalah sepatutnya berbeza daripada apa yang sepadan dengan alat seks mereka secara fisiologi. [3]

  3. Menurut Lerner lagi, golongan “transgendereds” dan “transsexual” ini sering merasakan jika mereka seorang perempuan, mereka sepatutnya adalah lelaki. Jika mereka seorang lelaki, maka mereka sepatutnya adalah seorang perempuan. Golongan ini juga seringkali mengalami masalah untuk bersosial kerana stigma pemikiran masyarakat terhadap mereka yang beranggap bahawa mereka menjalani kehidupan secara songsang. [4]

  4. Laporan yang dikeluarkan oleh Bailey & Benishay pada tahun 1993[5], gejala homoseksual selalunya bermula dirumah. Berikutan dengan itu, ia selalunya berlaku kepada pasangan kembar seiras berbanding dengan kembar tidak seiras. Kajian tersebut juga mendedahkan bahawa anak yang bongsu adalah lebih cenderung kepada masalah “transgendereds” ataupun “transsexual”berbanding dengan anak sulung di dalam keluarga.

  5. 2.1       Punca-Punca Berlakunya Masalah LGBT
  6. a)    Biologi
  7. Homoseksual adalah keadaan pernyataan perasaan yang semulajadi menyebabkan seseorang itu mempunyai nafsu terhadap kaum sejenis. Perasaan dan nafsu tersebut terhasil disebabkan oleh bahan kimia dan hormon yang dikeluarkan dalam badan (luar kawalan). Pendapat ini masih lagi dalam perbincangan dan tidak dapat dibuktikan secara menyeluruh oleh pakar dalam bidang ini.

  8. Terdapat juga teori bahawa aturan kelahiran menentukan sama ada seseorang homoseksual atau tidak. Suatu kajian oleh Ray Blanchard memperolehi data bahawa semakin bongsu seseorang anak, semakin besar kemungkinan dia homoseksual. Alasan-alasan di belakang pemerhatian ini belum ditentukan. Ianya dipercayai bahawa dengan setiap kehamilan, badan ibu mempunyai lebih hormon androgen yang boleh mempengaruhi orientasi seksual seseorang anak. [6]

  9. Alasan ini disokong oleh pemerhatian bahawa hanya anak-anak lelaki yang lebih bongsu, dan bukan anak-anak perempuan yang lebih bongsu, yang menunjukkan kemungkinan yang lebih besar untuk menjadi homoseksual. Alasan sosial bahawa adik-adik bongsu mungkin dipengaruhi oleh abang-abang mereka disangkal kerana apabila eksperimen ini dijalankan dengan anak-anak angkat, kemungkinan anak-anak angkat merupai homoseksual tidak menjadi apabila mereka semakin besar.

  10. b)     Dorongan individu
  11. Rentetan dari proses pembelajaran sewaktu kecil. Umpamanya seorang ibu yang amat teringin untuk mempunyai seorang anak perempuan tetapi sebaliknya mempunyai bayi lelaki. Bayi lelaki ini semenjak dia kecil dipakaikan dengan pakaian seorang perempuan, diberi permainan kanak-kanak perempuan, berambut panjang dan dilayan sebagai seorang kanak-kanak perempuan. Proses ini akan membentuk kepercayaan di dalam dirinya bahawa dia yang seorang lelaki adalah merupakan seorang perempuan. Apabila dia dewasa, beliau akan mengalami kecelaruan identiti lalu merasakan bahawa dirinya adalah terperangkap di dalam tubuh seorang lelaki.

  12. c)    Trauma Masa Lampau/Kanak-Kanak
  13. Apabila seseorang mengalami trauma masa lampau yang sangat teruk, akan mendorong mereka tidak menyukai jantina yang berbeza dengan mereka. Sebagai contohnya ialah mangsa pemerkosaan. Menurut laporan Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan jumlah kes rogol yang melibatkan mangsa bawah umur adalah lebih tinggi bagi tempoh 2000 hingga 2010 berbanding kes yang melibatkan mangsa bukan bawah umur. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, bagi tempoh lima tahun sejak 2005, sebanyak 9,575 kes rogol melibatkan mangsa di bawah umur direkodkan oleh PDRM.[7]

  14. Penulis berpendapat bahawa jika mangsa rogol iaitu daripada aspek hubungan sumbang mahram (inses) di antara bapa (termasuklah saudara mara lelaki) dengan kanak-kanak perempuan akan menimbulkan berkurangnya rasa kepercayaan terhadap bapa (atau saudara mara lelaki). Ini kerana orang yang sepatutnya menjaga dan memelihara mereka dengan penuh kasih sayang telah merogol dan merosakkan kehormatan mereka.  Rasa ketidakpercayaan ini akan boleh menyebabkan kanak-kanak perempuan cederung untuk menjadi seorang lesbian. Pendapat  penulis ini adalah konsisten dengan Prof Madya Dr. Harlina Halizah Siraj, Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan HUKM[8]bahawa hubungan di antara bapa dan anak-anak juga boleh menjadi faktor penyebab kepada gejala LGBT ini.

  15. Sebaliknya bagi kanak-kanak lelaki yang tidak mendapat kasih sayang bapa kerana terlalu sibuk bekerja, anak-anak lelaki ini  akan bersama ibu dalam tempoh masa yang panjang berbanding dengan bapa. Ini akan mewujudkan kanak-kanak lelaki tersebut rasa kurang percaya pada potensi seksual yang ada pada diri sendiri. Selain itu tarikan individu terhadap homoseksual, menjadi keinginan perasaan yang menyetujui untuk mendominasi hawa nafsu. Harga diri tidak boleh diperolehi dari hubungan lain. Ketakutan pada kaum bertentangan jenis menyebabkan tindak-balas erotik yang pasif. [9]

  16. d)    Peluang dan ruang
  17. Dewasa ini terlalu banyak peluang dan ruang untuk anak-anak muda untuk terjerumus ke dalam gejala LGBT. Pembangunan berbentuk material yang pesat di ibu kota terutama di kawasan Bukit Bintang dengan kemudahan hotel-hotel, pusat membeli belah, SPA, kelab-kelab malam (termasuklah kelab malam untuk golongan gay) dengan mengadakan perniagaan hingga ke awal pagi menyebabkan banyak wujudnya ruang dan peluang kepada golongan remaja dan belia terjebak dengan najis dadah, pelacuran serta termasuklah gejala LGBT ini. [10]


  18. e)    Pendidikan Seks Yang Salah
  19. Faktor pendidikan seks yang salah ini memerlukan susunan ayat yang tepat kerana dibimbangi sebarang salah faham akan menjadi sumber fitnah kepada diri saya sendiri. Ibubapa perlu memberikan didikan seks yang betul kepada anak-anak mereka. Maksud betul di sini ialah seorang anak lelaki dididik agar cenderung dan minat kepada perempuan dan demikianlah sebaliknya terhadap anak perempuan. Pada waktu yang sama, anak-anak dididik cara perhubungan yang betul agar tidak terjadi sesuatu yang dilarang oleh agama. Islam menuntut hubungan seksual antara lelaki dan wanita (heteroseksual) dan hubungan ini ada syarat-syaratnya. Kesongsangan berlaku apabila anak-anak dididik seolah-olah semua hubungan antara lelaki dan wanita adalah haram. Didikan yang melampaui batas inilah yang menyebabkan anak-anak membesar dengan kecenderungan seks yang berlawanan dari fitrah ciptaan mereka. Penyelesaian kepada punca ini tidak sahaja disandarkan kepada proses pendidikan ibubapa, tetapi meluas kepada para penjaga, guru, pensyarah, penceramah, peranan masjid dan masyarakat.


  20. f)     Salah Faham Terhadap Takdir
  21. Ramai dikalangan pengamal LGBT apabila ditegur tentang kecenderungan jantina dan seksual yang berlawanan dari fitrah manusia, ada yang menjawab bahawa itu adalah takdir Allah ke atas diri mereka dan mereka redha terhadapnya. Ini adalah kefahaman yang salah terhadap takdir. Ketahuilah bahawa keredhaan terhadap takdir yang tidak disukai oleh Allah SWT pada ukuran manusia terbahagi kepada dua kategori iaitu:

  22.                                               i.        Kategori pertama adalah takdir yang berupa musibah seperti penyakit dan kemiskinan. Maka kita dianjurkan untuk redha dan pada waktu yang sama berusaha untuk mencari takdir lain yang lebih baik, seperti kesembuhan dari penyakit dan kecukupan sesudah kemiskinan.

  23.                                              ii.        Kategori kedua ialah takdir yang berupa sesuatu yang dilarang oleh agama, seperti kecenderungan jantina dan seks yang berlawanan dari fitrah manusia. Maka tidak ada dalil yang menganjurkan kita untuk redha dengannya. Sebaliknya semua dalil-dalil agama mewajibkan kita untuk membencinya dan berusaha ke arah takdir yang selari dengan tuntutan agama.



  24. g)    Media Electronic dan ICT
  25. Teknologi moden dan media terkini seperti televisyen, CD, video, sistem audio, komputer, modem, video kamera dan telefon bimbit mempunyai kesan yang besar terhadap masyarakat. Internet adalah salah satu daripada media canggih yang mana semakin ramai orang menggunakannya dengan harganya yang semakin murah dan kemudahan capaian produk-produk teknologikal seperti komputer, modem, video kamera dan telefon bimbit kebanyakannya kini dilengkapi dengan capaian Internet.

  26. Di Malaysia, sepanjang tahun 2009, jumlah pengguna Internet adalah seramai 16,902,600 pengguna berbanding tahun 2000, hanya sekitar 3,700,000 pengguna daripada populasi masyarakat Malaysia yang mencecah 26,160,256 orang. Ringkasnya, peratusan peningkatan pengguna Internet sejak tahun 2000 hingga 2009, jumlahnya adalah 356.8%[11]. Berdasarkan data daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, pengguna Internet di rumah sahaja telahpun mencapai lebih 2.5 juta pengguna. Daripada statistik yang dikemukakan oleh sumber yang sama, pengguna Internet di rumah pada tahun 2008 adalah seramai 51.9% lelaki dan 48.1% wanita. Kategori umur dewasa iaitu yang berumur 20 hingga melebihi 50 tahun adalah sebanyak 75.3% manakala umur 19 dan kebawah adalah 24.7%. Seramai 55% pengguna adalah belum berkahwin manakala 44.3% telah berkahwin. Kebanyakan pengguna telah bekerja (51.5%)[12].

  27. Data ini menunjukkan penggunaan Internet yang sangat meluas di negara Malaysia. Perkataan ‘seks’ adalah merupakan salah satu daripada topik yang paling digemari untuk dilayari di Internet[13]. Dijangkakan sebanyak 4.2 juta (12%) daripada kesemua laman web dalam Internet adalah yang berunsurkan seks/lucah atau pornografi, di mana 25% daripada jumlah tersebut adalah hangat terutamanya di kalangan golongan muda di Malaysia[14]. Ternyata walaupun dari segi peratusannya nampak kecil, tetapi, jika dilihat dari segi hakikatnya, ia adalah jumlah yang agak membimbangkan. Berdasarkan kajian lepas, daripada 31% golongan yang melayari laman web berunsurkan lucah, 5.5% menunjukkan ciri-ciri ketagihan manakala 17% adalah berisiko untuk menjadi ketagih.

  28. Menurut statistik yang diperolehi melalui Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (2010), kekerapan penggunaan Internet di rumah yang melebih 15 jam adalah 29.6%. Angka ini perlu dikaji untuk menilai samada wujud masalah ketagihan Internet, khususnya seks siber, dalam kalangan pengguna.


  29.  Kesan Keburukan Dan Bahaya Dalam Masyarakat
  30. Kesan yang paling ketara kepada pengamal hubungan sesama sejenis ini ialah seperti berikut:

  31. a.    Penyakit HIV AIDS
  32. Penyakit AIDS mulai menjadi tumpuan ramai apabila pada 5 Jun1981doktor mulai mengambarkan wabak paru-paru berair yang biasanya sukar terjadi, yang menular dikalangan lima orang homoseksual di Los Angeles. Semenjak itu, AIDS dan homoseksual menjadi bagaikan seerti. Pada awal-awal penyakit merebak, San Francisco merupakan kawasan gay paling teruk dijangkiti, di mana hampir separuh daripada populasi homoseksualnya telah dijangkiti.[19]

  33. Kini selepas penurunan kadar jangkitan AIDS dalam kalangan homoseksual pada tahun-tahun kebelakangan, peningkatan jangkitan AIDS kembali meningkat dalam kalangan gay melalui tempat mandi umum, tempat popular bagi kalangan gay mencari seksual bebas, kini menjadi tempat utama penyebaran AIDS dalam kalangan homoseksual. [20]


  34. b.    Penyakit Siflis
  35. Antara penyakit lain kerana aktiviti seks yang songsang ialah penyakit siflis.   Penyakit jangkitan seks mempengaruhi organ seks dan juga organ  lain.  Gonorea dan sifilis ialah penyakit seks yang paling biasa.  AIDS ialah penyakit yang paling berbahaya kerana masih tiada penawar. Penyakit jangkitan seks juga dikenali sebagai penyakit kelamin atau venereal (VD – Venereal Disease). Penyakit jangkitan seks telah mencapai taraf epidemic. Sifilis dan gonorea mempunyai bilangan kes yang paling tinggi  antara penyakit berjangkit yang  dilaporkan.  Walau bagaimanapun bilangan kes sebenar dianggarkan tiga hingga lima kali ganda bilangan kes yang dilaporkan.[21]


  36. c.    Timbul Masalah Kecelaruan Dalam Hubungan Keluarga
  37. Jika kita meneliti masalah LGBT di negara-negara barat yang membenarkan perkahwinan sesama sejenis[22], terdapat masalah kecelaruan dalam hubungan keluarga. Ini kerana bagi wanita yang berkahwin dengan wanita, mereka tidak boleh melahirkan anak kerana tiada sperma. Bagi lelaki yang berkahwin sesama lelaki juga turut mengalami masalah yang sama kerana tiada telur untuk mengandung. Untuk menyelesaikan masalah mendapatkan anak, mereka memilih untuk mengadakan persemanian beradas untuk mendapatkan anak. Kaedah ini amat bertentangan dengan syariah Islamiah kerana kita tidak dapat menentukan kesahihan nasab keturunan.

  38. Rentetan dari itu, timbul pula pelbagai masalah kerana matlamat rumahtangga yang kabur. Islam menggalakkan perkahwinan kerana untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT, mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW, mengawal hawa nafsu dengan cara yang halal, mengembangkan zuriat keturunan dengan cara pernikahan yang sah disisi syarak. Perbuatan perkahwinan sesama sejenis ini bukan sahaja dilaknat oleh Allah SWT, malahan bertengangan dengan fitrah manusia itu sendiri.  



jUsT sHaRiNg

No comments:

Post a Comment

Elsa - Disney's Frozen